Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi August 5, 2023 @ 6:48pm

Selepas Dua Minggu Nikah, Danny & Azera Berpisah…Lafaz Talak Dalam WhatsApp

Pasangan Adam atau Danny dan Nur Azera yang sebelum ini tular kerana melangsungkan perkahwinan selepas berkenalan hanya selama lima hari dilaporkan telah berpisah.

Menurut laporan Harian Metro, Adam atau lebih dikenali sebagai Danny mengakui sudah melafazkan cerai talak satu kepada isterinya, dengan Nur Azera Fatehah Abdullah, 30 Julai lalu jam 4.04 petang.

Katanya, lafaz talak itu dibuat menerusi kiriman mesej di aplikasi WhatsApp.

Sebelum ini, Nur Azera berkongsi kisahnya yang mengakui berpewatakan seperti lelaki sejak berusia 17 tahun.

“Saya tak boleh kongsikan punca perpisahan secara terperinci tetapi apa boleh saya katakan, ia terjadi kerana tiada keserasian di antara kami.

“Saya buat keputusan itu sendiri tanpa berbincang dengan keluarga terlebih dulu.

“Keluarga memang bising terutama emak dan saya tak jawab panggilan telefonnya sehingga ke hari ini kerana belum bersedia nak ceritakan hal sebenar.

“Saya tahu perceraian adalah hal yang Allah murka tetapi mungkin jodoh kami sampai di situ saja,” luah Danny.

Akui sedih, Danny reda apabila tempoh perkahwinannya ‘lebur’ dalam masa yang singkat iaitu selama dua minggu sahaja.

“Tapi sebagai manusia siapa saya untuk melawan takdir jadi reda dengan ketentuan-Nya.

“Jujurnya saya tak salahkan dia (isteri) atau menyimpan dendam terhadapnya kerana mungkin saya pun ada salah tanpa sedar atau gagal jadi suami yang baik buatnya.

“Walaupun bukan lagi suami isteri selepas ini, harap kami boleh menjadi kawan baik yang boleh berkongsi masalah.

“Buat masa ini, saya belum terfikir nak ubah keputusan namun tak menolak seandainya disatukan semula di kemudian hari,” jelasnya.

Dalam pada itu, Danny yang juga pemilik salon menepis dakwaan perkahwinannya bersama Azera adalah hanya ‘content’ semata-mata.

“Saya tahu daripada sebelum berkahwin hingga kini memang ada segelintir netizen mengatakan perkahwinan saya satu ‘content’.

“Cuba fikir saya berkahwin menggunakan duit dan memang ikhlas nak halalkan isteri jadi takkan saya sanggup buat semua itu demi ‘content’?

“Bagaimanapun, saya maafkan mereka yang melemparkan tuduhan itu dan bersyukur kerana ramai beri kata semangat juga mendoakan kami.

“Dalam tempoh dua minggu perkahwinan itu, saya dapat merasai pengalaman menjadi suami, belajar erti kasih sayang kepada wanita dan merasakan nikmat hidup berkeluarga yang diinginkan walaupun sementara,” katanya

Tambah Danny, dia tidak serik untuk berkahwin lagi dan dijangka mendaftarkan kes permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi ,Selangor pada Isnin depan.

Pasangan itu bernikah pada 15 Julai lalu dalam majlis pernikahan di rumah keluarga Nur Azera dekat Ladang Kelapa Sawit Ulu Remis dekat Layang-Layang, Johor.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 19 Dec 2023
Featured Thu, 1 Sep 2022
Featured Mon, 21 Oct 2024
Featured Sun, 26 Mar 2023

[VIDEO] Imam Shah Tak Boleh Fokus Berlakon Sama Dengan Hannah Delisha – “Isteri Comel Sangat Sampai Nak Gigit”

Amboiiiii, sweet sangat ni! Isteri comel, cantik.. Tak boleh fokus si suami 🤪🤪🥰

Hiburan Sat, 21 Dec 2019
Hiburan Mon, 20 May 2019

Instagram Catat Enam Juta Pengikut, Tahniah Zizan!

Selepas Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Neelofa, kini giliran Zizan pula!

Trending Wed, 22 Jul 2020
Hiburan Tue, 4 Jun 2019
error: Content is protected !!