Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 8, 2023 @ 2:30pm

Comelnya! Telatah Ernie Zakri & Syamel Hiburkan Anak Bikin Berdekah, Netizen Komen – “Hypernya Mak Pak Dia!”

Pasangan penyanyi bersuara lunak, Syamel dan Ernie Zakri sekali lagi mencuri perhtaian selepas berkongsi video sedang menyanyi dan menghiburkan anak mereka, Nur Khawla Soleha.

Menerusi perkongsian di TikTok, kelihatan Syamel sedang memegang bungkusan roti sambil menyanyi lagu duet mereka berjudul Sampai Tua sebelum disertai isterinya.

Terhibur melihat telatah Syamel dan Ernie, Khawla yang sedang berdiri turut mengikuti tarian ibunya sambil ketawa.

“Pre listening session with Khawla. Harap-harap ibu maintain energy macam tu bila tua nanti,” tulisnya pada kapsyen berkenaan.

Meninjau ke ruangan komen, perkongsian video berdurasi lebih satu minit itu menerima pelbagai respons dalan kalangan warganet yang rata-ratanya terhibur dengan aksi pasangan ini.

Bahkan, ramai yang memuji tindakan Syamel dan Ernie yang sentiasa memberikan aura positif bukan sahaja kepada anak sulungnya itu tetapi juga kepada pengikut mereka.

“Dia tak tahu mak bapak dia Ernie dan Syamel ni.

“Untung Khawla, hari-hari tengok konsert free.

“Khawla perangai mak pak memang macam ni tau semuanya demi anak tercinta.

“Aku rasa bukan anak dia je untung, jiran semua untung dapat dengar suara sedap dan aura positif Syamel & Ernie.

“Aku lagi geram tengok mak bapak dia. Anak pun jadi masuk air!

“Aduiii, comelnya semua. Moga bahagia selamanya,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis video tersebut telahpun meraih lebih 800,000 tontonan dan menerima lebih 40,000 tanda suka sejak ia dimuat naik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 21 Jun 2024
Hiburan Mon, 7 Jul 2025

Didakwa Ada ‘Baby Bump’, Marsha Milan Nafi Hamil

Makan banyak, Marsha Milan tak mengandung

Featured Tue, 26 Aug 2025

“Anak Saya Perlu Diselamatkan Dari Hubungan Toksik Tu” – Abby Abadi

Abby mendoakan agar anaknya itu diselamatkan segera dari hubungan toksik.

Featured Mon, 19 Aug 2019
Hiburan Sun, 2 Apr 2023
Featured Thu, 21 Sep 2023
Featured Mon, 17 Sep 2018

Lingkaran Gelap Bawah Mata Bukan Saja Disebabkan Kurang Tidur, Tapi Juga Faktor Ini!

Jika anda selalu terdedah kepada sinaran matahari, ia akan menarik pigmentasi permukaan kulit dan membuatkan lingkaran hitam pada bawah mata!

Hiburan Thu, 1 Aug 2019

Aiman-Zahirah Pilih Februari 2020

Sementara itu, Aiman juga memaklumkan majlis perkahwinan akan diadakan di Kuala Lumpur.

error: Content is protected !!