Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi August 8, 2023 @ 6:41pm

“Yang Maki Hamun, Mainkan Nama Arwah Mak, Aku Tak Maafkan Sampai Bila-Bila!” – Enot Nafi Kahwin Individu ‘Songsang’

Pelakon dan pelawak, Enot sekali lagi tampil membuat kenyataan dengan membidas kritikan dan cemuhan yang diterimanya mengenai kontroversi yang melanda dirinya ketika ini.

Menurut Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah, dia menegaskan tidak pernah memberi sebarang kenyataan bahawa dia telah berkahwin dengan individu ‘songsang’ yang dimaksudkan ramai itu.

Malah, Enot turut berpesan agar semua tidak menghukumnya sewenang-wenangnya.

“Berdiam bukan bererti salah dan kalah,berdiam lebih baik dari bercakap takut tercakap keaiban seseorang itu tanpa disangka,

“Terima kasih kerana membuat semua orang memaki hamun aku tanpa tahu cerita sebenar.

“LillahiTaala atas nama mak aku, aku tak pernah mengeluarkan statement berkahwin? dan Tok Kadi mana pula yang boleh nikahkan aku tu? Aku masih tahu hukum agama!

“Jangan nak hukum aku macam aku orang kafir pula ye tak tahu apa-apa,” tulisnya.

Dalam pada itu, Enot turut menulis bahawa tidak akan memaafkan sesiapa sahaja yang mempermainkan nama arwah ibunya.

“Yang memaki hamun aku dalam DM dan mempermainkan nama arwah mak aku, ingat aku tak maafkan kau sampai bila-bila!

“Dosa aku dengan Allah aku boleh minta ampun tapi dosa korang dengan aku? Sendiri mahu ingat, yang cakap lebih-lebih macam duduk serumah dengan aku Insya-Allah esok lusa aku alamat korang aku jumpa depan-depan.

“Aku nak dengar juga apa yang kau tahu sangat tentang kehidupan aku ok..tiap-tiap bulan hantar beras berapa Kg ye?,” soalnya sinis.

Terdahulu, pelawak Didie Alias meluahkan rasa kesal dan sedih apabila rakan baiknya yang masih memilih jalan ‘songsang’ sehingga menimbulkan persoalan dan andaian ramai.

Sebelum ini, tular dakwaan yang mengaitkan seorang pelawak yang juga seorang pelakon didakwa telah menjalinkan hubungan dengan seorang pengkid gara-gara terang-terangan berkongsi momen mesra bersama di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah Banyak Kali Nasihat, Didie Alias ‘Frust’ Rakan Baik Masih Pilih Jalan ‘Songsang’ – “Bahagia Dunia Saja, Esok Lusa Tak Tahu…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Semoga Makian Anda Berbalik Pada Diri Sendiri, Kifarah Tu Wujud!” – 20 Tahun ‘Pendam’ Rasa, Enot Elak Buka Aib Rakan

Enot

Enot nafi kahwini individu songsang

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 9 Jul 2021

“Sihat Dan Sakit Ni Allah Yang Tentukan…” Hafiz Suip Jawab Teka Teki Berkenaan Masalah Kesihatan

Semoga Hafiz baik-baik saje.. Rindu tengok Hafiz kat stage nyanyi ♡

Featured Wed, 20 Nov 2024

“Kami Berpisah Bukan Kerana Orang Ketiga” – Emma Maembong Masih Baik Dengan Bekas Suami

“Tiada orang ketiga, semuanya tiada. Kami berpisah secara baik,” – Emma Maembong

Trending Mon, 13 Apr 2020
Hiburan Fri, 29 Mar 2024
Trending Mon, 12 Aug 2019
Trending Mon, 6 Aug 2018

Baru Berusia 5 Tahun, Jare Ijalana Digelar ‘Malaikat’ Kerana Kecantikannya

Jare Ijalana digelar sebagai ‘malaikat’, ‘benar-benar menakjubkan’ dan ‘seperti anak patung’ oleh pengikutnya di Instagram.

error: Content is protected !!