Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Khairil Khusyairi August 8, 2023 @ 6:58pm

“Jangan Teraniaya Dengan Pelaburan Emas, Guna Saluran Tepat” – Yusof Azmi

Syarikat pengimport dan pembekal emas Quantum Metal Sdn Bhd menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Semboyan Malaysia sebagai usaha menyediakan saluran bagi menangani isu pelaburan emas.

Pengerusi Semboyan Malaysia, Yusof Azmi berkata, melalui kerjasama itu, orang ramai boleh membuat pelaburan dengan selamat dan terjamin tanpa berdepan dengan penipuan.

Dia berkata, QM sebuah syarikat yang mempunyai kapasiti sebenar kerana turut membekalkan emas dan bukan hanya menjalankan pelaburan semata-mata.

“Kita mahu dengan kerjasama ini dapat menyediakan solusi kepada mereka yang mahu melabur emas menggunakan saluran tepat tanpa ditipu.

“Sebelum ini kami banyak menerima kes penipuan tapi kami tidak ada penyelesaian untuk bantu mereka membeli dan melabur dengan pihak yang betul.

“QM sebuah syarikat yang dipercayai dan mereka yang mahu melabur boleh berurusan dengan mereka ini tanpa was-was,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Yusof berkata, ramai yang mahu mencari alternatif pendapatan pada masa kini dan ada yang terdesak sehingga kabur dengan janji manis tidak berasas.

Katanya, dalam tahun lalu lebih 1,500 kes penipuan pelaburan dicatatkan dalam aduan terhadap Semboyan, di mana kira-kira 300 dapat diselesaikan.

Antara kesnya ialah membabitkan 10 ribu orang dengan kerugian RM50 juta.

“Sebab itu saya kata, apa pun niat kita jangan tamak dan gelap mata. Kena periksa serta tahu perkara sebenar sebelum melabur termasuk emas.

“QM sebuah syarikat yang memang dijamin dan turut mempunyai hubungan baik dengan bank-bank di negara ini,” katanya.

Pengasas QM Datuk Lim Khong Soon berkata, syarikat itu mendapat pengiktirafan patuh syariah dari Akademi Penyelidikan Syari’ah Antarabangsa bagi Kewangan Islam (ISRA) yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Tambahnya, QM ialah pengedar utama emas London Bullion Market Association (LBMA).

“Kerjasama ini bagi sama-sama memberikan saluran yang betul kepada mereka yang mahu melabur dan memiliki emas supaya tidak teraniaya.

“Kami juga gembira kerana diperakui dan diterima oleh Semboyan Malaysia yang dikenali sebagai badan anti penipuan serta penganiayaan,” katanya.

Pihak QM juga mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati mengenai pelaburan emas supaya tidak menjadi mangsa penipuan atau scammer.

Antara perkara yang perlu diambil peduli ialah kadar nilai emas tidak tetap dan akan berubah sepanjang 24 jam dari Isnin hingga Jumaat.

Justeru, tidak ada mana-mana pihak boleh menjanjikan pulangan dengan nilai kadar emas tetap.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 9 Apr 2018

Stres Bila Ada Stretch Mark Lepas Bersalin? Amalkan Cara Mudah Ini

Anda mesti akan berasa risau bila ada stretch mark pada bahagian perut semasa hamil. Betul tak?

Featured Fri, 1 May 2020

Applikasi MySejahtera, MyTrace bantu KKM kesan kontak rapat

Majikan diminta amal jadual kerja anjal, kerja dari rumah

Gaya Hidup Sat, 7 Apr 2018

Ini Cara Nak Buat Cucur Manis Yang Rangup Dan Lembut. Sedapnya!

Sebenarnya, tidak semua dalam kalangan kita pandai untuk membuat cucur yang lembut, kalau tersalah bancuh tentu cucur akan menjadi keras dan liat!

Featured Mon, 24 Dec 2018
Gaya Hidup Wed, 24 Jul 2019
Gaya Hidup Thu, 19 Apr 2018

Kehamilan Di Luar Rahim Bahaya Untuk Wanita. Ini Antara Perkara Yang Perlu Anda Tahu

Adakah anda tahu kehamilan di luar rahim bahaya dan boleh menyebabkan kematian?

Featured Fri, 19 Dec 2025

“Semoga Allah Baluti Awak Dengan Kasih Sayang & Kebahagiaan” – Hatta Dolmat Titip Semangat Buat Uqasha Senrose

Hatta mendoakan agar Uqasha terus dikelilingi kasih sayang dan kebahagiaan.

Featured Fri, 5 Jun 2020
error: Content is protected !!