Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 9, 2023 @ 10:02am

35 Tahun Mendirikan Rumah Tangga, ND Lala & Isteri Sah Bercerai

Status rumah tangga penyanyi Datuk ND Lala akhirnya menemui titik nokhtah selepas penyanyi itu melafazkan talak kepada isterinya, Datin Fauziah Sarman pada 2 Ogos lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh ibu kepada penyanyi, Shila Amzah, menerusi hantaran di Instagram miliknya pada pagi Rabu.

“Alhamdulillah dengan izin-Nya dan kekuatan kasih sayang Allah kepada saya. Saya ingin memaklumkan kepada semua yang saya telah menerima lafaz cerai melalui aplikasi WhatsApp yang dikirimkan pada pagi 8 Ogos 2023.

“Untuk perkahwinan yang terbina selama 34 tahun, lafaz cerai ini dibuat oleh bekas suami saya pada tarikh 2 Ogos lalu di Masjid Ar Rahman, Bangsar dan saya dimaklumkan semalam (8 Ogos 2023) melalui WhatsApp,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fauziah Sarman (@mamazie68)

 

Dalam pada itu, Fauziah memaklumkan dia berkongsi mengenai berita perceraiannya agar tidak timbul sebarang fitnah berkenaan status rumah tangganya pada masa hadapan sekaligus  dia reda dan yakin dengan ketentuan Tuhan untuk dirinya.

“Saya menulis ini untuk menjelaskan status saya agar tidak timbul sebarang fitnah dan cuba mendidik jiwa saya untuk tidak menafikan kenyataan yang telah tertulis dalam perkahwinan kami selama 34 tahun ini.

“Apa yang telah saya lalui telah saya redhakan dan In shaa Allah saya yakin aturan Allah SWT ini adalah yang terbaik buat saya,” jelasnya.

Bagaimanapun, Fauziah yang lebih mesra dengan panggilan Mamazie turut  bersyukur kerana diberikan kekuatan dan semangat dari orang sekeliling yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya.

“Doakan untuk saya terus kuat sebagaimana saya kuat selama bertahun2 hidup dalam penipuan.

“Apa yang telah menjadi sejarah akan saya titipkan sebagai nadi kekuatan saya dalam membina hidup yang lebih diredhai Allah tanpa menyakitkan jiwa sesiapa kerana saya sangat sedar, dosa sesama manusia ini sangatlah berat.

“Terima kasih untuk doa semua dan buat mereka yang ada dalam kisah saya yang sangat panjang dan payah untuk diungkapkan dalam baris kata – hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas budi baik dan kasih sayang kalian semua,” ujarnya.

Terdahulu, Fauziah mencuri perhatian warganet selepas memuat naik foto seorang wanita yang didakwa menjadi perosak rumah tangganya.

Dan, pada 3 April lalu, dia hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi bertujuan memfailkan perceraiannya namun, kenyataan itu dinafikan oleh anaknya yang juga penyanyi, Syada Amzah.

ARTIKEL BERKAITAN:”Ketika Bijak Itu Diinjak, Bicaralah!”- Suami Didakwa Nikah Wanita Muda, Status Ibu Shila Amzah Raih Perhatian

ARTIKEL BERKAITAN:Gosip Selebriti 80-an Kahwin Wanita Muda, Netizen Petik Nama ND Lala… Isteri Pula Kongsi Foto Sempena Anniversary Ke-35

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Rumah Tangga Ibu Bapa: Shila Amzah Perjelas Status ND Lala & Isteri – “Secara Rasmi Mereka…”

Sekadar info, ND Lala mendirikan rumah tangga bersama Fauziah pada tahun 1989 dan hasil perkahwinan tersebut pasangan ini dikurnikaan empat cahaya mata iaitu, Nurshahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28  dan Nur Syuhada, 25.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 16 Apr 2018

Irwan Akur Tersingkir Pada Minggu Ke-5 Mentor Otai

Jangan lupa terus saksikan konsert Mentor Otai setiap hari Ahad, jam 9 malam hanya di TV3. Atau anda boleh saksikan siaran secara langsung menerusi siaran berdefinisi tinggi hanya di tonton. Dan, jangan lupa untuk mengundi peserta kegemaran masing-masing di portal rasmi kami di www.xtra.com.my

Hiburan Tue, 23 Jan 2018

Haqiem Rusli Menangis Depan Peminat

Penyanyi ini dikatakan menangis sewaktu mendendangkan salah sebuah lagu dari albumnya di majlis showcase baru-baru ini

Featured Tue, 19 May 2026

Haroqs Mohon Maaf Isu Campak Coklat Ke Dalam Laut – “Sedar Kurang Cerdik, Tapi Saya Tak Ada Pilihan Lain”

Haroqs akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi hantaran di Threads sekali gus mengakui perbuatannya itu mungkin dianggap tidak sopan.

Trending Wed, 20 Apr 2022

Jangan Risau… Wang Pengeluaran Khas KWSP Akan Masuk Akaun Sebelum Raya

Penjelasan Tengku Zafrul tentang Pengeluaran Khas KWSP

Trending Tue, 12 Apr 2022

COVID-19: Dua Lagi Varian Baru Omicron Dikesan

Sub varian Omicron, BA.4 dan BA.5 sudah dikesan.

Hiburan Fri, 22 Mar 2019

Kekasih Cita Citata Usahawan Kaya Indonesia?

Beberapa kali putus cinta, akhirnya…

error: Content is protected !!