Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 9, 2023 @ 5:25pm

Search Kembali Gegar Kota Singa September Ini

Selepas menggegar peminat-peminatnya di showcase ROCKL4SIK @ Esplanade pada 18 Mac 2023 yang lalu, kini kumpulan rock lagenda Search, yang diketuai oleh King of Rhythm (Noordin) dan King of Tremolo (Kid), bersama Yantoi (bassist), Firdaus (keyboardist), Min (drummer) dan vokalis Den Den, kembali untuk menggegar Singapura.

Menerusi Konsert Search Rockin Temasek, ‘gegaran susulan’ itu akan berlangsung di The Theatre At Mediacorp, pada hari Sabtu, 9 September 2023, jam 8.00 malam.

Konsert ini boleh dikatakan hasil kolaborasi tiga negara iaitu gabungan Search, kugiran rock dari Malaysia, dengan vokalis dari Indonesia, Den Den. Manakala RAB INTERNATIONAL (S) PTE LTD dari SIngapura pula telah diberi kepercayaan penuh dalam pengurusan artis dan penganjuran konsert.

Bagi pihak penganjur, usaha sama ini terbit demi untuk menghiburkan para peminat dan pencinta muzik, bukan sekadar tanah air tetapi, seluruh Asia Tenggara.

“Kami di RAB International berbesar hati untuk menganjurkan konsert Search Rockin’ Temasek kerana jenama Search ini amat besar dalam industri muzik di rantau Asia Tenggara, malahan di seluruh Asia.

“Kami selaku penganjur menitikberatkan kualiti untuk memberi yang terbaik kepada penonton, sinonim dengan visi kumpulan Search. Dedikasi terhadap peminat ini menjadi bahan pembakar semangat untuk menghasilkan sesuatu yang istimewa buat kumpulan Search dan khususnya buat para peminat kumpulan rock lagenda ini,” kata Pengarah Projek RAB International, Juressa Ong.

RAB International dan Search juga memenuhi tanggungjawab sosial (Corporate Social Responsibility) dengan mengunjungi dan berinteraksi bersama para penghuni Rumah Peralihan PERTAPIS (PHH).

“Kami ingin memberi persembahan terbaik agar ia menjadi satu pengalaman istimewa bersama semua peminat dan pencinta muzik secara amnya.

“Ini kali pertama kami, Search, terlibat dalam acara kebajikan di Singapura. Kami berharap inisiatif ini dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada para penghuni,” ujar Noordin, Ketua Bersama Search.

Selaku penganjur konsert pula, RAB International berikrar bahawa S$10 dari hasil penjualan setiap tiket konsert akan disalurkan kepada benefisiari konsert iaitu Rumah Peralihan PERTAPIS.

Tiket konsert boleh dibeli menerusi laman web www.sistic.com.sg/events/rockin0923

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 20 Dec 2017

Status tak sindir sesiapa – Sharifah Sakinah

Hubungan baik dan keserasian yang dicapai antara dia dengan aktor itu bukan sekadar dalam drama semata-mata, malah juga di luar set penggambaran.

Featured Thu, 11 Jun 2026

Bawa Watak Perempuan Bisu, Umie Aida Puji Lakonan Mantap Aghniny Haque Dalam Khadam – “Energinya Konsisten Dalam Setiap Babak”

Kata Umie, dia berasa kagum terhadap setiap lakonan yang diberikan para pelakon yang terlibat dalam naskhah thriller ini.

Featured Sat, 9 Aug 2025

Netizen Respect! Khairul Aming Tegas Berniaga Tanpa Unsur Penipuan – “Dia Faham Apa Itu Muamalat Dalam Islam”

Netizen label Aming seorang usahawan yang faham maksud sebenar mualamat dalam islam.

Featured Tue, 4 Mar 2025

Fattah Amin Sayu Sambut Ramadan Secara Solo – “Memang Berbeza, Tapi Saya Kena Kuat”

“Kena sentiasa bermuhasabah, dan terbuka dengan takdir,”- Fattah Amin

Featured Thu, 20 Apr 2023
Hiburan Wed, 8 Jan 2020
error: Content is protected !!