Euforia Bola 2026
Kes Mahkamah By: Khairil Khusyairi August 9, 2023 @ 6:40pm

Warga Nigeria Bunuh Ketua Jururawat Empat Tahun Lalu Terlepas Tali Gantung

Seorang lelaki warga Nigeria terlepas tali gantung setelah Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya kepada hukuman penjara 35 tahun kerana membunuh ketua jururawat Hospital Serdang empat tahun lepas.

Menurut laporan BERNAMA, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S.M. Komathy Suppiah turut memerintahkan Alowonle Oluwajuwon Gilbert dikenakan 12 sebatan.

Lelaki berusia 40 tahun itu diperintahkan untuk memulakan hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap pada 16 Mei 2019.

Vazeer, yang menyampaikan keputusan sebulat suara mahkamah, telah menolak rayuan Gilbert terhadap sabitan membunuh selepas memutuskan bahawa sabitannya membunuh Siti Kharina Mohd Kamarudin selamat untuk dikekalkan.

Beliau berkata tiada keperluan bagi mahkamah untuk mempertimbangkan sama ada pembelaan berkanun lain digunakan untuk Gilbert kerana hakim perbicaraan telah menolak pembelaan alibinya (Gilbert).

Mahkamah Rayuan juga tidak menemui sebarang pembelaan berkanun yang boleh dikenakan terhadap Gilbert, katanya.

Mengenai hukuman, hakim itu berkata tiada bukti yang diselindung oleh pihak pendakwaan kerana tidak memberikan keseluruhan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Kondominium Third Avenue di Cyberjaya, untuk beberapa hari selepas kejadian itu, kepada pihak pembelaan.

Sekiranya rakaman itu penting untuk kes pembelaan, Gilbert sepatutnya membuat permohonan untuk mendapatkannya, kata beliau.

Hakim bagaimanapun berkata susulan pindaan kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan, mahkamah bersetuju dengan peguam Afifuddin Ahmad Hafifi bahawa hukuman mati perlu diringankan kepada hukuman penjara berdasarkan keadaan dan fakta kes.

“Kami mengetepikan hukuman mati dan menggantikannya dengan penjara 35 tahun dari tarikh tangkap dan dia juga akan dikenakan 12 sebatan,” katanya.

Pada 4 Ogos 2021, Mahkamah Tinggi di Shah Alam mendapati Gilbert bersalah kerana membunuh Siti Kharina di sebuah unit kondominium Third Avenue di Cyberjaya antara 12.41 pagi pada 9 Mei dan 2.30 petang pada 15 Mei 2019 dan telah menjatuhkan hukuman mati.

Terdahulu dalam prosiding hari ini, Afifuddin berkata Gilbert dan arwah adalah pasangan kekasih.

Beliau berkata tiada bukti bahawa pembunuhan itu telah dirancang terlebih dahulu dan memandangkan darah Gilbert ditemui pada pakaiannya serta di tempat kejadian, pergaduhan secara tiba-tiba mungkin berlaku sehingga tercetus pergelutan antara anak guamnya dan si mati.

Hakim perbicaraan, katanya mempunyai kuasa untuk mensabitkan Gilbert atas pertuduhan yang lebih ringan seperti menyebabkan kematian tanpa niat membunuh.

Timbalan Pendakwa Raya P. Sarulatha berhujah bahawa hakim perbicaraan tidak perlu mempertimbangkan pembelaan berkanun lain kerana Gilbert telah memilih untuk pembelaan alibi.

Tiada keperluan untuk menyediakan rakaman penuh CCTV kerana tiada pergerakan di kawasan kondominium selepas kejadian itu, katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Bunuh & Bakar Kekasih Sebab Hamil Luar Nikah, Peguam Dakwa Mental Suspek Tak Stabil

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 7 Jun 2020

PKPP: Pelancongan Domestik Dibenarkan!

Boleh melancong dalam negeri!

Featured Tue, 25 May 2021

“Rakyat Yang Lain Berintegriti? Jangan Sibuk Jaga…” – Video PKP Lagi & Lagi Uyaina Arshad Dipuji Ramai

Pelakon dan pengacara Wanita Hari (WHI), Uyaina Arshad mencuri perhatian ramai apabila memuat naik sebuah video yang mengandungi pesanan khidmat masyarakat kepada orang ramai mengenai situasi semasa COVID-19. Dalam video tersebut, Uyaina menyentuh mengenai sikap […]

Featured Tue, 21 Apr 2026

Janna Nick Perjelas Sangkal Tuduhan Buat Akaun Palsu – “Tak Gigih Aku! Kau Orang Ni Senang Percaya Fitnah Dunia”

Janna Nick menegaskan dia tidak membuka sebarang akaun Threads palsu semata-mata hendak menyaman sebuah syarikat penerbangan seperti didakwa.

Featured Sat, 22 May 2021

Berniqab Tetapi Tidak Memakai Pelitup Muka Tetap Salah -Ismail Sabri

Susulan tular kes selebriti yang berniqab tetapi tidak memakai pelitup muka baru baru ini, Menteri Kanan Keselamatan Dato Seri Ismail Sabri berkata perkara tersebut tetap salah. Menurut beliau, di bawah akta 342, seseorang individy diwajibkan […]

Hiburan Wed, 22 Nov 2023

Bapa Along Jinbara Meninggal Dunia

Salam Takziah buat Along sekeluarga

Hiburan Sat, 11 Nov 2023
Hiburan Thu, 7 Dec 2023
error: Content is protected !!