Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 15, 2023 @ 5:30pm

Mierul Aiman Makin ‘Laku’, Tak Anggap Pelapis Baru Jadi Saingan – “Kalau Dia Tak Pandai Menyerang, Dia Pasti Pandai Bertahan”

Pelakon Mierul Aiman bersyukur apabila namanya kian dikenali ramai selepas terlibat dalam sebuah drama popular, Projek High Council arahan bersama Anwari Ashraf dan Zulaikha Zakaria.

Katanya, selain gembira dia juga terharu dengan sokongan peminat apatah lagi jumlah pengikutnya di media sosial semakin meningkat dan namanya juga terus menjadi sebutan.

Mierul atau nama penuhnya, Muhammad Amirul Aiman ​​​​Norazman, 25, berharap dengan sokongan dan peluang yang diberikan dalam industri seni dapat meluaskan lagi kariernya sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Alhamdulillah segalanya bermula dari sebuah karya, Mierul sangat terharu atas kepercayaan peminat-peminat atau penyokong industri tanah air kita.

“Saya meletakkan satu benda dalam diri sebagaimana saya mewakilkan perasaan orang sebaik yang boleh dan kalau kita dapat mewakilkan rasa orang Malaysia kenapa tidak lepas ni kita mewakilkan perasaan ‘range’ yang lebih besar dari ini (international).

“Kita sentiasa mencari the best range untuk kita hit lebih lepas ni. Buat masa sekarang saya percaya dengan proses. Malah, percaya apa sahaja yang datang dekat saya, saya akan lakukan yang terbaik untuk industri,”katanya ketika temu bual bersama program Melodi.

Ditanya mengenai penglibatan bakat baru dalam industri seni yang semakin ramai, Mierul bagaimanapun kekal positif dan percaya setiap usaha pasti membuahkan hasil.

Malah, dia gembira jika dengan kehadiran ramai pelapis baru mampu meluaskan lagi pengalaman dan perkembangan industri seni tempatan.

“Saya pegang satu teori di mana, ‘kalau kita dalam satu pasukan bola sepak, kalau dia tidak pandai menyerang dia pasti pandai bertahan. So, setiap posisi yang ada didalam industri kita semua berguna. Kita happy untuk ‘gain’ orang-orang yang mungkin dapat memanjangkan experience orang lain.

“Bagi saya, lakukan yang terbaik, sentiasa bermimpi, sincere in our passion, keep telling story,” jelasnya.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 8 Jun 2023
Hiburan Thu, 25 Sep 2025

Zazzleen ‘All Out’ Dalam Showcase Timeless, Energi Buat Peminat Terpukau

Hasrat Zazzleen adakan showcase menyanyi lagu ibu, Normala Omar tercapai

Hiburan Sun, 24 Nov 2019

Muka Sweet Tapi Fify Azmi Suka Gaduh?

Dah tengok Wira ke belum??

Featured Fri, 27 Mar 2020
Featured Thu, 14 Feb 2019
Hiburan Tue, 27 Feb 2018

Saleem Makin Stabil Tapi Perlukan Rehat

Semoga Saleem segera sembuh seperti sediakala memandangkan dia bakal meneruskan siri jelajah Kempen Antijenayah di sekitar pendalaman Sabah pada April depan!

Hiburan Sun, 19 Jan 2025

“Video Tak Berhijab Rakaman Lama, Nabil Tak Sengaja Kongsi” – Zira Ayub

Isteri Nabil Ahmad, Zira Ayub menafikan tuduhan dirinya tidak lagi berhijab ketika berada di luar negara.

Automobile Wed, 28 Mar 2018

A Car Vending Machine? What?!

This isn’t a toy car vending machine. It’s a life-size car vending machine!

Hiburan Wed, 20 Feb 2019
Hiburan Mon, 14 Jul 2025

Jaclyn Victor Tiada Niat Rahsiakan Perkahwinan, Syukur Suami Pendengar Yang Baik

Jaclyn Victor bahagia bersama suami, Calvin T Samuel

error: Content is protected !!