Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 15, 2023 @ 6:30pm

Individu Dedah Siti Nurhaliza Beri Bantuan ‘Operation’ Jantung Anak – “Kami Sekeluarga Terhutang Nyawa & Budi”

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri perhatian selepas seorang individu mendedahkan dirinya telah menerima bantuan dari penyanyi itu.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @sitism_era, individu tersebut memaklumkan, Siti pernah membantu arwah anaknya yang menghidap penyakit jantung berlubang agar segera menjalani rawatan.

Katanya, pada ketika itu dia dan isteri mengaku kos pembedahan tersebut sangat mahal sehingga terpaksa mengeluarkan duit simpanan mereka.

“Kami sekeluarga pernah terhutang nyawa dan budi dari Siti. Sehabis hayat aku akan kenangdan bersyukur.Aku doakan Siti terus diberkati Allah.

“Pada 20 Jun 2023, anak aku nak kena operation jantung berlubang. Aku dalam tafsiran dengan isteri memang tak ada pilihan melainkan keluar duit simpanan EPF.

“Tiba-tiba wakil SimplySiti datang dan terus menawarkan bantuan kewangan iaitu kos pembedahan anak aku. Berderai air mata jantan aku.

“Demi Allah, perkara ini benar. Terima kasih Siti, aku kenang sepanjang hayat aku. Hanya Allah yang mampu membalasnya.

“Kalau ada manfaat pada orang lain share je lah lagipun anak saya dah tak ada. Tapi sempatlah dia berlari dan beraya bersama kami,” tulis pada paparan video berkenaan.

Dalam pada itu, individu yang dikenali @adieysalleh turut meninggalkan respons menerusi ruangan balas berkenaan sekaligus mengucapkan terima kasih atas bantuan Siti terhadap mereka sekeluarga.

“Hanya Allah maha mengetahui perasaan kami pada ketika itu. Salam sayang buat anak abah, Izz Rayyan Fitri.

“Terima kasih dengan bantuanmu, Siti,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut akaun tersebut dihujani dengan pelbagai respons.

Malah, ada yang sempat berkongsi cerita bahawa penyanyi kesayangan ramai itu juga pernah membiayai kos surau di sebuah kampung.

“Ada seorang mak cik ni pernah cakap dekat saya, surau kampung dia pun TokTi yang biaya. Tapi TokTi cakap tak payah la heboh-heboh,”komen netizen.

Sekadar info, Siti sebelum ini melancarkan kempen SimplySiti Di Hati yang diperkenalkan pada tahun 2011 dan telah mengumpul dana lebih RM200,000 dan disalurkan kepada Yayasan Institut Jantung Negara (IJN) untuk membantu rawatan 14 kanak-kanak pelbagai kaum yang menghidap penyakit jantung.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 22 Nov 2024

[VIDEO] “Ujian Ini Buka Mata Saya Tentang Siapa Kawan & Lawan… Rupanya Dalam Diam Ada Yang Tak Suka” – Nur Fazura

Ujian istimewa itu buka mata Nur Fazura lebih mengenali siapa kawan siapa lawan

Hiburan Mon, 29 Dec 2025

“Mental Perlu Stabil Sebelum Nak Jadi Pengasuh, Jangan Aniaya Anak Orang” – Intan Najuwa

Intan Najuwa tegur mental pengasuh perlu stabil sebelum jaga anak orang

Trending Fri, 19 Feb 2021

SOP Terkini, Kelonggaran Bagi Jumlah Penumpang Adalah Mengikut Kapasiti Kenderaan – Ismail Sabri

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, kelonggaran bagi jumlah penumpang berdasarkan kapasiti kenderaan dinaiki yang bermula hari ini adalah dibenarkan untuk semua kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP […]

Hiburan Fri, 20 Dec 2019
Hiburan Sat, 18 Oct 2025
Eat Travel Mon, 18 May 2020
Hiburan Mon, 11 Mar 2019
Featured Mon, 19 Aug 2019

Lihat 20 tag pakaian ini. kelakar habis!

kreatif sungguh! rugi kalau tak tengok

Featured Mon, 9 Jan 2023
error: Content is protected !!