Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 16, 2023 @ 4:41pm

[VIDEO] Luah Kecewa, Anak Arwah Mejar Aziz Dakwa Filem Malbatt Bukan 90% Cerita Sebenar? – “Sepatutnya Ayah Saya, Tapi…”

Anak kepada anggota tentera Ketua Kompena A Malbatt Allahyarham Mejar Aziz Abd Latif terkilan dan mendakwa filem Malbatt Misi Bakara yang menceritakan tentang peristiwa bersejarah operasi khas pada malam 3 Oktober 1993 bukanlah 90 peratus tepat seperti dikatakan pengarah, Adrian Teh.

Menerusi perkongsian di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Fatini itu menceritakan saat awal Adrian bertemu bapanya untuk bertanya tentang pengalaman ketika berada di Mogadishu, Somalia.

“Lima tahun lalu bila Adrian Teh datang untuk interview arwah ayah untuk pertama kali, dia (Mejar Aziz) sangat teruja untuk berkongsi pengalaman.

“Semasa soft launching beberapa tahun lalu, kami diberitahu Mejar Adnan akan membawa watak ayah, Mejar Aziz.

“Kali terakhir ayah pergi pelancaran misi Malbatt pada 10 September 2022, ayah meninggal pada 12 September 2022. Masa tu Papa sempat tengok trailer saja, movie belum siap edit,” katanya.

Jelasnya, dia kecewa apabila pengalaman sebenar bapanya ketika menjalankan misi operasi khas Malbatt tersebut dilakonkan oleh watak tentera lain.

Menurutnya, nama bapanya Mejar Aziz hanya disebut dan dipertengahkan hanya sebanyak 20 peratus.

“Malam gala Misi Malbatt, saya duduk depan pelakon Bront Palarae yang memegang watak sebagai Mejar Adnan (nama lain bagi Mejar Aziz) dalam filem Malbatt.

“Pada malam tu dia (Bront) beritahu saya terpaksa tukar watak disaat akhir, Bront tak lagi membawa watak sebagai Mejar Aziz sebenar.

Malbatt

“Semasa saya dan ibu tonton filem Malbatt, saya dan ibu terus tersedar ‘ini scene papa’.

“Kebanyakannya scene dalam filem itu pengalaman arwah papa tetapi orang lain yang melakonkan scene tu, bukan Mejar Aziz.

“Papa tak berpeluang tengok filem ni. Kalau arwah masih ada dan tengok filem ni, apa perasaan dia? Mungkin ni lah hikmah Allah jemput dia sebelum filem keluar.

“Dalam 20 peratus saja penglibatan Mejar Aziz dalam filem ni. Biarlah Untold Story ni akan terus menjadi untold story,” dakwanya dalam video berkenaan.

Meninjau ke ruangan komen, Fatini membalas komen netizen yang berkata ini adalah perkara biasa dimana kisah sebenar hanya diinspirasikan.

Jawab Fatini, dia kesal apabila pengalaman bapanya menjadi ‘highlight’ tentera lain.

“Tak harap 100 peratus tepat. Selamatkan wartawan CNN di awal filem itu sepatutnya arwah ayah saya tapi pelakon lain yang lakonkan. Bila tanya cakap fiksyen.

“Jangan ambil pengalaman ayah saya utk highlight aktor lain. Ambil scene aktor itu sendiri,” tulisnya.

Malbatt

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian XTRA video tersebut telahpun dipadam.

Sehingga kini, tiada respons daripada pihak Adrian sendiri berhubung dakwaan tersebut.

Kredit: TikTok Fatini Aziz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 12 Feb 2021

KPM Bakal Perkenalkan Saluran Khusus TV Pendidikan Melalui DidikTV KPM

Bermula 17 Februari ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM. Saluran ini bersiaran bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari dan pelancaran DidikTV […]

Hiburan Sun, 9 Dec 2018

Tahniah! Tya Ariffin Hamil Anak Kedua

Wah… Ariff Jiwa bakal bergelar abang tak lama lagi!

Hiburan Tue, 17 Jul 2018

Kontroversi Melibatkan Hubungan Lesbian, Reen Rahim Akui Sedang Hangat Bercinta

Sebelum ini ramai kata saya lesbian kerana mempunyai ramai kawan wanita ataupun rapat dengan sesama jenis. Jadi saya mahu jelaskan bahawa ia tidak betul

Hiburan Thu, 11 Aug 2022

Mengakui Kekhilafannya, Eric Fuzi Mohon Maaf Kali Kedua

Eric Fuzi minta maaf secara terbuka kepada wakil media diatas kekhilafannya.

Hiburan Mon, 7 Aug 2023

Tidak Diberi Tawaran Berlakon, Lisdawati Terpaksa Bergolok Gadai – “Sebab Saya Pakai Tudung Ke?”

Allahu sampai macam tu sekali.. InsyaAllah pasti ada pelangi selepas hujan kan 💪🏼

Featured Fri, 22 May 2020
error: Content is protected !!