Euforia Bola 2026
Trending By: Maya Basir August 17, 2023 @ 4:44pm

Hidayah Tuntut Hutang Tahun Lepas Belum Dibayar, Ali Puteh Tak Mahu Layan – “Kalau Layan Jadi Masalah…”

Pelawak dan pelakon Ali Puteh mendiamkan diri berhubung kenyataan bekas kakak iparnya iaitu Nor Hidayah Mohd Ali yang mendakwa masih belum membayar hutang sebanyak RM76,000 selepas kalah dalam kes sama fitnah, tahun lalu.

Menerusi siaran langsung di TikTok miliknya, Ali atau nama sebenar Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan memberitahu tidak mahu mengulas kerana mahu bersikap matang dan memberi sepenuh fokus kepada perniagaan sambal yang sedang diusahakan.

“Saya okay saja, jangan risau. Kita bertindak matang kali ini. Tak ada nak keluar kenyataan, tak mahu layan. Saya nak fokus berniaga.

“Biarlah orang berkata-kata. Kalau orang penat dia berhenti. Kita berniaga, kita teruskan.

“Bila dapat tahu, banyak media hubungi saya. Cuma saya tak nak layan. Kalau layan, jadi masalah. Saya ambil tindakan bijak, masak sambal macam biasa,” ujarnya.

Sementara itu, dia sedar wujud sesetengah pihak yang kurang senang melihat kejayaannya ketika ini.

“Biasalah, saya tengah seronok berniaga mana boleh orang tengok kita senang. Bila berniaga ni, tak ada orang lain nak menjatuhkan selain orang kita. Jadi, jangan layan.

“Dah masuk tiga tahun, benda kecil macam ini takkan tak boleh urus. Yang saya tahu teruskan berniaga macam biasa,” jelasnya.

Terdahulu, Hidayah mendedahkan masih belum menerima sebarang bayaran daripada Ali dan mengingatkannya untuk membayar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan Buat-Buat Lupa Ya!” – Lantang Tuntut Hutang, Hidayah Dedah Ali Puteh Belum Bayar RM76,167.28

Pada Mei 2020, Hidayah memfailkan saman fitnah terhadap Ali mengenai kenyataan yang menggambarkan dirinya seorang yang tidak bertanggungjawab.

Selepas hampir dua tahun turun naik mahkamah, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 18 Februari tahun lalu memutuskan Hidayah menang kes tersebut dan Ali dituntut bayar ganti rugi sebanyak RM60,000.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 10 Jan 2025

Karier Sebagai Tanggungjawab, Nasir Bilal Khan Tak Kisah Soal Relevan Atau Tidak – “Itu Yang Saya Kena Jawab Dengan Allah Nanti”

“Apa yang saya nak tahu, tawaran yang diberi itu memberi manfaat atau tidak kepada masyarakat’- Nasir Bilal Khan

Trending Fri, 15 Jun 2018

Bukti Seorang Bapa Sanggup Lakukan Apa Saja Demi Anak

Bapa ini mahu berkahwin untuk selamatkan anak, rela jadi pengantin/pekerja seumur hidup untuk membayar hutang sekiranya anda membantu menanggung kos rawatan anak saya…

Trending Mon, 29 Oct 2018

Breast Prostheses Exists and are Important To Have

Let’s learn more about our breasts in Pink October.

Hiburan Mon, 29 Aug 2022

“Era Itu Sudah Berlalu…” – Ayda Jebat Tak Mahu Babak Bersentuhan

Min pun setuju dengan Ayda tak perlu pun rasanya…

Hiburan Tue, 19 Aug 2025
Hiburan Fri, 14 Sep 2018
error: Content is protected !!