Hiburan By: Padin August 17, 2023 @ 8:32pm

“Tindakan Penyondol Hantar Sihir, Beri Video L*cah & Foto B*gel Tak Buat Saya Mengalah” – Ini Sebab Mengapa Isteri Azlan Komeng Tetap Setia Dengan Suami

Isteri kepada pelakon Azlan Komeng, Nur Nilam Ortiz, 45, tetap teguh berada di sisi suami biarpun diganggu oleh pihak ketiga.

Ketika dihubungi XTRA, wanita mualaf kacukan Sepanyol dan Thailand yang sedang sarat berbadan dua ini mengaku hatinya hancur, namun dia tahu itu hanyalah cerita lama sebelum Azlan bersamanya.

“Ramai yang mesej saya, suruh saya tinggalkan suami selepas saya mendedahkan perkara terbabit. Tapi saya terfikir, agama yang saya anuti sekarang adalah Islam, Islam melarang saya buat sebegitu biarpun hati saya hancur.

“Suami saya dalam usaha nak berubah, saya nampak perubahan dia, dia tinggalkan banyak perkara tak baik selepas berkahwin dengan saya. Sebab itu saya setia bersama dia, tak adil saya tinggalkan dia, hakimi dia di saat begini.

“Saya sebagai isteri, bila saya dah tahu kisah silam dia, takkan saya nak lepaskan tangan? Mungkin ini dugaan, saya anggap Allah sedang uji saya,” katanya yang juga merupakan seorang pelakon.

Dua tahun berkahwin dengan Azlan, Nilam mendedahkan dia keguguran anak pertama dan mendakwa perkara terbabit terjadi kerana sihir pihak ketiga.

Nilam juga mempunyai sebab tersendiri mengapa dia menggunakan platform TikTok untuk mendedahkan gangguan si penyondol.

“Saya tak ada medium lain selain TikTok. Saya banyak menerima mesej yang dikirim akaun palsu yang mendakwa banyak perkara. Saya tahu dia memerhatikan saya di TikTok, jadi sebab itu saya guna TikTok untuk meluahkan perasaan.

“Saya tak tahan diganggu pihak sana, saya buat perkara ini kerana saya tak takut dan saya tak rasa malu. Dia hantar video yang bukan-bukan kepada saya, mereka yang sepatutnya malu, bukan saya.

@xtra_my

♬ original sound – XTRA

“Pada awalnya saya tak tahu saya disihir, kehamilan pertama saya tak dapat diselamatkan dan mengalami keguguran. Kini apabila hamil sekali lagi, saya mengandung bayi kembar. Banyak perkara tak masuk akal berlaku.

“Selepas saya beritahu suami perkara ini, dia terkejut. Dia terus terang kepada saya, dia katakan ini kejadian lama dan dia minta maaf. Suami tak sangka apa yang dia buat dahulu menjadi kifarah kepada dirinya dan saya juga menjadi mangsa.

“Saya tak takut orang cakap saya buka aib suami. Netizen tahu menilai kerana ini perkara lama. Dia mengganggu saya kerana dia mahukan suami saya. Video itu tak menggugat kedudukan saya sebagai isteri, saya kena teguh di sisi suami,” katanya lagi.

Terdahulu, Nilam mendedahkan gangguan pihak ketiga menerusi beberapa video di akaun TikTok miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Isteri Azlan Komeng Dedah Penyondol Cuba Sihir, Runtuhkan Rumah Tangga – “Kau Hantar Video L*cah, Gambar B*gel!”

Dakwa Nilam, wanita tersebut cuba menjatuhkan rumah tangganya bersama Azlan melalui sihir dan menghantar video-video lucah bersama pelakon itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 25 Oct 2021

“Kami Masih Lagi Buat Persiapan” – Kamal Nafi Kahwin Dalam Masa Terdekat

Pelakon, Kamal Adli menafikan bahawa dia akan berkahwin dengan tunangnya, pelakon Uqasha Senrose dalam masa terdekat. Menurut Kamal semasa diwawancara dalam program Lagu Cinta Kita Musim Ke-3 (LCK3) yang diadakan secara maya baru-baru ini, dia […]

Hiburan Tue, 8 May 2018

Riri Bakal Kahwin Jutawan Arab?

Hassan masih belum melamar Rihanna namun jika dia melakukannya sudah pasti Rihanna akan bersetuju dengan lamaran tersebut.

Hiburan Tue, 28 Nov 2023