Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain August 19, 2023 @ 8:30am

Gara-Gara Ambil Ira Kazar Untuk Promote Produk, Peminat ‘Unfollow’ Aliff Syukri Di TikTok

Usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri tampil mengejutkan ramai pihak selepas mengambil isteri pengarah terkenal, Syamsul Yusof, Ira Kazar untuk mempromosikan produk terbaharunya.

Menerusi perkongsian di TikTok, Aliff telah memuat naik video Ira bersama seorang pempengaruh memakai produk kosmetiknya terbaharu iaitu Delima Lip Butter.

“Syukur alhamdulillah ramai yang percaya dengan produk lipstik delima papa.

“Memang dah viral boleh membantu mereka yang ada masalah bibir merekah,gelap,nak harga murah potongan sehingga 80% jangan lupa beli masa live papa okay,” tulisnya.

Lebih mencuri perhatian, Ira turut tampil jelita dengan mengenakan solekan nipis sekali gus menjadi perhatian ramai.

“Selamat pagi, salam sejahtera dan juga Salam Jumaat. Hari ini saya bersama dengan model pucat saya,” kata Ira.

@abangterlajaklarissyukur alhamdulillah ramai yang percaya dengan produk liptik delima papa..memang dah viral boleh membantu mereka yang ada masalah bibir merekah,gelap,nak harga murah potongan sehingga 80% jangan lupa beli masa live papa okey ..♬ original sound – Papa Laris

Menjengah ke ruangan komen, terdapat segelintir netizen yang meluahkan rasa kurang senang mereka terhadap tindakan Aliff mengambil Ira untuk mempromosikan produknya.

Malah, mereka juga telah memilih untuk tidak mengikuti lagi akaun TikTok pengasas D’Herbs itu.

Namun, ada juga yang tampil memuji kecantikan Ira menerusi video tersebut kerana jarang melihat isteri pengarah filem Munafik itu bersolek.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 13 Dec 2019
Hiburan Wed, 25 Jun 2025
Hiburan Thu, 12 Apr 2018

“Suami Saya Memang Ada Tatu, Tapi Itu Dulu” Lana Nodin ‘Back Up’ Suami

Bagi Lana, netizen tidak perlu mencetuskan kontroversi mengenai suaminya. Sepatutnya, tidak perlu pun memberikan komen sebegitu kerana bimbang mendatangkan syak wasangka yang negatif

Hiburan Sat, 1 Jul 2023
Featured Sat, 6 Jul 2024
Hiburan Tue, 21 Nov 2023

“Tahniah Aina Abdul! Bukti Kesungguhan & Kerja Keras” – Siti Nurhaliza

Wahhhh, mesti Aina bangga kan! Tahniah Aina, memang gempak konsert ANWAA 3.0!

Featured Thu, 22 Sep 2022
Featured Mon, 18 Nov 2024
error: Content is protected !!