Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain August 20, 2023 @ 7:05pm

Akui Media Sosial Beri Impak Negatif Pada Kesihatan Mental, Amir Jahari Pilih Untuk Berehat

Penyanyi dan komposer, Amir Jahari mengakui penggunaan media sosial mampu memberi impak negatif pada kesihatan mentalnya.

Menurut Amir, dia pernah memilih untuk berehat daripada menggunakan media sosial selepas menyedari ragam setiap pengguna.

“Saya selalu buat ‘live’ di TikTok. Pada sesi itu, ramai yang masuk adalah anak-anak muda. Jadi, kadang-kadang saya fikir diri ini hanyalah ‘puppet’.

“Saya kena dengar cakap mereka, misalnya, mereka suruh nyanyi lagu Hasrat… Saya kenalah dengar.

“Jadi, untuk saya mendidik dan memberi perspektif baharu pada sesi ‘live’ sudah tidak boleh. Itu yang saya fikir perlu berehat daripada media sosial.

“Selain itu, kadang-kadang komen netizen tiada adab dan tatasusila. Jadi, saya fikir artis perlu ada masa untuk berehat daripada media sosial,” katanya.

Memetik laporan BH Online, pelantun lagu Hasrat itu turut berpendapat bahawa setiap penggiat seni tanah air perlu mempunyai pasukan yang menjaga dan memantau akaun media sosial.

“Kalau artis sendiri yang kendalikan akaun media sosialnya, mungkin dia akan ada ‘writer’s block’ dan boleh jadi keyakinannya jatuh.

“Perkara ini remeh tetapi penting sebab orang seni ini jiwanya halus dan cepat terasa,” katanya.

Umum tahu, sebelum ini Amir pernah membuat keputusan meninggalkan dunia seni dan tampil menggunakan nama komersil Hamba sebagai penjenamaan semula.

“Hamba memberi kesan positif sebab peminat yang datang kepada Hamba itu sangat berbeza berbanding sebelum ini. Kemudian, tahun lalu arwah ayah saya meninggal dunia.

“Ketika saya meletakkan jasad ayah saya ke liang lahad, saya tengok wajahnya. Saya terfikir ayah banyak meninggalkan legasi kerana beliau anggota polis.

“Saya terfikir apa peninggalan saya nanti. Jadi, saya kembalikan nama Amir Jahari dengan tujuan untuk meninggalkan legasi yang baik pada keluarga dan generasi akan datang.

“Jadi, perancangan saya untuk tampil dengan sebuah lagi album dan bingkisan ketiga pada tahun depan,” katanya.

Sumber: BH Online

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 27 Sep 2018
Hiburan Fri, 15 Dec 2017

AZWAN KOMBOS PILIH HARUM DALIA

Bagi pasangan Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah, apa pun nama yang akan diberikan kepada bayi sulung mereka itu sudah semestinya mempunyai maksud yang baik-baik.

Hiburan Sun, 21 Jun 2026

Menanti Hari… Fattah Amin, Amira Othman Bersedia Sambut Cahaya Mata, Barang Bayi Dah Siap Dalam Kereta!

Fattah Amin berkongsi segala persiapan bagi menyambut kelahiran cahaya mata bersama Amira Othman, kini sudah lengkap.

Hiburan Mon, 3 Sep 2018

Saham Media Prima Bhd Meningkat

Syarikat berkenaan sebelum ini menyatakan bahawa anak syarikat yang dimiliki sebanyak 98.2 peratus, New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), mengadakan tiga perjanjian jual beli bersyarat dengan PNB Development untuk cadangan penjualan hartanah berkenaan.

Hiburan Sun, 30 Dec 2018

Gara-Gara ‘Not Our Level’, Zizan Tampil Beri Penjelasan

Alahai…salah faham je ni, relax ya semua.

Hiburan Wed, 7 May 2025

[VIDEO] “Jalan Kaki 15KM Bawa Perut Lima Bulan” – Telefon Mati, Siti Jamumall Kongsi Detik Cemas 

Bateri telefon mati, Siti Jamumall terpaksa berjalan selama 15 kilometer semeter

error: Content is protected !!