Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 24, 2023 @ 10:18am

Nad Zainal Tak Fokus Kawan Hilang Dari Radar, Respons Nabila Huda Curi Perhatian – “Maaf, Siapa Ni Pelakon Ke?”

Pelakon sensasi, Nad Zainal mengakui sudah tidak mengambil peduli berhubung dakwaan bermasam muka bersama beberapa rakan selebriti.

Menurutnya, usia masing-masing sudah meningkat dewasa dan isu soal berkawan ini adalah perkara ‘high school’ padanya.

Artikel Berkaitan: Didakwa Bermasam Muka Dengan Rakan Artis, Nad Zainal Tak Nak Fokus Pada Siapa Yang Hilang Dari ‘Radar’?

Nad berkata demikian menerusi temubual bersama sebuah bersama media swasta dimuat naik di Instagram itu telah meraih perhatian netizen yang terkejut atas kenyataannya itu.

Pengakuan itu juga mencuri tumpuan aktres berkaliber, Nabila Huda yang seakan ‘keras hati’ apabila mempersoalkan siapakah Nad Zainal.

‘Maaf tanya, siapa ni pelakon ke?,” tulisnya di ruangan komen.

Nad Zainal

Berdasarkan pemerhatian XTRA, ramai yang terhibur membaca respons anak kepada penyanyi rock Amy Search serta dianggap ‘savage’.

Meninjau ke ruangan komen netizen terhadap respons Abil itu, ramai meluahkan rasa kesal terhadap perubahan Nad Zainal yang seakan lupa daratan kepada rakan-rakan yang banyak membantunya ketika bertarung nyawa di hospital.

Nad Zainal

Nad Zainal

Sebelum ini, aktres dan pengacara Sherry Alhadad mengakui kali terakhir berhubung bersama Nad Zainal adalah sebelum dia berkahwin bersama aktor Ungku Ismail.

Artikel Berkaitan: Masih Sayang Persahabatan, Sherry Alhadad Dedah Kali Terakhir Berhubung Nad Zainal Sebelum Berkahwin Dengan Ungku Ismail – “Tali Silaturahim Masih Ada, Dia Adik Saya”

Terdahulu, Nad dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Rakan-rakan selebriti membuat inisiatif tabung dana Nad Zainal demi membantu keluarganya membayar bil rawatan di hospital.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 23 May 2019

Westlife前成员Brian McFadden为Boyzone大马站巡演任演唱嘉宾

Westlife前成员Brian McFadden为6月14日Boyzone大马站巡演担任表演嘉宾!

Featured Mon, 9 Feb 2026
LIFESTYLE Fri, 4 Jan 2019

Ulam Pegaga Merawat Insomnia dan Melancarkan Peredaran Darah

Ulam Pegaga Amat Popular Di Luar Negara Kerana Khasiatnya Yang Dipercayai

Hiburan Thu, 3 Jan 2019

‘Bayangkan Bulan 10 Baru Ada Projek’- Syazwan Zulkifli Kongsi Alasan Lama Tak Muncul Di TV

Watak Pali dalam Pujaan Hati Kanda memang wow. Semoga terus sukses untuk tahun 2019 ini ya!

Featured Mon, 5 Sep 2022
Hiburan Mon, 24 Jun 2019

Mahu Anak Ramai, Jom Doakan Untuk Siti Nurhaliza!

Dalam hal ini, saya berserah kepada ketentuan rezeki. Saya hanya mencuba yang termampu.

error: Content is protected !!