Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir August 25, 2023 @ 12:13pm

Didakwa Menjauh Gara-Gara Pilih Kawan Selepas Berhijab, Nad Zainal Tampil Beri Respons – “Jangan Kita Kusutkan…”

Pelakon Nad Zainal memilih untuk kunci mulut berhubung isu putus kawan dengan rakan-rakan artis dan komen negatif yang dilemparkan terhadapnya.

Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin bagaimanapun seakan ‘membalas’ kecaman netizen dengan memuat naik hantaran bersama suami, Ungku Ismail dan dua orang anaknya.

“Nyawa,” tulisnya ringkas di Instagram Story.

Sementara itu, ada pengikutnya yang membuat spekulasi Nad menjauh adalah disebabkan memilih kawan selepas berhijrah ke arah lebih baik.

“Aku macam dapat rasa Nad menjauh sebab circle. Dia menjauh bukan sebab dia tak dihargai or kenang jasa but lebih kepada circle yang baik sebab dia pun dah bertudung bagai kan. Who knows kan. Allah je tahu. Moga baik-baik semuanya,” kata pengikutnya.

Tidak berdiam diri, pelakon Takdir Yang Tertulis itu membalas kenyataan individu itu dengan mengatakan dia tidak memilih kawan dan menyuruh untuk tidak mempersoalkan isu itu lagi.

“Kawan dengan semua yang baik, tak kira agama, pangkat. Betul semua kita kawan, yang utama ingat family dan perbaiki diri. Dah jangan kita kusutkan otak nak fikir kenapa,” balasnya.

Terdahulu, Nabila meninggalkan komen tidak mengenali Nad di dalam sebuah hantaran portal hiburan semasa sedang ditemu bual menarik perhatian netizen.

Di dalam temu bual tersebut, Nad memberitahu enggan mengambil kisah terhadap orang-orang yang hilang dari ‘radar’ dan hanya mahu fokus kepada suami dan anak-anak termasuk bayi yang bakal lahir tak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Bermasam Muka Dengan Rakan Artis, Nad Zainal Tak Nak Fokus Pada Siapa Yang Hilang Dari ‘Radar’?

ARTIKEL BERKAITAN: Jawab Dakwaan ‘Bergaduh’ Dengan Nad Zainal, Nabila Huda Tampil Buka Mulut – “Saya Tak Pernah Dengar Nama Dia & Tak Kenal Dia Siapa!”

ARTIKEL BERKAITAN: “Jumpa Awak Di Alam Lain, Di Situ Tiada Radar” – Sharifah Sakinah Label Nad Zainal Narsistik?

Dikhabarkan, isu bermasam muka itu berlaku selepas Nad pulih daripada koma akibat pendarahan dalam paru-paru sebelum mendirikan perkahwinan kali kedua dengan Ungku Ismail pada Januari lalu.

Selain Nabila, antara nama rakan selebriti lain yang terkait dalam isu ini ialah Sherry Alhadad, Sharifah Sakinah dan Marsha Milan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 22 Sep 2023
Events Mon, 29 Jul 2024

Mahu Anak Membesar Depan Mata, Aeril Zafrel & Wawa Zainal Selesa Tak Hantar Anak Ke Sekolah Berasrama – “Itu Saja Momen Yang Akan Saya Ada Dengan Mereka”

Betul ada mak bapa yang lebih selesa anak mereka dihantar ke sekolah harian sebab takut dengan isu buli ni😎✌️

Hiburan Thu, 14 Nov 2019
Trending Fri, 2 Oct 2020
Hiburan Mon, 16 Feb 2026

“Allah Belum Bagi Rezeki Aisya Dapat Adik, 2027 Insya-Allah Ya Sayang” – Fasha Sandha

Aktres drama rantaian Doa Yang Terlindung ini dipercayai mahu memberi tumpuan utama kepada kerjaya terlebih dahulu. 

Drama Mon, 7 Apr 2025

Marsha Milan Bawa Kesedihan Puteri Balqis Dalam Drama Keluarga Itu Menerusi ‘Tangisan Seorang Pendosa’

Dengar lagu ni pun dah rasa full of emotion. Geram ek watak Iman ni!

Featured Tue, 29 Mar 2022
Hiburan Sun, 10 Jun 2018

Siapa Artis Ke Kelab Malam Pada Bulan Ramadan?

Kenyataan itu dilihat seakan-akan benar apabila status Eyka juga menunjukkan yang kononnya beliau berada di kelab tersebut.

error: Content is protected !!