Selebriti By: Atiqah Johari August 25, 2023 @ 7:00pm

“Tiada Langsung Salah Faham Dengan Dia” – Pembantu Rumah Larikan Diri, Sarimah Ibrahim Akui Trauma

Pelakon dan pengacara jelita, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi pengalamannya berdepan dengan situasi di mana pembantu rumahnya melarikan diri kira-kira setahun lalu.

Memetik laporan Harian Metro, gara-gara insiden itu Sarimah menyatakan dia terpaksa menolak tawaran kerja pada ketika itu kerana tiada orang untuk menjaga anaknya.

Bukan itu sahaja, dia juga terpaksa menanggung kerugian besar akibat tindakan pembantu rumahnya itu.

“Kalau nak ikutkan kerugian, memang saya menanggung kerugian kerana sudah bayar mahal kepada pihak agensi dan itu tidak termasuk pemeriksaan kesihatan lengkap di klinik, barangan keperluan dan pakaian untuk pembantu rumah juga mencecah RM1,000.

“Malah, banyak ‘job’ yang saya terpaksa ‘cancel’ pada hari kejadian kerana tiada orang menjaga anak ketika itu.

“Pihak agensi ada hubungi bila dapat tahu kejadian itu tetapi kami terpaksa menunggu lama untuk dapat pembantu rumah yang baru,” katanya.

Ditanya mengenai gaji pula, Sarimah menyatakan dia membayar gaji pembantu rumahnya diantara RM1,400 hingga RM1,500 tidak termasuk keperluan lain.

Malah, dia juga telah menyediakan bilik yang selesa dan diperlukan untuk melakukan kerja ringan dan menjaga anak sahaja.

“Kami juga menyediakan bilik yang selesa untuk pembantu rumah seperti menyambut ahli keluarga yang baru kerana dia akan menjaga anak kami di rumah.

“Kerjanya juga ringan sahaja hanya bersihkan rumah dan menjaga keperluan anak serta mengawasinya di rumah bila kami keluar bekerja,” katanya.

Lebih mengecewakan, Sarimah memaklumkan bahawa pembantu yang bekerja tidak sampai dua bulan itu melarikan diri pada awal pagi.

“Difahamkan dia menipu pengawal keselamatan kediaman kami dengan memberitahu ada urusan kecemasan dan mahu keluar untuk membeli ubat.

“Dia juga tidak mencuri barang berharga atau membawa pakaian dan barangan yang kami sudah belikan sebaliknya hanya keluar rumah dengan membawa beg plastik serta memakai kemeja T sahaja seolah-olah kejadian itu sudah dirancang,” ujarnya lagi.

Susulan itu, selebriti kacukan Melayu-Irish ini mengakui insiden tersebut membuat trauma dan sukar untuk mempercayai orang luar.

“Saya juga berasa kasihan dengan anak, Tunku Sofia Najihah, 4 tahun yang nampak keliru kerana dia sudah mula mesra dengan pembantu rumah itu tetapi ditinggalkan begitu sahaja pada jam 4 pagi.

“Tiada langsung salah faham antara saya dengan pembantu rumah sebaliknya kami juga membelikan dia kek untuk menyambut hari jadinya beberapa hari sebelum kejadian itu,” kongsinya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 1 Dec 2017

Selamat Hari Jadi Pokemon

Saksikan pengembaraan Pikachu dan Ash dalam pencarian Pokemon Lagenda bernama Ho-Oh

Hiburan Sun, 30 Jul 2023

Ramai Dakwa Fizi Ali Fitnah Shakilla Khoriri Isu Ganggu & Mandrem Suami Orang, Ini Respons Tuan Badan – “Aku Tak Masuk Campur!”

Alamak, kesian Fizi tak pasal-pasal nama dipetik penyebar emel fitnah Shakilla Khoriri pula hmm

Featured Wed, 9 Nov 2022

“Selagi Boleh Elak Akan Saya Elakkan…” – Sharifah Rose Akui Salah Bersentuhan Dengan Lelaki Dalam Drama

Pelakon jelita, Sharifah Rose bersetuju mengenai babak yang memerlukan untuk bersentuhan adalah isu yang sensitif dan menjadi salah satu kesalahan terutama untuk wanita yang bertudung. Memetik laporan Gempak, Rose hanya melakonkan babak mesra bersama lelaki […]

Featured Fri, 3 Dec 2021

“Penat Bila Dapat Guest Macam Ini” – Tetamu Langgar Syarat Tempahan & Buat ‘Homestay’ Bersepah

Selepas kerajaan membenarkan rentas negeri, pasti ramai yang sudah mula rindu untuk pergi bercuti. Malah, kita juga boleh lihat tempahan homestay juga hampir penuh setiap hujung minggu. Namun, dalam keterujaan itu ada juga beberapa individu […]

Trending Fri, 1 Oct 2021

Halaqah Musim Baharu Kini Lebih Padat & Menarik

Lihat, dengar dan hayati. Itulah kekuatan program Halaqah yang sering mendapat maklum balas positif daripada penonton setiap kali bersiaran! Kini, program bual bicara terbaik Anugerah Skrin 2016 dan 2018 kembali dengan kupasan topik yang lebih […]

Trending Sat, 28 Apr 2018

Selamat Jalan, Alfie…

Pakar perubatan di Britain berpendapat bahawa rawatan selanjutnya adalah sia-sia, namun ibu bapanya ingin membawa Alfie ke Rom, selepas mendapat tawaran rawatan di hospital Vatican Bambino Gesu.

Hiburan Thu, 28 Jun 2018

Kongsi Video Isteri Bersalin, Abang Terlajak Laris Mohon Maaf!

Datuk Aliff Syukri memohon maaf kepada semua pihak atas perkongsian video isterinya bersalin.

Events Tue, 7 Jan 2020
Hiburan Tue, 12 Dec 2017

Saya Tanya Aishah Guna Produk Saya Atau Tak

Saya Tanya Aishah Guna Produk Saya Atau Tak, Bukan Nak Perli Elyana,” – Dato Vida