Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 28, 2023 @ 1:35pm

[VIDEO] “IVF Itu Usaha, Bukan Pembaziran.. Kenapa Tak Ambil Anak Angkat?” – Achey Istighfar Panjang Dengar Statement Abang Tesla

Pelawak dan pelakon, Achey tidak bersetuju dengan kenyataan Abang Tesla mengatakan punca dia berkahwin dua adalah kerana mahu mendapat zuriat.

Malah, ketika sesi temubual di podcast bersama Caprice dan isternya, Farra Inalis, Abang Tesla secara selamba berkata dia akan berkahwin lagi sekiranya tidak mendapat zuriat bersama isteri kedua.

Menerusi sesi siaran langsung, Achey berkata dia beristighfar selepas membaca kenyataan Abang Tesla itu di Facebook serta kecewa apabila dikatakan proses mendapatkan zuriat melalui cara In vitro fertilisation (IVF) itu membazir.

Jelas Achey, proses IVF itu adalah satu usaha buat pasangan suami isteri yang mahukan zuriat.

IVF Bukan Pembaziran

Dalam perkongsian sama, Achey turut mempersoalkan mengapa Abang Tesla tidak mahu mengambil anak angkat, sebaliknya memilih untuk berkahwin dua.

“Saya terus istighfar dengar statement dia.. Itu adalah usaha.. Kadang-kadang naluri tu kita nakkan zuriat daripada kita dan hubungan kita, waris daripada isteri kita tu. Bukan saya dengan dia (isteri), tapi ada lagi seorang.

“Itu yang kita usahakan. Tapi kalau dikatakan membazir buat IVF, itu hak awak untuk bercakap. Tapi bagi orang-orang yang mengusahakan IVF tak kisah berhabis duit.

“Saya ada jumpa orang buat IVF, dia kerja kilang pagi petang siang malam sebab apa dia nak anak dengan isteri dia. Jadi jangan keluarkan statement macam tu..

“Daripada kau kawan lagi, lebih baik kau ambil anak angkat. Kenapa tak ambil anak angkat, ha? Kalau betul nak anak sangat… Ini paling aku tak setuju,” tuturnya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan luahan hati Achey yang juga melalui pengalaman menjalani rawatan IVF demi mendapatkan cahaya mata.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 800,000 tontonan, 58,000 tanda suka dan lebih 1,000 komen.

Sekadar info, Achey dan isterinya Nor Hasanah Yahaya mengambil anak angkat, Nur Tiara Zinnirah Nasir ketika 2018 selepas 8 tahun mendirikan rumah tangga.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Didakwa Berpoligami Sebab Zuriat, Abang Tesla Pilih Kahwin Lagi Kalau Isteri Kedua Masih Tak Boleh Bagi Anak?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 14 Jan 2018

Tolonglah Berhenti Buat Kerja Tak Elok Ini !!

Betul ke Osman Ali kecewa dengan kes ‘curi rakam’ dan siaran langsung menerusi media sosial ?

Trending Wed, 6 Jan 2021
Hiburan Thu, 25 Aug 2022
Featured Thu, 21 Aug 2025
Featured Mon, 28 Apr 2025

Aazief Khalid Akhirnya Selamat Bertunang

Majlis pertunangan itu diadakan dalam satu majis tertutup.

Hiburan Fri, 6 Oct 2023

Imej Botak & Berat Badan Susut Bukan Disebabkan Rawatan Kemoterapi – Zizan Nin

Zizan Nin sihat je tau… lama tak tengok Zizan berlakon kan…

Hiburan Mon, 13 May 2019

1000 Pembeli Terawal Vivo V15 Bakal Dapat Baucar SimplySiti

Vivo Malaysia berharap dengan kerjasama ini dapat memenuhi permintaan pengguna telefon pintar di Malaysia

Hiburan Thu, 15 Aug 2019

《使徒行者2谍影行动》全马上映5天票房突破220万

电影《使徒行者2谍影行动》在马来西亚全马上映5天票房突破了220万马币!

error: Content is protected !!