Hiburan By: Fatin Nurain August 28, 2023 @ 4:00pm

Isu Kes Rogol Tular Kembali… Keguguran Isteri Dianggap Kifarah, Da’i Syed Ambil Tindakan Undang-Undang

Pendakwah selebriti Da’i Syed memaklumkan dirinya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dua individu yang menyebarkan fitnah terhadap dirinya susulan video yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Menurut Syed atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohamad Shaiful, dia enggan berdiam diri kerana dakwaan tersebut turut dikaitkan dengan keguguran kandungan isterinya, Nurul Hana.

“Apabila kenyataan awal itu diterbitkan semula dan dikaitkan dengan keguguran kandungan isteri saya, saya tidak boleh berdiam diri lagi kerana ini adalah sesuatu yang amat melampaui batas.

“Hal ini merupakan suatu fitnah terhadap saya. Dia juga dilihat seolah-olah cuba mengambil kesempatan di atas kesedihan yang dialami oleh saya dan isteri.

“Hal ini merupakan satu kenyataan salah yang sengaja diada-adakan. Sehubungan dengan itu, saya telah mengarahkan peguam saya untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap Nurul Atiqah dalam kadar yang segera,” katanya.

Perkara tersebut telah didedahkan oleh Syed ketika ditemui dalam satu sidang media yang turut dihadiri isterinya, keluarga dan peguam, Syed Amirul Syed Edros, hari ini.

Sebelum ini, wanita yang dipercayai mangsa rogol tersebut telah memuat naik keratan berita mengenai kes yang membabitkan seorang pendakwah bebas popular.

Malah, wanita terbabit turut mengaitkan kehilangan anak dalam kandungan isteri pendakwah tersebut sebagai kifarah atas perbuatan terkutuknya.

Pada 10 Disember 2020, Da’i Syed mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap wanita berumur 22 tahun (ketika itu) dan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud untuk mencabul kehormatannya di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana di sini, antara 3 hingga 4 pagi, 17 Okt 2020.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi kes menggunakan kekerasan jenayah, pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Dalam pada masa yang sama, Syed juga akan memulakan tindakan undang-undang terhadap Ainun Najwa disebabkan fitnah yang telah diterbitkannya pada 23 November 2021.

“Sebelum ini, pada 26 November 2021, Ainun Najwa telah membuat satu laporan polis yang menyatakan bahawa dia mengakui bertanggungjawab sebagai individu yang memuat naik hantaran tersebut dan memohon maaf kerana telah memfitnah saya.

“Tetapi laporan polis yang dibuat olehnya sebelum ini tidak dapat menidakkan tindakannyq yang telah memfitnah saya malahan di dalam laporan yang sama, dia sendiri mengakui bertanggungjawab terhadap fitnah tersebut,” jelasnya.

Dalam pada itu, Syed juga menegaskan pihaknya tidak akan teragak-agak untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang telah memfitnah dia dan mengaitkan juga isteri serta keluarga.

“Saya memohon agar orang awam yang tidak terkait dengan kes dan tidak mengetahui fakta kes yang sebenar, dapat berlaku adil dalam memberikan sebarang komentar.

“Jangan tidak tersalah langkah sehingga membuat tohmahan yang melampaui batas terhadap diri saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang telah memfitnah saya.

“Saya berharap orang awam akan menerima penjelasan saya berhubung isu ini dengan hati yang terbuka,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 30 Nov 2018

Konsert Duo Dinamik Dapat Pujian, Tomok & Black Contoh Terbaik Penyanyi ‘From Zero To Hero’

Rasa macam kembali ke tahun 1999 pula pada malam ini. Masih ingat ketika di zaman New Boyz sedang popular, saya pernah berdepan dengan insiden lucu apabila van yang kami naik hampir terbalik kerana diserbu peminat.

Hiburan Sun, 8 Apr 2018

Awas! Padam Nama Siti Nurhaliza Kalau Tak…

Saya menafikan sekeras-kerasnya berita itu (jika dirujuk pada saya) dan tidak pasti tujuan pihak yang menulis berita palsu itu.

Hiburan Thu, 12 Sep 2019

泰风来袭!dimsum 携9位泰星来马开唱

泰风来袭!dimsum携9位泰星来马开唱,Sunny和霸总Tor 11月来马会粉丝。

Events Thu, 25 Jul 2019

相隔8年再出发!欣彦「大玩性感」用音乐唱游亚洲

相隔8年Zyen欣彦再次以「芭莎公主」身份发行全新专辑,服装造型更是大露事业线,不惧走光!

Contest Wed, 24 Jul 2019

Pilihan Salah Buat Syamel Tergamam?

Jadi jangan lupa saksikan temu janji korang pada Ahad ini, di TV3 dalam #ICSYVMY

Contest Tue, 17 Sep 2019

Calit, Si Cilik Calit! Kembali Dan InI 5 Sebab Kenapa Korang Wajib Tonton Episod Kali Ini!

Jangan lupa saksikan Calit, Si Cilik Calit! Edisi Selebriti nanti okay!

Hiburan Fri, 19 Apr 2019
Hiburan Fri, 31 Jan 2020
Hiburan Fri, 23 Feb 2024

Bekas Kekasih Meninggal Di Indonesia, Hafiz Hamidun Tak Serik Nak Kahwin

Inalillah.. InsyaAllah ada jodoh buat Hafiz Hamidun nanti