Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain August 29, 2023 @ 4:50pm

Da’i Syed Dedah Pernah Terserempak Dengan Pelaku, Ini Respons Hana Ismail – “This Is Not How A Victim Would React”

Pendakwah selebriti Da’i Syed tampil mendedahkan dirinya pernah terserempak dengan wanita yang kononnya dipercayai mangsa rogolnya ketika di kediaman milik isterinya, Hana Ismail, sekitar Shah Alam, Julai lalu.

Menurut Syed, individu yang bernama Nurul Atiqah itu turut menegurnya di hadapan isterinya, Hana seolah teruja bertemu dengannya.

Namun, dia bertindak untuk mengendahkan tindakan individu tersebut dan menjelaskan perkara sebenar kepada Hana.

“Bulan lepas saya dan Hana bersama keluarga kami berehat di rumah Hana di sebuah kondominium sekitar Shah Alam.

“Ketika kami ingin berjalan-jalan bersama, saya perasan sepasang pasangan kekasih berbangsa cina di dalam lif tapi saya tidak perasan siapa.

“Dalam perjalanan turun ke parking, saya terdengar suara seorang perempuan menjerit panggil saya macam dah lama tak jumpa berkali-kali. Bila saya pusing saya tengok Nurul Atiqah (pelaku).

“Jadi saya terkaku sebentar. Bila keluar di lif saya terus keluar, isteri saya pelik kenapa saya layan orang macam tu. Saya pun bagitahu dia yang itulah orang yang report tentang saya sampai ditahan reman,” katanya.

Perkara tersebut telah didedahkan oleh Syed ketika ditemui dalam satu sidang media yang turut dihadiri isterinya, keluarga dan peguam, Syed Amirul Syed Edros, semalam.

Terkejut dengan situasi tersebut, Hana turut musykil dengan tindakan wanita terbabit yang tidak takut sama sekali apabila bertemu dengan suaminya, Syed yang didakwa pernah merogolnya sehingga trauma.

“Jujur saya terkejut sebab orang yang mungkin jadi ‘mangsa’ kepada seorang ‘pemangsa’ tidak akan bereaksi seolah-olah dia teruja untuk berjumpa dengan ‘pemangsa’. Jadi, sebab itu saya assume dia seorang fans atau kawan lama.

“Saya rasa macam this is not how a victim would react who claims suffers from depression because of the act of the rape from this guy.

“Kalau awak jumpa seseorang yang buat perkara tersebut terhadap awak, adakah awak akan bereaksi macam awak teruja bila berjumpa orang tu?,” katanya.

Terdahulu, Syed memaklumkan dirinya akan mengambil tindakan terhadap Nurul Atiqah bersama rakan baiknya, Ainun Najwa atas kesalahan menyebarkan fitnah terhadap dirinya susulan video yang tular di media sosial dan mengaitkan isu keguguran isterinya, baru-baru ini.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 19 Jan 2025
Hiburan Sun, 8 Sep 2019
Hiburan Wed, 25 Jul 2018

“Tidak Mahu Manjakan Bakal Anak Dengan Kemewahan” – Elvina

Elvina mahu anaknya itu hidup dengan penuh kesederhanaan sama seperti orang lain.

Featured Tue, 25 Oct 2022

[VIDEO] Pertama Kali Bergandingan Dengan Aedy Ashraf Dalam Telefilem Dania TV3, Puteri Balqis Terbawa Emosi

Berat watak yang dibawa Aqish dalam telefilem Dania ni ❤️ Suka tengok gandingan Aqish dengan Aedy, moga lepas ni ada peluang lagi 🤩🤩

Hiburan Sat, 15 Jun 2019

Syatilla Suka Suami Gemuk?

Kenapa agaknya Tilla tak nak tengok Sam kurus?

Hiburan Wed, 30 Oct 2019

Tunai Hasrat Sahabat, Ramli Sarip Gegar Pentas IB Tahun Depan!

Dah beli tiket untuk menonton konsert kolaborasi Papa Rock dan Ratu Rock Negara?

#SkoolXTRA Tue, 14 Feb 2023
Hiburan Mon, 4 Jun 2018

Siti Nurhaliza Bukan Pilih Kasih!

Memilih Khai Bahar sebagai rakan duet kerana merasakan suara penyanyi lagu Bayang itu paling bersesuaian untuk menyanyikan lagu berentak zikir. 

FESYEN Fri, 11 Oct 2019
error: Content is protected !!