Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 19, 2025 @ 6:38am

Sahut Cabaran Cuba Gandingan Baharu, AJL39 Tampilkan Naz Rahman & Sissy Imann Sebagai Hos Utama

Hos berpengalaman, Naz Rahman bakal digandingkan bersama penyanyi dan pengacara Sissy Imann untuk mengemudi malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) pada 16 Februari ini.

Menurut Ketua Unit Produksi, Penjenamaan dan Hiburan TV3 merangkap Pengurus Projek AJL39, Russell Mark Rodrigues, gandingan Naz dan Sissy mengendalikan AJL39 merupakan percubaan baharu.

“Naz seorang hos senior yang sudah lama berkecimpung dalam bidang pengacaraan. Sissy juga mempunyai pengalaman mengendalikan banyak program serta acara karpet merah AJL dan beberapa anugerah lain.

“Kita nak mencuba sesuatu yang baru. Kami ingin mengambil cabaran sedikit. Kami tahu, ada risiko tetapi sebagai tenaga produksi, kami sudah memberi panduan kepada Naz dan Sissy. Kita mengadakan banyak sesi latihan menjelang AJL.

“Mereka tidak pernah bergandingan sebagai hos, jadi untuk mendapatkan keserasian itu, agak sukar dan mengambil masa. Kami melakukan beberapa kali pertemuan untuk mencipta keserasian dan perkembangan yang ditunjukkan sangat positif,” katanya,

Ketika ditanya adakah pihak produksi sudah bersedia dengan kritikan ketika acara berlangsung, Russell memandang ia daripada sudut positif.

“Kami tak boleh halang, ia perkara biasa untuk orang mempertikaikan. Tetapi untuk membuktikan sesuatu, kita kena tengok apa yang jadi di malam AJL39 kelak. Kami memandang kritikan sebagai sesuatu yang baik dan positif.

“Untuk mencuba sesuatu yang baru, kami perlu memberi banyak latihan kepada mereka untuk mencipta keserasian di pentas AJL39 kelak. Kami percaya Naz dan Sissy bakal memberikan persembahan yang baik,” katanya lagi.

Lagu-lagu yang berjaya mara ke pentas AJL39 adalah:
 1.⁠ ⁠Sengaja (Amir Masdi) ciptaan dan lirik Bunga Cantik serta Hang Nadim
 2.⁠ ⁠Puas Sudah (Aina Abdul) ciptaan dan lirik Aina Abdul
 3.⁠ ⁠Saksama (Akim & The Majistret) ciptaan Akim, Bunga Cantik
 4.⁠ ⁠Diam (Hael Husaini) ciptaan Hael Husaini dan Iqie Hugh
 5.⁠ ⁠Hening Rindu (Marsha Milan) ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Salleh
 6.⁠ ⁠Aura (Ernie Zakri) ciptaan Ernie Zakri dan John Jeeves
 7.⁠ ⁠Bukan Lagi Kita (Nadeera) ciptaan Hael Husaini dan Iqie Hugh
 8.⁠ ⁠Pujaanku (Kugiran Masdo & Aisyah Aziz) ciptaan Ali Sariah dan Hedimoru
 9.⁠ ⁠Risiko (Benzoloo, Ghidd, Isobahtos, Meerfly, Tuju & MK K-Clique) ciptaan Apipapol, Benzoloo, Ghidd, Isobahtos, Meerfly, Tuju & MK
10.⁠ ⁠Terus Bersinar (Hafiz Suip) ciptaan Mas Dewangga, Jova Devito dan Datuk Arisz Abdul Rahman

Selain Edry Abdul Halim, 30 lagu yang bersaing pada Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-39 diadili Datuk Mokhzani Ismail, Efry Arwis, LY, Helen Yap dan AD Samad.

Sementara itu, AJL39 bakal menyaksikan gandingan mantap Sissy Iman dan Nazrudin Rahman selaku hos utama dan Fikry Ibrahim bersama Malia Baby selaku hos karpet merah.

AJL39 yang bakal bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada 16 Februari bermula jam 9 malam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 7 Sep 2022

Netizen Persoal Kredibiliti Shila Amzah Jadi Peserta

Mungkin nak bawa pembaharuan gitu!!! Tak baik tau cakap tak layak

Hiburan Thu, 30 Apr 2020

Legenda Bollywood Rishi Kapoor Meninggal Dunia Di Usia 67 Tahun

Teringat lakonan beliau dalam filem Bobby..

Hiburan Wed, 20 May 2026

“Balik Kerja Dah Tak Kena Soal” – Nabil Ahmad Kongsi Perubahan Drastik Isteri Selepas 13 Tahun Kahwin

Nabil turut sempat berseloroh apabila mengakui dia turut berasa risau dengan perubahan ketara ditunjukkan isterinya itu.

Hiburan Wed, 17 Jan 2024
Trending Tue, 14 Jun 2022

“Banyak Benda Tak Sopan Saya Lakukan…” – Fauziah Gous Fokus Buat Kebaikan, Tak Boleh Ubah Masa Lalu

Fouziah Gous mahu fokus buat kebaikan untuk jadi contoh buat anaknya.

Featured Fri, 5 Nov 2021

Wanita Meninggal Dunia Selepas Tidak Sedarkan Diri Semasa ‘Hiking’

Seorang wanita meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika melakukan aktiviti mendaki bukit di Pulau Bohey Dulang pada Khamis. Menurut laporan Berita Harian, polis memaklumkan mangsa bersama dua rakan perempuannya itu pergi ke pulau berkenaan […]

Featured Tue, 31 Mar 2026

“Bapa Kandung Tak Malu Ke?”- Ika Nabila Kagum Idea Hantaran Syed Saddiq Untuk Masa Depan Ayden & Ara

Ika Nabila meluahkan rasa kagum terhadap idea yang dikongsikan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung kepentingan merancang masa depan anak-anak.

error: Content is protected !!