Euforia Bola 2026
Trending By: Nurul Hana April 5, 2023 @ 12:47pm

[VIDEO] Pengawal Keselamatan Teruja Bila Lelaki Ini Masak Makanan Tradisi Nepal.. Baiknya Hati!

Tindakan murni seorang lelaki yang membuat kejutan istimewa kepada dua pengawal keselamatan warganegara Nepal meraih perhatian warganet di laman Twitter.

Menerusi hantaran video, lelaki itu bertanyakan kepada salah seorang pengawal terbabit mengenai makanan yang paling diinginkan mereka.

Pengawal keselamatan itu memberitahu yang dia sudah lama teringin untuk menjamah makanan tradisi Nepal yang dikenali sebagai Napali Momo.

Menurutnya, sudah tiga tahun dia tidak menikmati makanan istimewa terbabit.

Apa yang menarik perhatian, lelaki itu kemudian membeli bahan-bahan untuk membuat makanan tersebut dan memasaknya sendiri untuk diberikan kepada mereka.

Selepas menjamah juadah terbabit, pengawal berkenaan memuji keenakan hidangan itu dan tidak menyangka bahawa ia dimasak sendiri.

Ruangan komen dibanjiri dengan komen netizen memuji niat murni lelaki ini yang berjaya menggembirakan mereka yang bekerja jauh di perantauan.

“Terbukti memasaa salah satu cara yang dapat membahagiakan orang.

“Selalu tengok content mat saleh, sekarang dekat sini pun dah ada, banyakkan lagi content macamni,” ujar warganet.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 10 Feb 2026

“Saya Masuk Industri Tanpa Duit, Tanpa Nama” – Mimi Lana Dedah Bukan Orang Senang, Nabila Huda Pernah Pinjamkan ‘Winter Clothes’

Pelakon popular, Mimi Lana berkongsi pandangannya mengenai industri seni tanah air yang menurutnya sering dilabel ‘kotor’.

Trending Thu, 21 Dec 2017

Dik, Kancil Pam 4, Isi Minyak Kuning 9 Ringgit 80 Sen

“Dik, Kancil Pam 4, Isi Minyak Kuning 9 Ringgit 80 Sen” – Kisah Rezeki Tidak Disangka Ini Sentuh Hati Netizen

Events Sat, 1 Mar 2025

Mengaku Penakut, Nadiya Nisaa ‘Minta’ Doa Pada Ustaz Sebelum Mulakan Penggambaran Filem – “Saya Memang Akan Baca…”

Namun, sepanjang proses penggambaan filem seram, dia tidak pernah berdepan dengan pengalaman mistik.

Trending Mon, 16 Mar 2020
Selebriti Thu, 23 May 2024
error: Content is protected !!