Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 30, 2023 @ 2:40pm

“Do Not Chase People Who Don’t Choose Us” – Ulas Isu Bapa Berubah Lepas Kahwin Baru, Shila Amzah Percaya Tak Ada Yang Kekal Selamanya

Penyanyi popular Shila Amzah berkongsi pendapat mengenai topik ‘bapa berkahwin baharu’.

Isu terbabit sedang dihadapi oleh peminatnya yang bertanya soalan menerusi pautan Ask Me Questuon di Instagram.

Menurut pelantun lagu Beribu Sesalan ini, tidak ada yang kekal selamanya dan dia percaya setiap manusia itu berubah.

Malah, Shila menegaskan tidak perlu mengejar manusia yang tidak pernah memilih untuk kekal dan setia bersama selamanya.

“Saya sudah sampai pada satu tahap dimana saya percaya manusia itu boleh berubah.

“Dan tidak ada yang akan kekal selama-lamanya.

“Sesetengah orang ada yang boleh move on dan ada yang tidak. Tapi, hidup mesti diteruskan.

“Anda sudah lakukan yang mana betul dimana anda sudah membuat keputusan untuk tinggalkan semuanya.

“Jadi, jangan kejar manusia yang tidak pernah memilih kita,” katanya.

Perkara itu dikongsi Shila menerusi ruangan Instagram Stories miliknya.

shila amzah

Cuba berdamai dengan takdir

Dalam hantaran yang berlainan pula, Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah, 33, tampil menjawab soalan yang diajukan mengenai cara bagaimana untuk mengatasi kesihatan mental terutamanya melibatkan isu keluarga.

Jelas Shila,  jika terpalit dengan isu melibatkan keluarga, berdamai dengan takdir adalah perkara yang perlu dilakukan.

Ini kerana, sesetengah perkara berlaku diluar jangkaan dan sebaiknya cuba untuk tidak membiarkan perkara yang tidak dapat dikawal menjejaskan kesihatan mental.

“Saya cuba berdamai dengan takdir. These are the things yang berlaku diluar jangkaan. Tapi saya cuba untuk tidak membiarkan perkara yang saya tidak dapat kawal menjejaskan kesihatan mental saya.

“Saya tak cakap saya tak terkesan cuma saya jarang bercakap mengenainya secara terbuka. But, alhamdulillah suami saya sentiasa menyokong saya.

“Dia juga berusaha untuk menjadikan saya lebih baik. It’s daily battle,” jelasnya.

shila amzah igs

Kerja kami memerlukan kami terlihat okay

Ditanya bagaimanakah caranya untuk mengawal emosi jika berdepan dengan masalah, Shila menegaskan bahawa kariernya sebagai seorang anak seni memerlukan dia dan suami, Ubai MZ sentiasa kelihatan baik dan itu sudah menjadi perkara normal untuk mereka.

“Yang tahu semua sedih saya adalah suami kerana dia juga merupakan kawan baik saya.

“Saya pandai kawal emosi sebab dah jadi kebiasaan, sebab kerja kami memerlukan kami terlihat okay dan itu adalah realitinya,” ujarnya.

shila amzah igs

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 26 Jul 2018
Trending Mon, 21 Jun 2021

Lagu Kesetiaan Jadi ‘OST’ Video Cemas Pintu ATM Tertutup, Siti Sarah Nak Bagi Hadiah Kepada Pemuda Viral!

Penyanyi Siti Sarah mahu memberikan hadiah kepada pemuda yang hampir terperangkap di dalam bank selepas mengeluarkan wang di mesin teler automatik atau automated teller machine (ATM). Potongan video memaparkan aksi pemuda yang hampir terperangkap itu […]

Selebriti Tue, 19 Sep 2023
Trending Tue, 10 Jul 2018

93岁生日快乐!敦马的愿望是……

首相敦马哈迪今日迎来93岁生日!即使生日,马哈迪也没放假,照常上班;而他的生日愿望是……

Kisah Viral Mon, 27 Jan 2025
Featured Wed, 5 Apr 2023
error: Content is protected !!