Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi September 1, 2023 @ 1:00pm

[VIDEO] Ahirine Ahirudin Dedah Detik Cemas Diganggu Stalker Selama 3 Tahun, Rupanya Kawan Sendiri ‘Miang’ – “Dia Tahu Rumah Saya, Hampir Buat Laporan Polis Sebab…”

Pelakon, Ahirine Ahirudin berkongsi detik cemas diekori dan diganggu ‘stalker’ selama tiga tahun yang ternyata merupakan kenalannya sendiri.

Jelas Ahirine, kejadian tersebut telah berlaku selama tiga tahun, namun semenjak tahun ini gangguan tersebut semakin menjadi-jadi terutamanya pada bulan lalu. 

Meksipun tidak mahu mendedahkan secara terperinci mengenai tindakan individu tersebut, Ahirine berkata dia hampir membuat laporan polis.

“Sebenarnya dah tiga tahun, tapi tahun ini baru macam lebih sikit, especially bulan lalu. Ibu bapa saya tahu. Bila perkara ni jadi, saya rasa macam ada mata-mata memerhati, buat saya jadi takut.

“Dia kenalan dan rakan saya yang lebih berusia. Saya kenal dia, cuma tak sangka dia akan jadi macam ni. Dia nak berkenalan, ada juga cita-cita nak jadikan saya teman wanita. Dia tahu rumah saya dekat mana, jadi itu yang sangat menakutkan. 

“Saya tahu niat dia baik, cuma saya rasa sebagai kawan pun ada boundaries. Mungkin dia ingat, kita rapat tapi tidak. Hanya kenalan dan tindakannya itu membuatkan saya hampir untuk buat laporan polis,” ujarnya. 

Sementara itu, Ahirine juga mendedahkan individu tersebut turut menganggunya di media sosial namun apabila disekat, lelaki itu akan membuat akaun yang baharu. 

Jelas Ahirine, individu tersebut seakan ‘delusional’ apabila kerap menganggap hantaran di Instagram aktres tersebut seolah-olah dituju kepadanya.

Tuturnya lagi, dia dan individu tersebut sudah menyelesaikan isu menakutkan itu tanpa melibatkan pihak berkuasa.

“Di media sosial juga dia ada hantar perkara pelik-pelik setiap hari. Saya tak sekat dia sebab dia akan buat akaun yang baru, kadang kala apabila saya post sesuatu dia ingat hantaran tu untuk dia, itu yang susah. 

“Itu yang bahaya, dia dah psiko. Saya nak post pun jadi takut dia fikir lain. Dia tak ada hantar gambar yang bukan-bukan. 

“Saya selesaikan dengan cara yang baik, tak nak membabitkan pihak polis. Tindakan yang dia lakukan hampir membuat saya untuk report polis, sebab membahayakan keselamatan saya. 

“Selepas berbincang, dia masih ada ganggu saya sedikit, tapi saya tak tahu pemikiran dia macam mana saya tak nak triggered anything,” katanya ketika ditemui di majlis sidang media filem Tebus di Starling Mall, Petaling Jaya pada Rabu. 

Artikel Berkaitan: Kongsi Ciri-Ciri Lelaki Idaman, Ahirine Ahirudin Jawab Status Hubungan Dengan Zizan Razak – “Saya Tak Menidakkan…”

Artikel Berkaitan: Dituduh Punca Farid Kamil & Diana Danielle Bercerai, Ahirine Ahiruddin Nafi Dakwaan – “Saya Sedang Bahagia Dengan Teman Lelaki”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 4 Aug 2019

Nak wajah runcing, pelajari teknik mudah ini!

Tak perlu lakukan pembedahan

Featured Tue, 22 Nov 2022

97% Undi Setuju, Puteri Sarah Bakal Bertanding Pada PRU16?

Wah betul ke Sarah bakal jadi wakil rakyat?

Hiburan Thu, 28 Nov 2019

After What Had Happened In South Korea, Ailee Plans To Mark Her Name In The States

Not only she’s planning on marking her name in the States, she reassures fans with nation-wide tour!

Hiburan Thu, 23 Nov 2023

Jumpa Banyak Syiling Bertaburan, Jualan Merosot….Cat Farish Kena Gangguan Mistik?

Dengki betul dengan bisnes orang eh! Semoga abang Cat Farish dan isteri dilindungi selalu🤲🏻

Trending Thu, 3 Jan 2019

Tiada Saman Sehingga Jun Bagi Kesalahan Merokok Di Kedai Makan

KKM tidak akan mengeluarkan sebarang surat saman selama 6 bulan melainkan melanggar peraturan

Hiburan Fri, 3 Nov 2023

“Rasa Azab Juga, Dulu 9 Bulan Boleh Nyanyi Kat Club Lagi…” – Berbeza Hamil Anak Perempuan, Tom Cepat Penat & Mengantuk

Fuh tapi Tom walaupun dah 6 bulan mengandung tetap aktif atas pentas Famili Duo 3 kan!

Hiburan Tue, 7 Nov 2023
Hiburan Fri, 25 Apr 2025
error: Content is protected !!