Euforia Bola 2026
Filem By: Padin September 16, 2023 @ 10:30am

Tonton Apa Hari Ni: ‘Doh’

Mengasaskan perniagaan bukanlah perkara yang mudah. Pelbagai risiko dan rintangan perlu diharungi. Namun, mewarisi legasi perniagaan keluarga juga membawa cabaran yang tersendiri. Itulah yang perlu dihadapi oleh Faiz (Syafiq Kyle) dalam filem Tonton Original yang berjudul ‘Doh.’

Setelah pemergian bapanya, Faiz terpaksa mengambil alih aktiviti pengurusan perniagaan yang ditinggalkan. Farhan Bakery adalah perniagaan yang menjual roti dan kuih-muih di bandar lama Ipoh. Kedai tersebut telah bertapak selama hampir 100 tahun.

Komitmen yang tidak diingini ini telah menyebabkan Faiz merasa terbeban. Namun, dia beranggapan bahawa adik-beradiknya, Farah (Aida Amron) dan Fathul (Fariz Isqandar) masih terlalu mentah untuk menggalas tanggungjawab menguruskan perniagaan itu.

Faiz merancang untuk menjaga bakeri itu hanya buat sementara waktu sehingga dia mendapat pekerja baharu. Di lubuk hatinya, penglibatannya dalam perniagaan ini juga adalah bagi memuaskan hati ibunya, Aini (Fatimah Abu Bakar).

Situasi menjadi lebih merunsingkan buat Faiz apabila muncul pesaing moden baharu. Kedai ‘Akhirnya Kini Pastry’ yang diasaskan oleh Yap (Fabian Loo) menjadi tarikan baharu di bandar itu. Ramai pelanggan Farhan Bakery mula berubah arus dan berhenti membeli roti di kedai Faiz.

Walaupun perniagaan bakeri ini bukanlah minat utamanya, Faiz masih bersemangat untuk memastikan ia kekal bertahan. Mampukah dia bersama adik-beradiknya memastikan Farhan Bakery tidak lapuk ditelan zaman?

Cerita Apa? ‘Doh’
Di Mana? Strim eksklusif HD di Tonton

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Thu, 10 Oct 2019

Looking Regal; Angelina Jolie And Elle Fanning Wowed At Maleficent: Mistress Of Evil Premiere

These two look so stunningly beautiful, we couldn’t look away!

Filem Thu, 11 Jan 2018

独有的「Kampung文化」在这个年代还可流传多久?

当一群人长期的生活在一个地方,积累了丰富的乡土知识,对人和自然关系都有着自己独特的理解,就会产出属于当地的文化。今天小编就给你们介绍一个距离吉隆坡不到30公里一个名叫“大福村”的Kampung,当地的文化特色还真让人会“哇”一声!

Filem Sun, 16 Sep 2018

New Horror Series’ First Episode Based on Malaysia’s Toyol

It’s all about Asian horror stories this time.

Filem Fri, 10 Apr 2026

“Memang Tak Senang Duduk!” – Sherry Alhadad Puji Lakonan Beto Kusyairy Dalam Gayong 2

Kata Sherry Alhadad, naskhah ini bukan sekadar hiburan biasa, sebaliknya memberikan pengalaman menonton yang benar-benar mencengkam perasaan

Filem Wed, 17 Jan 2024

Tonton Apa Hari Ni: ‘Town Mall 2’

Bukan tapak pembinaan biasa.

Filem Fri, 13 Jul 2018

黄玮瑄主持《谨训》自嘲太独立 恐找不到男朋友

八度空间全新资讯节目《谨训》7月29日启播;主持人黄玮瑄自嘲个性太独立,恐怕找男朋友有点难!

Filem Tue, 3 Jul 2018

#JommenangXtra : Saksikan Filem Terbaharu Lee Kwang Soo, The Accidental Detective 2 : In Action Mulai 10 Julai Ini!

Kes penyelidikan secara rahsia ini turut mengundang Yeochi seorang penyelidik dan egen perisikan yang cerdik dalam dunia siber. Kalau nak tahu kesudahan cerita ini, korang kenalah menyaksikan filem ini dipawagam berdekatan pada 10 Julai 2018!

Filem Mon, 23 Jul 2018

Watch the Behind-the-Scenes of Pulang on tonton

You won’t believe how much of it was done with green screen!

Filem Fri, 1 Jun 2018

Do You Remember What Happened in Episode 1 & 2 of I, Remember?

Here’s an recap of what happened in the two episodes.

error: Content is protected !!