Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 1, 2023 @ 12:03pm

“Selagi Boleh, Masukkan Je Semuanya!” – Ain Edruce Mengaku Jadikan Keluarga Sebagai ‘Content’

Gelagat pelakon dan pengacara, Ain Edruce pastinya tidak pernah membuatkan warganet berasa kering gusi apabila melihat kontent video TikTok miliknya.

Malah, dia yang terkenal dengan sifat nakal dek kerana sering ‘membuli’ suaminya, Muhammad Amirul Hafiz Mustaffa membuatkan rata-rata pengikut pasangan ini tidak pernah berasa muak menantikan video terbaru dari mereka.

Anggap keluarga sebagai rezeki

Memetik laporan Harian Metro, Ain atau nama sebenarnya, Nurul Ain Edruce, 32, menganggap ia sebagai rezeki apabila dia menjadikan keluarganya sebagai ‘content’ untuk di muat naik di media sosial.

“Mengenai bawa keluarga sekali dalam video, saya memang tidak nafikan. Selagi boleh guna tu, masukkan saja semuanya! Dengan suami, dengan anak.

“Malah, jika ada anak kedua nanti, pun saya akan gunakan juga sebagai ‘content’. Bukan apa, semua itu rezeki. Bukan untuk orang lain, buat mereka juga,” katanya.

@ain.edruceAku sambil angkat soraya pun boleh shuffle. Mirul ni apa ntah dia buat.😒♬ original sound – djdanish.__ ☑️

 

Tidak akan tinggalkan dunia seni

Meskipun, aktif sebagai ‘content creator’, Ain menegaskan dia tidak akan meninggalkan industri seni kerana bidang itu membuka lebih banyak peluang dan ruang untuknya sebagai anak seni.

Bahkan, dia juga sedar untukmenjadi anak seni yang serba boleh, dia harus bijak membahagaikan waktu antara keduanya.

“Sekarang memang saya banyak buat untuk sosial media tapi tidaklah sehingga tinggalkan industri televisyen ke industri hiburan.

“Apatah lagi, saya menyedari kepentingan bidang seni. Saya pun sedar diri bermula pun dari industri hiburan daripada televisyen semua.

“Jadi jika ada komitmen atau tawaran saya lunaskan tanggungjawab tetapi jika tiada, saya akan fokus kepada media sosial. Begitu pendekatan yang saya ambil

“Sosial media ni kalau anda semua hendak tahu memang boleh buat duit. Tak adalah, jangan beritahu orang nanti orang ambil kerja kita pula,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce)

 

 

Sumber: Harian Metro, TikTok

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 28 Nov 2023

3 Kali Tangguh Konsert Dangdut Milenia, Riezman Khuzaimi Tak Kuat Berdepan Kecaman Warganet

Netizen Malaysia memang akan kecam kaw kaw punya! Apa-apa pun, semoga segala urusan dipermudahkan🤲🏻

Trending Wed, 27 Nov 2019

Agnez Mo, Whom Was Agnes Monica Claimed To “Not Have Indonesian Blood Whatsoever” After Made It In The US

That is a big claim and what she has said sparks racial debate on social media.

Hiburan Sun, 18 Sep 2022
Hiburan Sun, 1 Sep 2019

大马歌手「马来犀鸟」刘思延登《声林2》红椅!萧敬腾放话:期待抓到她缺点

《声林之王2》日前播出第二集,来自马来西亚的暖声新人Suzanne刘思延势如破竹,以改编偶像周杰伦的《彩虹》惊艳全场,成功获得评审导师们的青睐。

Featured Sun, 26 May 2024

Bekas Peserta Mentor Nabil Zamanhuri Meninggal Dunia

Innalillahwainnailaihirrojiun🥀

Hiburan Thu, 27 Feb 2025

Pengikut Di IG ‘Meledak’ Dalam Tempoh Dua Hari, Malique Beri Bayangan Kembali Aktif Di Media Sosial

Malique buat kejutan kini muncul di media sosial selepas lama ‘menghilang’

Featured Wed, 15 Mar 2023
Hiburan Fri, 11 Jul 2025
Hiburan Sun, 5 Nov 2023

Derita Sakit Dalam Perut, Rupanya Tia Jinbara Hidap Barah Hati

“Saya mahu teruskan hidup” – Tia Jinbara

error: Content is protected !!