Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri November 2, 2018 @ 12:27pm

5 Tips Menjaga Laptop Supaya Tahan Lama

Sekarang, pada zaman teknologi, terdapat pelbagai jenis laptop yang berada di pasaran. Ada yang murah dan juga yang mahal. Sebagai contoh laptop yang khusus untuk bermain permainan komputer daripada Alienware, Siri ROG daripada ASUS, ataupun laptop yang dibuat oleh Apple iaitu Macbook, Macbook Pro dan sebagainya merupakan laptop yang digelar high-end dimana ia mempunyai spesifikasi yang tinggi dan kos untuk memiliki laptop-laptop ini bukannya rendah.

Kita mahukan laptop bertahan pada jangka masa yang panjang agar kita dapat menggunakannya tanpa sebarang masalah. Penjagaan laptop daripada segi perkakasan ataupun luaran adalah penting, ini kerana ia memainkan peranan yang sangat besar untuk jangka masa yang panjang.

5 Tips Menjaga Laptop Anda Supaya Tahan Lama

Tips 1: Dapatkan Beg Laptop Yang Terbaik

Tips Menjaga Laptop

Penjagaan laptop bermula daripada bahagian perkakasan. Beg laptop yang baik mampu menjaga laptop daripada sebarang masalah ketika sedang berada didalam perjalanan. Jika anda terjatuh, pad pada laptop itu akan menjaga laptop anda daripada kerosakan pada fizikal ataupun pada cakera keras.

Cakera keras merupakan perkakasan yang sensitif kerana apabila ia terjatuh, jejari mekanikal yang terdapat pada cakera keras itu boleh rosak dan menyebabkan cakera keras tidak dapat berfungsi. Beg laptop yang terbaik mempunyai ruang poket yang banyak untuk tetikus, power adapter atau sebagainya dan juga pad lembut yang mampu melindungi keseluruhan fizikal laptop.

Tips 2: Jauhkan Cecair Daripada Laptop

Tips Menjaga Laptop

Kemalangan di mana air tertumpah keatas laptop sering terjadi. Kita semua tahu barang-barang elektrik dan juga elektronik sensitif terhadap air. Kita perlu berhati-hati ketika kita sedang meminum air ataupun cara yang terbaik adalah dengan jauhkan air daripada laptop. Kalau tertumpah, cepat-cepat bersihkan dan keringkan air itu agar tiada perkara buruk terjadi kepada laptop.

Tips 3: Bersihkan Laptop Secara Berkala

Tips Menjaga Laptop

Kita selalu bersihkan skrin laptop untuk melihat dengan lebih jelas. Kita juga boleh lakukan benda yang sama pada bahagian lain. Ambil kain yang bersih, basahkan sedikit pada kain tersebut dan bersihkan pada bahagian luar laptop daripada sebarang kotoran yang mungkin hadir daripada kulit kita ataupun dari luar.

Kita juga boleh dapatkan satu tin compressed air dan semburkan pada bahagian-bahagian yang mudah untuk habuk berkumpul sebagai contoh pada bahagian papan kekunci, kipas, dan juga gril udara laptop.

Tips 4: Menjaga Bateri Laptop
Tips Menjaga Laptop

Bateri laptop adalah nyawa dan juga jiwa laptop, tertutama sekali untuk mereka yang selalu melancong sama ada untuk perniagaan atau percutian. Ketika berada di dalam kapal terbang, bas, ataupun kereta, kita tidak boleh menggunakan power adapter kerana tiada sumber kuasa yang disediakan. Jadi kita perlu menjaganya agar bertahan lama.

Jangan selalu overcharge atau terlebih caj kerana ia akan memudaratkan jangka hayat bateri. Setelah bateri penuh, segera tanggalkan power adapter. Hanya caj bateri laptop anda ketika bateri laptop anda lemah. Dengan ini kita akan dapat beberapa jam ekstra untuk menggunakan laptop. Dengan penjagaan yang baik , bateri kita akan tahan lebih lama.

Tips 5: Membersihkan Kipas Dan ‘heatsink’
tips menjaga laptop

Kipas dan heatsink merupakan antara sistem penyejukan utama untuk menyejukkan laptop. Oleh kerana processor dan graphic chipset mengeluarkan haba panas bila laptop ‘on’, laptop wajib disejukkan.

Biasakan tengok kipas dinding di rumah, lama kelamaan kipas jadi hitam sebab habuk terperangkap pada bilah kipas. Kipas laptop pun sama. Bila habuk semakin banyak berkumpul, ia akan menutup dan menghalang laluan angin dan udara panas dari laptop tak dapat keluar.

Udara panas yang berkumpul dalam laptop akan menyebabkan kerosakan pada komponen elektronik motherboard. Kalau motherboard rosak, kos repair memang tinggi. Untuk elakkannya, anda mesti buat servis berkala untuk mencuci habuk yang terperangkap dalam laptop terutamanya di bahagian kipas dan heatsink.

Sekian sahaja perkongsian kami pada kali ini.Semoga bermanfaat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Mar 2019
TECH Wed, 27 Mar 2019

Estranged and unifi Team Up to Showcase Brand New Pre-5G Wireless Technology

unifi is bringing in a brand new level of technology into Malaysia.

TECH Tue, 17 Jul 2018

Samsung Galaxy Note 9 Dikatakan Lebih Pantas Berbanding iPhone X

Peranti yang pantas dan berkuasa sering menjadi idaman semua pemilik telefon pintar hari ini. Akan tetapi, tahap prestasi yang tinggi biasanya akan hadir dengan harga yang tinggi. Seperti yang didakwa oleh TheUnlockr, iPhone X adalah merupakan salah […]

Featured Tue, 15 Aug 2023

[VIDEO] Pakai Spek Macam Rappers, Ramai Terhibur Gaya Pu Riz Jual Barang – “Caprice Ke DJ Khaled Ni?

Amboiiiiii, ni abah Bilal dengan Abbas ke? 😂🤣 Lain macammm ek 🤣🤣

Hiburan Wed, 29 May 2019

‘Patutlah Tak Balik Rumah…’- Isteri Cef Fikree Kecewa Suami Skandal Dengan Isteri Orang

Zuriehan berdoa supaya dirinya dan Jayden dilindungi Allah.

Hiburan Sat, 9 Nov 2019

Muka Calar-Balar, Anak Aaron Aziz Cedera Teruk?

Apa sebenarnya yang dah jadi ni?

TECH Sat, 31 Aug 2019

3 “External Hard Disk” Terbaik Mampu Milik Dipasaran

3 “External Hard disk” bersaiz sederhana yang boleh dipertimbangkan

Featured Thu, 2 Mar 2023
Events Sun, 29 Jun 2025

Bilal Indrajaya Pembuka Tirai Panggung Purnama: Fasa 1 ‘Main Kasar’ Di Zepp KL

Bilal Indrajaya, yang diumumkan sebagai pengisi utama bagi fasa pertama ‘Main Kasar’ menjelang konsert

error: Content is protected !!