Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari September 1, 2023 @ 2:36pm

Penari ‘Macam-Macam Aznil’ Ahmad Kassan Meninggal Dunia

Penari dan koreografer popular, Ahmad Kassan dikhabarkan telah meninggal dunia di Singapura pada pagi Jumaat.

Perkhabaran duka ini dikongsi oleh sahabatnya iaitu pengacara Datuk Aznil Nawawi menerusi sebuah hantaran video di Instagramnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm)

Kata Aznil atau mesra disapa sebagai Pak Nil itu akui terkejut dengan berita pemergian Allahyarham.

“Saya baru dapat berita perkhabaran duka tentang pemergian sahabat saya, Ahmad Kassan yang merupakan nadi kuat program Macam-Macam Aznil suatu ketika dahulu.

“Saya cuma dapat khabar tersebut melalui hantaran di media sosialnya dan baru sebentar tadi saya terima berita pemergiannya.

“Dia dikhabarkan telah meninggal dunia di Singapura, tapi saya tak tahu jam berapa. Saya sudah lama tidak berhubung dengan dia,” ujar Pak Nil.

Pak Nil menzahirkan rasa sedihnya yang kehilangan sahabatnya itu dan memohon orang ramai untuk sedekah bacaan surah Al-Fatihah untuk Allahyarham.

“Saya sangat terasa dengan kehilangan dia, semoga kita semua sama-sama dapat sedekah bacaan surah Al-Fatihah kepada arwah.

“Semoga dia ditempatkan bersama orang-orang yang soleh,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 21 Mar 2023
Featured Sat, 21 Mar 2026

“Tahun Ni Hawra Balik Kelantan” – Kamal Adli Kongsi Perasaan Pertama Kali Beraya ‘Single’, Persiapan Raya Hanya Untuk Anak

Pelakon Kamal Adli mengakui sambutan Aidilfitri tahun ini bakal terasa sedikit berbeza apabila di berkemungkinan besar tidak dapat beraya  bersama anaknya, Hawra.

Hiburan Wed, 11 Dec 2019
Featured Fri, 5 Apr 2024
error: Content is protected !!