Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 2, 2023 @ 6:09pm

Panggil DSV ‘Mama’, Iman Troye Tak Kisah Netizen Samakan Wajah & Bibir Mereka Berdua

Penyanyi remaja popular, Iman Troye, 20, terbuka dengan pandangan segelintir netizen yang menyamakan wajahnya dengan usahawan kontroversi terkenal, Datuk Seri Vida (DSV).

Memurut Iman atau nama sebenarnya, Siti Nur Alyssa Sahabudin, 20, biarpun secara peribadi dia merasakan wajahnya dan penyanyi lagu I Am Me itu berbeza, dia tetap menyambut baik pendapat dan komen netizen.

“Oh mama (DSV) saya. Memang saya perasan, ramai peminat dan netizen yang kata muka saya dan dia sama. Kadang-kadang bila saya jumpa dia, saya panggil dengan nama mama, sudah macam anak beranak.

“Saya suka bertemu dengan DSV sebab dia sangat baik. Saya pun sapa dia dengan panggilan ‘mama’.

“Tapi saya sendiri lihat wajah kami tidak sama, namun begitu, jila orang lain nampak sama, itu terserah. Sebab mata orang berbeza-beza. Saya terima sahaja pendapat orang dengan hati terbuka.

“Mungkin bibir buat kami nampak saya. Semoga mama DSV sihat selalu. Saya sayang mama, jadi saya jujurnya tak kisah pun orang samakan wajah kami. Kalau mama DSV comel, saya comel jugalah,” katanya kepada XTRA.

Iman ditemui di Majlis Pengiktirafan Malaysia Book of Records ‘Most Straight A’s SPM Student In Tuition Centre yang berlangsung di IDCC, Shah Alam, sebentar tadi.

Bertindak sebagai duta bagi pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI, Iman seronok melihat ramai pelajar didikan pusat itu berjaya mencapai keputusan cemerlang menerusi SPM baru-baru ini.

Mewakili jemama itu sejak September 2021, penyanyi lagu Nang itu menyokong anak-anak muda sekarang untuk berjaya dalam pengajian.

“Tugas saya sebagai ikon dan duta, jadi saya banyak terbabit dengan siri jelajah yang dilakukan di sekitar negara. Saya pun pernah berada di kerusi adik-adik yang sebagai pelajar menduduki SPM, jadi kehadiran saya untuk menghiburkan memberi semangat kepada mereka untuk belajar.

“Saya bersama abang MK K-Clique akan berkongsi banyak perkara bersama mereka. Jujurnya zaman saya dulu tiada PTTI, sekarang ini nak tuisyen pun semuanya mudah, ada atas talian saja.

“Jadi saya di sini sangat mengalu-alukan pelajar untuk menyertai PPTI kerana sudah terbukti ramai pelajar yang terbabit dapat ‘straight As’,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 3 Jan 2020
Hiburan Tue, 6 Jun 2023

Rugi Tanggung Sendiri, Usahawan Selebriti Terkenal Didakwa Aniaya Reseller?

Alamak betul ke ni? Tak baik buat macam tu, sama-sama nak cari rezeki…

Hiburan Thu, 19 Feb 2026

Hadapi Ujian Perceraian Dengan Tenang, Zulin Aziz Fokus Ibadah Ramadan – “Terima Kasih Doakan Yang Baik-Baik”

Zulin mengambil pendekatan matang dengan tidak mendedahkan punca perceraian mereka

Hiburan Mon, 23 Sep 2019

‘Bukan Mudah Untuk Bertahan’- Remy Ishak

Alhamdulillah…Tahniah Remy!

Featured Mon, 1 Apr 2024

“Kita Makin Sakit Terutamanya Orang Melayu” – Erma Fatima Anggap Drama Lelaki Itu Bukan Cerita Biasa

Kadang cerita berat ni lah yang buka mata tentang kehidupan realiti zaman sekarang💪💪💪

Featured Wed, 13 Jul 2022

Pelawak Wanita Mengaku Tidak Bersalah, Bakal Berhadapan Penjara Minimum 2 Atau Maksimum 5 Tahun

Fuh… semoga apa yang berlaku ni beri pengajaran besar pada dia dan semua pihak..

Hiburan Wed, 1 Oct 2025

XTRA XSTAR 2025: Tugasan Pertama Top 20 Bermula, Masing-Masing Sudah Mula Tunjuk ‘Taring’

XTRA XSTAR 2025 semakin hangat! Undian peserta kegemaran anda sebelum 12 Oktober

Events Sat, 23 Mar 2019

Feast on Your Ramadhan Delights at The Largest Ramadan Baazars!

Many other activities and products up for sale too.

Hiburan Tue, 21 Jan 2020
error: Content is protected !!