Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain September 5, 2023 @ 11:15am

Gelagat Harris Annuar, Safwan Nazri & Ikmal Amry Usung Anak Curi Tumpuan – “Bila Bapak-Bapak Tinggal Bini Kat Rumah”

Pelakon Harris Annuar, Safwan Nazri dan Ikmal Amri tampil mencuri perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat gelagat mereka membawa puteri kesayangan mereka di Absolut Food Fest, baru-baru ini.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Harris menerusi sebuah hantaran video di TikTok, semalam.

Untuk makluman, ketiga-tiga bekas Hero Remaja 2017 itu memiliki cahaya mata perempuan yang bernama, Aura Medina (Harris), Cinta Sofea (Safwan) dan Cailie (Ikmal)

Dalam perkongsian tersebut, mereka kelihatan sangat tenang mengendong si kecil itu diiringi dengan kapsyen yang mencuit hati.

“Bila Bapak-bapak tinggal bini dekat rumah,” tulisnya.

@harrisannuar Bila Bapak bapak tinggal bini dekat rumah 🤣 @ikmalamry @safwannazri @auraa.medina @cintasofia__ @cailie.amry #HeroRemaja2017 #Tiktok #malaysia #malaysiatiktok #malaysian #BangkitBotak #viralvideo #viral #baby #babytok #babytiktok #babyfever ♬ Kau Tigakan Cinta – Elkasih

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan peminatnya yang rata-ratanya memuji kecantikan dan kecomelan anak mereka bertiga.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 13 Sep 2021
Hiburan Mon, 19 Feb 2024

“Penakut!” – Keselamatan Keluarga Terancam, Zed Zaidi Terima Ugutan Suruh Letak Jawatan! Seru Pelaku Tampil Bersemuka

Allahuakbar, kalau dah melibatkan keluarga sekali memang risau! Semoga semua baik baik saja

Events Mon, 2 Dec 2019
Hiburan Mon, 31 Jul 2023

Berbalah Komen Dengan Netizen, Ira Kazar Koyak? Pesan Jangan Ambil Content Peribadi Untuk Raih Likes & Views – “Tak Ada Modal Ke?”

Wow wow, Ira Kazar gaduh ke tuuu 🫣 Wow wow, Ira Kazar gaduh ke tuuu 🫣 Tachod min garang juga Ira ni ekkk 😌🤭

error: Content is protected !!