Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 4, 2023 @ 5:47pm

“Saya Okay Kalau Anak Pilih Bapanya” – Tak Jumpa Sejak Februari, Bekas Madu Miera Leyana Akhirnya Dapat Peluk Anak

Bekas madu kepada pelakon, Miera Leyana iaitu Adibah Othman, 50, bersyukur apabila dapat memeluk anak perempuannya ketika hadir bagi perbicaraan hadanahpenuh dua anaknya, Nur Anisa, 12 dan Nurin Tasnim, 11, di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin.

Menurut Adibah, dia gembira dapat bertemu dengan Anisa selepas kanak-kanak itu berada di bawah jagaan bapanya sejak Februari lalu.

Malah, dia sempat menenangkan anaknya itu yang kelihatan gementar sebelum prosiding dijalankan.

“Dia masih kecil jadi mungkin dia keliru dan kami tenagkan dia dengan memberitahu apa pun yang terjadi, kami masih sebuah keluarga,” katanya.

Tak kisah jika anak-anak pilih tinggal bersama bapa

Memetik laporan mStar, Adibah juga tidak berkecil hati sekiranya dua anak perempuannya itu memilih untuk tinggal bersama bapa mereka, Roslan Othman dek kerana tidak mahu emosi anak-anaknya itu terganggu disebabkan masalah yang timbul.

Bahkan, sebagai ibu dia amat berharap agar kebajikan anaknya itu terjamin.

“Saya okay kalau mereka pilih bapa mereka.

“Walaupun sebagai ibu memang nak anak pilih kita tapi saya rasa emosi anak pun kena ambil kira,” katanya.

Dalam prosiding itu juga, Hakim Shamsuddin Hussain telah memanggil ketiga-tiga anak perempuannya, Nur Liyana, 18, Nur Anisa, 12, dan Nurin Tasnim, 11 untuk memberi keterangan sama ada mahu tinggal bersama bapa ataupun ibu mereka.

Difahamkan, perbicaraan tersebut dilakukan secara tertutup dan mahkamah menetapkan 2 Oktober depan sebagai mengetahui keputusan perbicaraan.

Pada 9 Mei lalu,  Rosland memfailkan hadanah terhadap dua anaknya yang berusia 12 dan 11 tahun itu di Mahkamah Rendah Syariah, di sini.

Dan pada 7 April lalu, Rosland memfailkan cerai terhadap Adibah di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 11 May 2021

Tiada Moratorium Menyeluruh Automatik Walaupun PKP Dilaksanakan

Umum maklum, kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara yang bakal bermula esok justeru terdapat beberapa cadangan  timbul mengenai pelaksanaan moratorium secara menyeluruh. Menurut Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor […]

Trending Wed, 25 Nov 2020
Featured Wed, 2 Nov 2022
LIFESTYLE Tue, 12 Jun 2018

Raya Macam VIP Di tonton Sehingga 30 Jun

Pengarah tonton, Pelesenan & Pembarangan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Airin Zainul memaklumkan usaha ini merupakan transformasi baharu yang terbaik tahun ini dari Tonton.

Hiburan Thu, 30 Nov 2023

Perdana Menteri Prihatin Nasib Pelakon Veteran, Mak Jah Terima Sumbangan

Alhamdulillah, semoga Mak Jah dapat gunakan sebaiknya sumbangan tersebut.

error: Content is protected !!