Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 5, 2023 @ 4:15pm

“Semua Orang Ada Mata & Otak Berbeza, Jaga Adab!” – Digelar Pelakon ‘Suam’, Amir Ahnaf Mengaku ‘Hati Tisu’

Pelakon dan juga pemenang trofi BBNU Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH 35), Amir Ahnaf mengaku terkesan dengan kecaman yang diterimanya.

Menurutnya, perkara tersebut mula diterimanya selepas dia membuat kenyataan mahu melebarkan sayap dalam karier lakonan ke negara seberang, Indonesia dan Hollywood demi menjayakan penggambaran bersama pengarah terkenal di sana.

ARTIKEL BERKAITAN:Menang ABPBH 35, Amir Ahnaf Tak Sabar Lebarkan Sayap Ke Indonesia & Hollywood!

Bukan semua orang suka kita

Memetik laporan mStar, pelakon siri drama popular Project High Council ini berkata, tidak semua orang suka dan minat dengan apa yang dipersembahkannya.

Namun, itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus memberikan yang terbaik khusus buat peminat-peminatnya.

“Hasil kerja saya tu terpulang kepada anda semua. Kalau suka boleh lihat dan kalau tak suka pun tak apa. Tidak ada paksaan.

“Lagipun saya baru dalam industri ini cuma kita tak tahu apa yang Tuhan atur untuk kehidupan kita.

“Bila berada dalam industri ni, saya tahu bukan semua orang suka saya tapi tak apa dengan keikhlasan serta kepercayaan orang lain dan apa yang saya buat ni semuanya untuk peminat,” katanya.

Mengaku hati tisu

Dalam pada itu, Amir juga mengaku, walaupun terbuka menerima kritikan dalam kalangan netizen, namun dia berharap setiap kata-kata kecaman yang diberikan itu haruslah beradab dan tidak menyinggung perasaannya mahupun keluarga.

“Saya baca komen tu semua, tapi saya tak ambil hati pun, cuma saya hati tisu.

“Semua orang berhak bersuara, mereka ada mata dan otak berbeza tapi tolong jaga adab kerana itu yang paling penting.

“Keberadaan saya dan kawan-kawan yang lain dalam industri ni adalah kami buat perkara ini  (berlakon)semuanya bukan untuk award, tapi kami buat untuk Malaysia dan akan bertungkus lumus untuk menaikkan martabat industri seni tanah air,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Digelar Kekwat Layan Peminat? Amir Ahnaf Enggan Perjelas Situasi Sebenar

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Fasih Berbahasa Indonesia, Amir Ahnaf Raih Pujian Warganet -“Memang Betullah Nama Dia Joko?”

ARTIKEL BERKAITAN:Amir Ahnaf Dituduh Sombong? Netizen Tampil ‘Back Up’ – “Dia Pun Manusia Juga”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 18 Sep 2025

Ustaz Azhar Idrus Tepis Persepsi Segelintir Wanita Anggap Buka Hijab Lebih Dekat Dengan Allah

Ustaz Azhar Idrus tidak setuju persepsi buka tudung lebih dekat dengan Allah swt

Featured Thu, 27 Nov 2025

Remy Ishak Tegur Peminat Jual Nama Saudara Mara Minta Izin Nak Ambil Gambar – “Kalau Minat Biar Mereka Datang Jumpa Saya”

Remy Ishak menegur segelintir peminatnya apabila ramai yang ‘menjual’ nama saudara-mara mereka setiap kali mahu mengambil gambar bersamanya.

LIFESTYLE Fri, 14 Dec 2018

3 Tips Cantik Sebelum Tidur

Nak cantik sebelum tidur ikuti tips ini

Events Sat, 31 Mar 2018

Hrithik Roshan Rujuk Bekas Isteri?

Pasangan Hrithik dan bekas isterinya, Sussanne sering berhubung demi  menjaga kebahagian anak mereka malah selalu juga bercuti bersama ke luar negara.

Hiburan Thu, 19 Jul 2018

Kiriman Bunga Tak Bermakna Bercinta

Hal ini turut diakui sendiri oleh Ruhainies namun pelakon Hello, Mr Perfect! ini menegaskan hubungan mereka hanya sekadar kawan. Dengar tu, Ruhainies masih single ya!

Hiburan Mon, 30 Oct 2023
Trending Tue, 18 Aug 2020

Korban Covid-19 Cecah 108, 536

Terus meningkat gaissssss!

error: Content is protected !!