Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain September 6, 2023 @ 5:11pm

Frust Tak Dapat Try Adik Syatilla Melvin, Zizan Disakat Azad & Shaheizy Sam… Lawak!

Pelawak Zizan Razak sekali lagi mencuri perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat gelagatnya disakat oleh pelakon, Azad, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin.

Menerusi video yang tular di TikTok, Azad memberitahu Syatilla tentang rasa kurang Zizan apabila dirinya tidak berjaya mengenal hati budi adiknya, Syida Melvin.

Menurut Azad, dia difahamkan bahawa perkara ini berpunca dari Sam yang memberitahu Zizan bahawa adik iparnya itu belum berkahwin lagi.

“Tilla, sebenarnya Zizan agak tak puas hati sebab tadi dia dah luah dah. Dia kata, dia delay dia punya orang kata sepatutnya kahwin ni sebabkan Sam.

“Sam pernah bawa dia kononnya nak introduce dekat adik Tilla. Lepas tu, dia introduce dengan tunang Syida sekali,” katanya.

Terhibur mendengar kenyataan itu, Sam tampil membela dirinya dan menyatakan bahawa Zizan yang menyampaikan hasratnya untuk berkenalan dengan adik Syatilla yang masih bujang.

“Sayang, dia tanya saya adik-beradik awak siapa lagi yang belum kahwin. Salah ke saya cakap masa tu Syida belum kahwin? Tapi saya tak cakap dengan dia yang Syida ni masih single lagi, dia dah ada tunang,” jelasnya.

Dalam pada itu, Azad sempat menyatakan bahawa Zizan yang tersilap percaturan kerana salah faham yang berlaku.

“Zizan, aku rasa mungkin hang tersilap pemahaman,” katanya.

Enggan terus disakat, Zizan terus menceritakan situasi sebenar sekali gus mengundang tawa dalam kalangan mereka.

“Salah sayalah. Salah saya. Kalau hang kat tempat aku, silap aku ke kat situ? Cara dia cerita, adik Tilla ada yang tak kahwin lagi tau.

“Kita beria-rialah. Kalau nak tahu malam ni datang birthday Syeriv. Rupanya pancing nak datang birthday anak dia.

“Aku beli baju ni, pasal nak jumpa Syida ni. Dah lah aku jadi MC malam tu takda payment. Member dah tunang ni. Payment pun tak dapat. Balik kering je. Salah aku Zad? Salah aku lagi macam tu Zad?,” jelasnya.

Tampil meredakan suasana, Syatilla memaklumkan bahawa adik-beradiknya kini tinggal di dalam satu kawasan perumahan.

Malah, aktres itu juga sempat bertanya kepada Zizan berkenaan ciri-ciri wanita yang diimpikannya.

“Endup adik Tilla tu kita orang semua satu taman sekarang ni. Awak bagi saya dua lah ciri-ciri wanita yang awak rasa bestnya kalau dapat?,” katanya.

Tanpa berfikir panjang, pelawak itu terus menjawab dia mengimpikan seorang wanita seperti, Syida.

“Macam Syida,” katanya spontan.

@erilody punca la Sam🤣 #zizanrazak #zizan #shaheizysam #pakazad #syatillamelvin #syidamelvin #fyp ♬ Funny Song – Cavendish Music

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 28 Jul 2022

Sah Sertai Tentera Udara AS, Sarah Hildebrand Tak Berdepan Diskriminasi Agama – “Mereka Sangat Menghormati Saya..”

Perbezaan agama dan budaya bukan penghalang Sarah. Dia turut menjawab mengapa dia memilih untuk sertai Tentera AS. Apapun, tahniah!

Hiburan Mon, 28 Oct 2019

‘Mama Minta Maaf…’- Fauziah Nawi

Al-Fatihah. Salam takziah buat seluruh keluarga seniwati Fauziah Nawi…

Events Sat, 26 Jan 2019

Lagu Throwback Siti Nordiana Masih Menyengat

Sedapnya suara Siti Nordiana!

Hiburan Sun, 28 Jan 2018

Hafiz Agak Lantang Ada Netizen Kurang Senang

Hafiz Agak Lantang Ada Netizen Kurang Senang dimana baru-baru ini terjadi sewaktu teguran di buat melalui platform Twitter

#ThrowbackXTRA Wed, 3 May 2023
Hiburan Wed, 2 Oct 2019
Hiburan Mon, 18 Dec 2023

Lagu Hasrat ‘Point Of View’ Arwah Bapa, Air Mata Amir Jahari Tumpah Selepas Diumum Layak Ke AJL38

Min pun mengalirkan air mata bila Amir nyanyi lagu Hasrat ni🥹😭

error: Content is protected !!