Euforia Bola 2026
Kes Mahkamah By: Khairil Khusyairi September 8, 2023 @ 1:10pm

Bebas Kes Rasuah, Bung Moktar & Zizie Izette Menangis, Berpelukan

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri yang juga pelakon Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad daripada tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.8 juta, lapan tahun lalu.

Menurut laporan Harian Metro, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azhar Abdul Hamid dalam keputusannya berkata, mahkamah membuat dapatan itu selepas pemeriksaan dan penelitian terhadap rekod prosiding.

Dua saksi pendakwaan berkenaan adalah ejen Public Mutual iaitu Norhaili Ahmad Mokhtar dan Madhi Abdul Hamid.

Azhar berkata, sehubungan itu ia adalah kes yang betul dan wajar bagi mahkamah melaksanakan kuasa semakan mengikut Seksyen 323 Kanun Prosedur Jenayah.

“Dengan itu, keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan kedua-dua pemohon untuk membela diri (pada 2 September tahun lalu) adalah salah laksana keadilan.

“Saya dengan ini mengguna pakai Seksyen 325 Kanun Prosedur Jenayah bagi melepas dan membebaskan kedua-dua pemohon,” katanya.

Azhar berkata demikian selepas membenarkan permohonan Bung Moktar dan Zizie Izette untuk menyemak keputusan Hakim Rozina Ayob yang memerintahkan mereka membela diri selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Sebaik mendengar keputusan itu, Bung Moktar dan Zizie Izette yang berada dalam kandang tertuduh, kelihatan menangis dan berpelukan.

Sebelum ini, Bung Moktar, 65, dan Zizie Izette, 45, merayu terhadap keputusan Azhar pada 9 Disember tahun lalu yang menolak permohonan pasangan itu untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan mereka membela diri atas tiga pertuduhan rasuah.

Terdahulu, Pada 2 September 2022, Rozina memerintahkan pasangan itu membela diri atas tiga pertuduhan rasuah selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar dituduh menerima rasuah daripada ejen Public Mutual, Madhi Abdul Hamid, menerusi Zizie Izette di Public Bank Cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.

Beliau juga didakwa menerima suapan wang tunai RM337,500 daripada perunding Unit Amanah, Norhaili Ahmad Mokhtar di bawah nama Zizie Izette atas sebab sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015 manakala Zizie Izette berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Thu, 7 Dec 2023
Hiburan Sat, 8 Jun 2019
Hiburan Thu, 7 Jun 2018
Hiburan Fri, 19 Aug 2022
Hiburan Fri, 1 Jun 2018

Tudung Makin Singkat, Kini Giliran Mira Filzah Kena Kutuk

Namun, normal lah jika dikatakan setiap artis pasti akan terpalit dengan beberapa kontroversi lebih-lebih lagi netizen diluar sana

Hiburan Fri, 12 May 2023
LIFESTYLE Mon, 20 Aug 2018
Featured Wed, 5 Jan 2022

“Apa Wagyu Buat Masak Merah?” – Lelaki Terpegun Lihat Daging Mahal Ikut Selera Melayu, Netizen Komen Jarang Dibuat Orang

Seorang lelaki terkejut apabila pasangannya menggunakan daging wagyu untuk menyediakan hidangan masak merah. Bagi yang tidak tahu, daging wagyu merupakan daging lembu yang berkualiti di mana harganya jauh lebih mahal berbanding harga daging lembu biasa. […]

error: Content is protected !!