Featured By: Salma Syahbuddin September 12, 2023 @ 4:33pm

Perjelas Spekulasi Babitkan Gosip Panas Meerqeen, Anna Jobling ‘Malas’ Ambil Kisah – “Bukan Tanggungjawab Saya Untuk Cakap Pasal Dia”

Enggan memberikan komen lanjut mengenai isu panas membabitkan teman tapi mesranya, Meerqeen, pelakon Anna Jobling menegaskan dia tidak mengetahui perkara sebenar tentang isu tular tersebut.

Katanya menerusi temu bual bersama program Melodi, apa yang berlaku tidak ada kena mengena dengan dirinya termasuklah dakwaan ciapan di platform X yang mengatakan hubungannya bersama Meerqeen kini goyah.

ARTIKEL BERKAITAN:”Puzzle Completed” – Padam Foto Bersama & Ciapan Cetus Tanda Tanya, Anna Jobling Beri ‘Hint’ Hubungan Dengan Meerqeen Goyah?

ARTIKEL BERKAITAN:Katanya Ada Ramai Saksi… Pelakon Wanita Popular Didakwa Bercium Dengan Pelakon Lelaki Di Kelab Malam?

Menurut Anna, dia kini mahu fokus dengan karier seninya apatah lagi dia sedang sibuk menjalankan penggambaran di Bali, Indonesia.

“Sebenarnya saya takde komen apa-apa pasal apa yang berlaku. Saya sendiri tak tahu details, i don’t know what happen sebab saya dekat sini (Indonesia) shooting je sepanjang masa, jadi memang saya tak tahu apa-apa.

“Saya nak fokus karier kerana masih panjang lagi perjalanan saya dalam industri ni. So, macam banyak lagi benda nak kena fokus berbanding hal tersebut,” katanya.

Bukan tanggungjawab saya nak cakap bagi pihak Meerqeen

 

Dalam pada itu, Anna atau nama penuhnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 23, menjelaskan, bukan tanggungjawabnya untuk memberikan penjelasan terhadap apa yang berlaku terutamanya perkara yang melibatkan Meerqeen.

“SayaĀ  dah sampai satu tahap yang this is the last time saya akan jawab pasal isu yang melibatkan dia. It’s not my responsibility nak cakap on behalf of him. Ini tak ada kena mengena dengan saya. If semua orang nak tahu pasal benda tu betul atau tak, anda kena tanya sendiri kepada mereka yang terlibat.

“Saya dah biasa dengan sesiapa pun yang buat assumption dengan saya, nak tweet saya akan tweet randomly. Sometimes, bila saya tweet itu tak ada kene mengena dengan apa yang berlaku. Saya dengan orang yang terdekat sahaja tahu apa yang saya buat,” jelasnya.

Mengulas lanjut, pelakon yang popular menerusi drama rantaian Melur Untuk Firdaus ini juga sempat menitipkan pesanan bahawa sebagai seorang artis, pastinyaĀ  tidak terlepas dari melakukan kesilapan, namun yang paling penting adalah bagaimana cara untuk seseorang artisĀ  itu mengelak dari terus melakukan kesilapan sama.

“Secara general untuk semua, saya rasa kalau anda serius dalam industri ni you wanna make your family proud, fans proud and felt like you ada tanggungjawab tu cuba jaga nama you dengan sebaik mungkin.Ā 

“Kita kena ingat as an artist privacy tu dah tak ada dah.We belong to the public so everwhere you go orang akan kenal, just jaga nama baik. Tak ada siapa yangĀ  perfect, semua orang buat silap but for me it’s how you move on from mistakes dan elak daripada buat mistakes,” ujarnya.

Mohon doakan yang baik-baik & harap isu panas selesai

Sementara itu, ketika ditanya bilakah kali terakhir dia berhubung dengan Meerqeen, Anna bagaimanapun enggan menjawab pertanyaan terbabit.

Malah, dia berharap agar peminat terus mendoakan yang terbaik dan isu panas ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin.

“Kali terkahir berhubung dengan meerqeen? Itu adalah personal, tapi tentang isu panas ni saya tak tanya apa-apa.

“Masing-masing sibuk dengan kerjaya seni. Jadi saya mohon doakan yang baik-baik je untuk semua dan harap isu ni selesai dengan sebaik mungkin,” katanya.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

FESYEN Mon, 20 Aug 2018

Hitam Putih Taruhan Koleksi Musim Bunga 2018

Potongan ringkas begini pasti menambat hati sesiapa yang melihatnya. Saya mensasarkan golongan muda yang ingin menyerlahkan kelainan dalam berfesyen. Jangan takut untuk bergaya dengan pemilihan warna hitam putih untuk pakaian harian

Featured Wed, 24 May 2023

Didakwa Keluar Rumah Selepas Bersalin 10 Hari, Ini Penjelasan Emma Maembong

Baik betul Emma ni.. sanggup datang sokong Zizan!

familuv Mon, 4 May 2020

Kasih sayang Cristiano Ronaldo terhadap ibunya buat peminat terharu

Luah penghargaan buat ibu dan isteri sempena sambutan Hari Ibu

Featured Tue, 2 May 2023
Trending Mon, 23 Nov 2020
Hiburan Mon, 12 Jun 2023
Featured Wed, 14 Dec 2022

Neelofa Kongsi Perkembangan Terbaru Bilal – “Boleh Berjalan Dah Dia!”

Pengacara dan usahawan terkenal Neelofa berkongsi mengenai perkembangan anak sulungnya, Muhammad Bilal yang kini sudah boleh bertatih walaupun baru mencecah usia sepuluh bulan. Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @lofa.world di TikTok, Neelofa menceritakan situasi […]

Trending Thu, 23 Apr 2020

Pelajar IPT Diberi Kelonggaran Pulang Ke Rumah – Perdana Menteri

Semoga mereka dapat pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat..