Featured By: Salma Syahbuddin September 12, 2023 @ 12:03pm

Nama Kena Petik, Teman Wanita Anak Label ND Lala Narsisistik – “Better Diam! Tak Pasal Buka Pekung Sendiri”

Susulan kenyataan rasmi dan pendedahan yang dibuat oleh Datuk ND Lala berhubung impak sabitan jenayah, ghibah dan fitnah menerusi Instagram miliknya baru-baru ini, seorang individu wanita dipercayai teman wanita anaknya, Amir Syafiq iaitu Eiza Idanie tampil menjelaskan beberapa tuduhan yang dianggap tidak masuk akal.

Menurut Eiza, kenyataan yang dibuat penyanyi popular sekitar 80-an itu adalah tidak benar dan mengarut, apatah lagi berkenaan tuduhan mencuri kereta miliknya seperti yang tular baru-baru ini.

“Eh, Uncle dah petik nama saya ni baik tarik balik. Apa uncle merapu ni.Ā 

“Sanggup uncle menipu kata kami mencuri? Jangan uncle, nanti lagi terbuka pekung uncle.

“Orang narsistik memang macam ni. Saya tak boleh lah bila tengok suami membelakangi isteri. Nak merajuk keluar dari rumah konon nak bini sedar. Tapi rupanya keluar tidur rumah bini baru. Penat kami pujuk supaya balik rumah dan berbincang,” katanya.

Eiza membalas kenyataan terbabit menerusi ruangan balas pada video berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Kereta Dicuri, Dakwaan Disihir Isteri Muda… ND Lala Jelas Spekulasi – “Jangan Label Siti Munirah Penyondol, Saya Yang Approach”

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Anak Didakwa Curi Kereta Isteri Baharu ND Lala, Fauziah Dedah Bukti! Netizen Komen: ā€œLayan Anak Macam Orang Luarā€

Uncle betul-betul narsisistik!

Tidak habis disitu, Eiza juga memaklumkan bahawa rakaman video yang dilakukan olehnya pada malam kejadian adalah atas kebenaran penyanyi itu.

Malah, surat penyerahan berkaitan kereta itu juga ditulis atas kehendak ND Lala.

“Uncle, jadi uncle je boleh rakam video? Kami tak boleh? Sedangkan masa tu uncle sendiri cakap dekat kami ‘uncle rekod video, Eiza pun boleh rekod video’. Jadi, Eiza rekod lah, baru fair. Masa tu Syafiq ikut je cakap uncle sebab diaĀ  masih hormat uncle sebagai bapaknya.

“Masa tu kami belum dapat sahkan uncle sudah berkahwin sorok dengan Siti Munirah. Walaupun masa tu baju-baju uncle dengan Munirah bercampur seluar dalam, bra kat luggage dalam kereta.

“Lagipun masa serahkan kereta tu pun Munirah masih panggil uncle dengan panggilan ‘boss’ kan? Jadi, uncle better diam. Tak habis lagi ke nak tulis point 1 dan point 2 sampai malas orang nak dengar. Semua uncle je betul, orang lain semua salah. Uncle betul-betul narsisistik!

“By the way, dalam surat penyerahan tu uncle yang suruh shafiq tulis seperti apa yang uncle sebut. Kami siap perli uncle masa tu kata ‘bila nak kena sign?’. Sekarang nak kata kami suspek ye? Uncle nak orang-orang Kedah buka cerita pula ke?,” jelasnya.

Terdahulu,Ā Ā ND Lala atau nama penuhnya, Amir Amzah Salleh, 62,Ā  menjelaskan dalam tiga video berlainan mengenai status perkahwinan bersama bekas isterinya, Fauziah Sarman.

Manakala dalam video yang lain pula, ND Lala ada menyebut bahawa anak lelaki bersama teman wanitanya telah mengambil kereta milik isteri barunya, Siti Munirah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ndlalaofficial (@ndlalaofficial)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut ND Lala berasa berang dengan tindakan yang diambil terutamanya apabila menjadikan anak lelakinya itu seperti orang asing.

“Wajarkah tindakan family yang berpuluh tahun hidup menyayangiĀ  dan mengasihi dirimu sepenuh hati tapi dibalas dengan kehancuran jiwa yang paling dalam !

“Risaukan kereta dari family sendiri. Dan utamakan perasaan Munirah dari anak sendiri?

“Tengoklah Ā kata-kata seorang ayah yang berumur 62 tahun pada familynya sendri seakan musuh terbesar dalam hidupnya sedangkan anak-anak saja yang akan mendoakan dia semasa di alam abadi nanti.

“Anak pun istilah mencuri eh sejak ada bini baru ni, pelik la pak cik ni.

“Wow! Sanggup nak tengok anak kena tangkap polis sebab kereta je? Mahal sangat ke kereta pakcik? LagiĀ  sayangkan bini muda dari anak sendiri?,” komen netizen.

Terdahulu, pada 5 September lalu Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengesahkan lafaz cerai yang dibuat penyanyi itu menerusi kiriman WhatsApp terhadap Fauziah.

Untuk rekod, ND Lala mendirikan rumah tangga bersama Fauziah sekitar tahun 1989 dan hasil perkahwinan pasangan ini dikurniakan dengan empat cahaya mata iaitu, Nurshahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28 dan Nur Syuhada, 25.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 3 May 2024
Featured Fri, 27 Aug 2021

“Suara Bagus Tapi Tak Ada Pakej Lengkap” – Hazama Cari Bakat Muda

Penyanyi rock Hazama mengakui ada pelapis baharu yang ingin mewarnai dunia nyanyian mempunyai vokal bagus tetapi tidak mempunyai pakej yang lengkap. Bakal tampil menjadi juri menerusi program pencarian bakat baharu atas talian, COF LOCKSTAR, Hazama […]

Hiburan Mon, 19 Nov 2018

‘Jangan Tunggu Lama-Lama’, Pesanan Bekas Suami Fasha Sandha Curi Tumpuan

Jejai turut mendoakan ikatan pertunangan itu mengecapi kebahagiaan hingga ke jenjang pelamin. Insya Allah…

Events Thu, 24 Nov 2022

Strim MAMA Awards 2022 Secara Langsung Dengan Percuma!

Satu berita gembira buat ‘fanatik’ K-Pop kerana bertarikh 29 November 2022 dan 30 November 2022 akan diadakan ā€˜Anugerah K-pop No. 1 Duniaā€™ iaitu MAMA Awards 2022. Lebih menarik, penonton dapat melihat anugerah itu secara langsung […]

Hiburan Sun, 9 Jun 2019

Tak Nak Jadi Ustaz Lagi

Orang tetap nampak saya sebagai Ustaz Hamadi.

Featured Thu, 28 Jul 2022

Sah Sertai Tentera Udara AS, Sarah Hildebrand Tak Berdepan Diskriminasi Agama – ā€œMereka Sangat Menghormati Saya..ā€

Perbezaan agama dan budaya bukan penghalang Sarah. Dia turut menjawab mengapa dia memilih untuk sertai Tentera AS. Apapun, tahniah!