Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi September 11, 2023 @ 3:15pm

“Kecoh Satu Malaya, Macam Kes Kerat Orang” – Umie Aida

Minggu lalu kecoh satu Malaysia mengenai satu kontoversi yang menimbulkan pelbagai reaksi kepada semua lagi-lagi ia berkaitan sesebuah rumah tangga.

Kontroversi yang dimaksudkan adalah anak kepada pelakon Abby Abadi dan bekas suaminya, aktor Norman Hakim yang namanya menjadi bualan hangat gara-gara mengganggu rumah tangga seorang wanita dikenali Misya dengan bekas suaminya, Aslam sehingga berlaku perceraian.

Ternyata kontoversi tersebut mendapat perhatian ramai sehingga pelbagai cemuhan dan cacian dilemparkan kepada pihak terbabit.

Terbaharu, Pelakon Datin Seri Umie Aida meminta semua pihak memberi ruang kepada pihak terbabit untuk menyelesaikan isu panas tersebut dengan baik.

Biarpun tidak menyebut sebarang nama atau isu secara spesifik, Umie menerusi perkongsian di Instagram (IG) mahu warganet memberi ruang terhadap apa yang terjadi.

“Kecoh satu Malaya..macam kes kerat orang.

“Cukup-cukup lah tu. Bagi ruang untuk mereka,” tulisnya.

Tambah Umie, dia menegaskan bukanlah mahu menyokong sesiapa sebaliknya mahu isu tersebut diselesaikan dengan cara terbaik.

“Ya Allah dari semalam saya buka IG semua fasal isu itu. Bukan saya nak back up, tapi please la.. bagi ruang untuk mereka selesaikan masalah itu.

“Ingat ujian kita di hari akan datang kita tak tahu. Maka diam adalah yang terbaik,” pesannya.

Terdahulu, nama anak Abby dan Norman iaitu Marissa Dania Hakim, 18, hangat diperbualkan warganet apabila seorang wanita membongkar kisah kecurangan bekas suaminya dengan Marissa.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru Berusia 18 Tahun, Anak Pasangan Artis Terkenal Dengan Imej Muslimah Didakwa Jadi Penyondol… Siap Check-In Di Hotel?

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Anak Artis Berusia 18 Tahun Didakwa Jadi Orang Ketiga… Kakak Mangsa Tampil Beri Bukti Rakaman Audio! Dakwa Penyondol Pernah Bersumpah, Siap Junjung al-Quran

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Mengaku, Tapi Tak Semua Cerita Benar,” – Anak Abby Abadi Tampil Respons Isu Sondol Suami Orang… Perjelas Status Hubungan Terkini Dengan Aslam

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 5 Jan 2019

「五福星」再发贺岁专辑!伍家辉望占贺岁市场一席位

阔别5年,五福星再度发行全新创作新年歌《五福星又报喜》!伍家辉首当贺岁歌曲制作人,望能占大马贺岁市场一席之位。

Trending Fri, 22 Jan 2021

Neelofa Kembali Sarung Cincin Merisik Di Jari, Hubungan Bersama PU Riz Telah Pulih?

Wah, jika betul.. alhamdulillah. Tiada masalah yang tak dapat diselesaikan.

Hiburan Thu, 2 Sep 2021

Diana Danielle, Shalma Eliana, Athalia, Simon Webbe & Asyraf Nasir Bersatu Dalam We Live To Give

Diana Danielle, Shalma Eliana, Athalia, Simon Webbe dan Asyraf Nasir muncul dalam sebuah lagu berjudul We Live To Give (Kita Hidup Untuk Memberi). Dilancarkan oleh Universal Music Malaysia, lagu ini muncul sebagai karya yang memberi […]

Selebriti Thu, 15 Feb 2024
Hiburan Tue, 15 Aug 2023

Muak Diasak Soal Cinta, Riena Diana Pilih Fokus Tentang Kerjaya

Pelakon Riena Diana mengakui dirinya kini kurang selesa untuk berbicara soal cinta, sebaliknya ingin memberi fokus sepenuhnya pada kerjaya. Menurut Riena, dia sudah muak untuk membahas tentang perkara itu lagi kerana kerap diasak dengan soalan […]

Featured Tue, 21 Jan 2025

Tak Berani Beri Komen, Chacha Terkejut Dakwaan Emma Maembong Sudah Berkahwin Dengan DJ

Dakwaan juga timbul mengatakan pasangan itu telah bercuti bersama di luar negara.

Hiburan Tue, 27 Nov 2018

WOW! Bella Hadid Jadi Pengikut Neelofa Di Instagram

Pergh…Untunglah Lofa, Bella Hadid kot!

error: Content is protected !!