Euforia Bola 2026
Hiburan By: Atiqah Johari September 11, 2023 @ 7:28pm

Cantik! Solekan Nikah Jadi Perhatian, MUA Dedah Kos ‘Make Up Look’, Puji Kulit Dahlia Rizal ‘Flawless’ – “Dia Tak Pakai Bedak Asas”

Umum mengetahui mengenai perkahwinan pempengaruh dan model muslimah, Dahlia Rizal dan penyampai radio Hot FM, Imran Aqil telah selamat berlangsung pada Sabtu lalu.

Malah, solekan Dahlia pada malam majlis perkahwinannya menjadi perhatian ramai itu disolek oleh jurusolek yang dikenali sebagai Yaya.

Memetik laporan Utusan Malaysia, kata Yaya, solekan yang dikenakan terhadap Dahlia itu tidak pernah dilakukan kepada mana-mana individu.

Tambahnya, bagi mendapatkan solekan ‘natural look’ sebegitu, dia tidak menggunakan bedak asas kerana kulit muka isteri kepada Imran itu tidak mempunyai sebarang cela.

“Saya memang berkali-kali menjadi jurusolek Dahlia untuk beberapa sesi fotografi. Oleh itu, dia memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi jurusolek majlis istimewanya.

“Oleh itu, saya cuba tampilkan solekan yang berbeza agar tidak sama dengan ‘look’ yang pernah dikenakannya sebelum ini.

“Betul, saya tidak memakaikan bedak asas, sekadar skintint. Kulitnya sedikit kering, jadi saya tidak mahu mengambil risiko mengenakan bedak asas bagi mengelak solekannya merekah,” ujarnya kepada wartawan Utusan Malaysia.

Susulan itu, jurusolek itu turut memberi bayangan kos solekan Dahlia bernilai kurang daripada RM3,000 dan mengambil masa selama satu setengah jam untuk menyiapkan solekan tersebut.

“Ada yang memilih jurusolek dari luar negara untuk majlis istimewa mereka.

“Namun, sebenarnya di Malaysia, kita ada banyak jurusolek berbakat yang juga tidak kurang hebatnya. Kita ada ramai yang bagus-bagus, tinggal kita sahaja yang rajin untuk cari,” luahnya.

Disamping itu, Yaya meluahkan rasa syukur apabila foto Dahlia menjadi tular di platform media sosial dan menerima rezeki yang diluar jangkaan.

“Alhamdulillah, rezeki.

“Selepas gambar pernikahan Dahlia tular, saya terima banyak tempahan yang inginkan ‘look’ yang sama. Sejak malam tadi telefon saya tak berhenti berbunyi,” kongsinya lagi.

Dahlia Rizal dan Imran Aqil telah selamat mendirikan rumah tangga bersama pada malam Sabtu lalu dengan hanya sekali lafaz.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Selepas Setahun Bertunang, Imran Aqil & Influencer Jelita, Dahlia Rizal Sah Berkahwin

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Teruja Imran Aqil Dikatakan Sudah Bertunang Dengan Dahlia Rizal

Sumber: Utusan Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 30 Mar 2026

“Anak Mama Kuat! Kesilapan Itu Bukan Bermakna Adik Gagal” – Abby Abadi Titip Nasihat Buat Marissa Dania

Pelakon Abby Abadi tampil memberikan kata-kata semangat dan nasihat buat anak perempuannya, Marissa Dania Hakim.

Hiburan Tue, 24 Mar 2026

Tiada Gambar Raya Bersama, Saling ‘Unfollow’ Di Media Sosial… Rumah Tangga Julia Farhana & Dr Che Hafiz Didakwa Bergolak?

Julia dan Dr Che Hafiz didakwa sudah tidak saling mengikuti satu sama lain di Instagram

Hiburan Mon, 10 Jul 2023
Hiburan Wed, 25 Mar 2026

“Saya Dah Maklum Siapa Perlu Bayar” – Ben Ladin Tampil Perjelas Isu Gaji Pekerja Tertunggak

Individu berkenaan turut meluahkan kekecewaan apabila bayaran masih belum diterima, malah mendakwa tidak dapat menyambut Aidilfitri seperti orang lain.

Trending Sun, 29 Jul 2018

Malaysia Has Highest Diabetes Rate in Asia

We’re also part of the highest in the world.

error: Content is protected !!