Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 13, 2023 @ 12:10pm

“Sedap Orang Maki Hamun” – Akaun TikTok Palsu Pakai Nama Anak, Abby Abadi Mohon Netizen Jaga Tutur Kata

Pelakon Abby Abadi mengingatkan kepada semua pihak agar menjaga tutur kata susulan timbulnya banyak akaun palsu di TikTok yang menggunakan namanya dan anak-anak.

Perkara itu timbul selepas banyak pihak mengambil kesempatan terhadap isu yang melanda keluarganya baru-baru ini.

“Banyak sangat akaun TikTok yang di create ata snama saya dan anak-anak. Lepastu sedap orang maki hamun. Dah tak ada kerja agaknya orang Malaysia ni.

“Yang komen-komen tu tengok-tengok dululah ye kalau nak komen. Sebab akaun tu bukan akaun kami. Jangan main serbu je maki hamun orang,” katanya.

Abby berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.

Ujian tanda Allah peduli

Dalam pada itu, Abby atau nama penuhnya, Arbaiyah Abdul Manan, 46, kelihatan kuat menghadapi dugaan melibatkan isu panas anak perempuannya yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga individu yang dikenali sebagai Misya.

Bahkan, dia menganggap ujian yang diberikan ini sebagai tanda peduli Allah SWT terhadap keluarganya.

“Tak ada rapuh-rapuh la… Saya okay je.Selagi hiudp selagi itulah kita akan diuji. Ujian tanda Allah peduli.

“Terus jaga diri, jaga solat dan jaga hak Allah sebaiknya okay,” jelasnya.

Pada 9 September lalu, anak kepada pasangan Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania Hakim tampil membuka mulut berkenaan kontroversi melibatkan dirinya sehingga dilabel sebagai penyondol.

Menerusi perkongsian di Instagram, Marissa tidak menafikan melakukan perkara tersebut dan mengakui segala perkara yang berlaku adalah kesalahan dan tanggungjawabnya sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Mengaku, Tapi Tak Semua Cerita Benar,” – Anak Abby Abadi Tampil Respons Isu Sondol Suami Orang… Perjelas Status Hubungan Terkini Dengan Aslam

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Anak Didakwa Penyondol, Abby Abadi Mohon Doa Orang Ramai – “Saya Tak Update Sebab Tak Ada Idea”

ARTIKEL BERKAITAN:Anak Didakwa Penyondol, Abby Abadi Mohon Masa Untuk Tulis Sendiri Kenyataan – “Saya Tengah Nak Mengarang Ni”

ARTIKEL BERKAITAN:”Siapa Yang Bersumpah Dan Junjung Al-Quran? Cerita Tu Bagi Jelas” – Abby Abadi Berang, Perjelas Kenyataan Kakak Mangsa Penyondol

ARTIKEL BERKAITAN:”Memang Sedap Menuding Jari, Bersangka-Sangka! Komen Dulu, Cari Pahala” – Anak Perempuan Dilabel Penyondol, Abby Abadi Tampil ‘Buka Mulut’

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 31 May 2021

“Alhamdulillah, Ini Perjalanan Baru Buatnya…” Rizman Doakan Isteri Kekal Istiqamah

Setelah mendirikan rumah tangga dan  memiliki seorang cahaya mata, kehidupan pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Nordin bersama isterinya Nuridaya Suraya sering mendapat perhatian ramai. Pasangan itu juga dilihat lebih bahagia dengan kehadiran cahaya mata […]

Events Fri, 22 Nov 2019
Trending Thu, 4 Feb 2021

BPN 1.0 & BPN 2.0 Ringankan Beban Rakyat

Semoga segala bantuan yang diberikan kerajaan dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya…

Featured Wed, 16 Jul 2025
Hiburan Mon, 4 Jun 2018

Cukup Sampai Di Sini, Zahirah MacWilson Tak Mahu Lagi Kontroversi

Zahirah juga ingin memohon maaf daripada Zul atas salah dan silap saya ketika mereka masih bersama…

Featured Wed, 30 Apr 2025

Pilih ‘Berahsia’, Dayang Nurfaizah Bakal Tamat Zaman Bujang?

Dayang mengakui sedang dalam fasa perkenalan dengan seorang jejaka

Featured Wed, 18 Jan 2023

Saharul Ridzwan Sebak Terkenang Pitt Hanif, Terkenang Kata-Kata Arwah

Pelakon Saharul Ridzwan masih terasa dengan pemergian pengarah filem berbakat, Allahyarham Mohd Firdaus Mohamad Hanif atau lebih dikenali sebagai Pitt Hanif. Ditemui XTRA pada majlis pelancaran lagu tema filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di […]

error: Content is protected !!