Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi September 13, 2023 @ 7:14pm

“Isteri Bila Ada Duit Ego, Berlagak, & Mula Pandang Rendah Pada Suami” – Wanita Ada Duit Salah Satu Punca Perkahwinan Terlerai, Kenyataan Rosyam Nor Raih Pelbagai Respons Netizen

Pelakon, Datuk Rosyam Nor hangat menjadi perbualan ramai di media sosial setelah memberi pendapat bahawa segelintir wanita akan menjadi seorang yang angkuh apabila bekerjaya.

Menerusi video podcast di TikTok Suhan Movies, Rosyam bagaimanapun menegaskan tidak semua wanita menjadi ego apabila berkemampuan.

“Perempuan bila dah bekerjaya, ada duit banyak tapi akan berlagak. Kebanyakan macam tu, bukan semua. Dia ego, dengan suami lagi tak hormat.

“Walaupun di rumah berperanan sebagai isteri, mereka akan bercakap tinggi. Bukan semua wanita macam ni tetapi boleh dikatakan kebanyakannya begitu.

“Contohnya bila balik kerja luah rasa marah dekat suami sebab tak bantu sama membuat kerja rumah,” ujarnya.

Rosyam Nor

Menerusi perkongsian video yang sama, Rosyam berpendapat sikap ego isteri yang berduit itu juga menyebabkan masalah dan keretakan rumah tangga.

Jelasnya lagi, Rosyam turut mendakwa golongan wanita akan mula memandang rendah terhadap suami dan mencari orang lain yang lebih mempunyai penampilan menarik daripada suaminya.

“Ada setengah wanita bila dah ada duit, berpakaian cantik. bila tengok suami sendiri persoalkan penampilan dia. Dia jumpa orang lain dekat luar lebih menarik, menghargai dia.

“Maka pergoalakan rumah tangga ni boleh terjadi apabila isteri ada duit,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan: “Saya Selalu Ingat Umur Saya 25 Tahun” – Rosyam Nor ‘Tanam’ Rambut Untuk Tarik Peminat Muda?

Artikel Berkaitan: “Nak Suntik Semangat, Tiada Niat Jatuhkan Martabat Wanita” – Datuk Rosyam Nor Respons Isu Video Tular

Kenyataan aktor filem Juang ini menerima pelbagai reaksi netizen yang bersetuju dan ada juga setengah pihak yang tidak bersetuju.

Rata-rata netizen berkata ada juga sesetengah pihak berpendapat bahawa golongan lelaki dan wanita adalah sama saja terutamanya apabila mereka diuji dengan kedudukan tinggi.

Rosyam Nor

Rosyam Nor

Kredit: TikTok Suhan Movies

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 27 Jul 2018

Hebat! Paling Muda, Paling Kaya

Pendapatan lumayan itu menjadikan Kylie, 20, berada di tangga pertama untuk selebriti yang menerima bayaran tertinggi di Instagram. Memang hebat penangan anak bongsu keluarga Kardashian ini!

LIFESTYLE Wed, 12 Dec 2018
Events Thu, 28 Feb 2019
Hiburan Tue, 26 Dec 2023

Usah Berharap Kepada Anugerah & Populariti, Bell Ngasri Ingatkan Bakat Baharu Agar Utamakan Kualiti Hasil Kerja

“Jangan cuba fikirkan untuk raih anugerah dan dapatkan sesuatu” – Bell Ngasri

Featured Wed, 11 Feb 2026

“Baby L You Are My Biggest Blessing”- Bakal Bergelar Ibu, Eyka Farhana Mohon Doa Peminat

Eyka terharu atas rezeki yang hadir dalam hidupnya sepanjang tahun 2025 hingga 2026 yang disifatkan cukup indah dan di luar jangkaan.

Hiburan Sun, 2 Feb 2025

DJ Kidd Jawab Emma Maembong Ada Dalam Hati

DJ Kidd jawab Emma Maembong ada dalam hati

Featured Thu, 23 Mar 2023

“Saya Sebagai Anak Pun Sedih, Apa-Apapun Dia Tetap Ibu Saya” – Syamsul Yusof

Siapa je tak sedih… moga yang terbaik buat mereke sekeluarga

Hiburan Tue, 7 Oct 2025

“Pergerakan Kami Sedang Diperhatikan” – Nadzmi Adhwa Dedah Keluarga Dalam Bahaya

Pergerakan mereka termasuklah anak-anak sedang diperhatikan oleh golongan yang dilabel sebagai tali barut pihak Isr**l yang kini berada di Malaysia.

error: Content is protected !!