Hiburan By: Maya Basir September 15, 2023 @ 5:43pm

Fauziah Sarman Nafi Tolak Poligami, Setuju Gelaran ‘Penyondol’ Sesuai Buat Isteri ND Lala – “Dua-Dua Sama Perangai”

Bekas isteri kepada penyanyi dan pelakon, Datuk ND Lala iaitu Fauziah Sarman menafikan tidak setuju untuk berpoligami seperti yang didakwa bekas suami di sebuah hantaran video di Instagram, baru-baru ini.

Memetik laporan Harian Metro, Fauziah sebenarnya bersetuju untuk berpoligami namun tidak disampaikan terus kepada ND Lala.

“Saya cakap saya dah reda sebab dah macam-macam cara saya buat untuk berjumpa dengannya, tetapi semuanya memang tak dilayan menerusi WhatsApp dan mesej pesanan ringkas.

“Saya dah sedar. Mungkin ini takdir saya dan sudah menerima untuk poligami. Mereka menangis dengar kata-kata saya, tapi di pihak abang ND tak boleh terima,” katanya.

Menurutnya, dia sayangkan keluarga dan mencuba pelbagai cara untuk memulihkan keadaan bersama ND Lala tetapi hanya bertepuk sebelah tangan.

“Saya hanya letakkan syarat tak nak ambil tahu langsung mengenai wanita itu (Siti Munirah). Tapi ia hanya berlaku di sebelah pihak saya tanpa ada respon daripada abang ND.

“Sampai tahap saya dah penat berjuang seorang diri dan buat keputusan untuk berhenti berharap. Sebab bila dia tolak, saya lihat dia tak nak poligami.

“Dia memang makin menjauh dari saya dan saya rasa cukup-cukuplah. Dia pun dah tinggalkan saya setahun lebih dan duit nafkah pun tak beri,” jelasnya.

Sementara itu, ibu kepada penyanyi Shila Amzah ini redha dengan segala dugaan yang diterima namun terkilan dengan sikap ND Lala yang langsung tidak mahu berbincang.

“Saya reda apa yang berlaku terhadap saya. Allah uji saya banyak manalah sangat kalau dibandingkan dengan orang lain.

“Saya bersetuju wanita itu dianggap ‘penyondol’ dalam rumah tangga saya. Bagi saya sesuai ayat itu digunakan. Tapi saya tak salahkan dia seorang kerana kalau bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Dua-dua sama perangai.

“Saya nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga pada pengikut-pengikut di Instragram, Facebook dan TikTok yang tak putus-putus bagi kata-kata semangat pada saya selama ini,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Kereta Dicuri, Dakwaan Disihir Isteri Muda… ND Lala Jelas Spekulasi – “Jangan Label Siti Munirah Penyondol, Saya Yang Approach”

Pada 5 September lalu, Fauziah memaklumkan kes cerai mereka selesai secara baik.

Untuk rekod, ND Lala dan Fauziah mendirikan rumah tangga pada 1989 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Shila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 1 Dec 2022

Lucu! Slang Maryam Durian Kimchi Belajar Cakap Kelantan Buat Ramai Ketawa

Pasangan suami isteri Maryam Younarae dan suaminya, Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim mencuri perhatian ramai dengan gelagat kelakar mereka itu. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Ryzal di laman TikTok mereka berdua iaitu […]

Featured Thu, 8 Sep 2022
Trending Tue, 23 Feb 2021
Hiburan Fri, 21 Feb 2020
Hiburan Sat, 2 Mar 2019

Ameer Forteen Kini Berstatus Suami, Selamat Pengantin Baru!

Semoga bahagia hingga ke Jannah, Amin!

Featured Mon, 22 Mar 2021

Bayaran Geran Khas Prihatin Tambahan Mulai 25 Mac Ini, RM 500 Buat PKS Mikro..

Bayaran bagi semua perusaha kecil sederhana di bawah Geran Khas Prihatin Tambahan akan bermula 25 Mac ini. Menurut Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, bayaran tersebut melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM883 […]

Hiburan Mon, 11 Feb 2019

Mengaku Rindu Konti, Shuib Mahu Buat Comeback?

Shuib turut mempersoalkan sama ada kemunculannya masih relevan lagi atau sebaliknya.

Trending Tue, 24 Nov 2020
Hiburan Wed, 14 Mar 2018

Panas! Ini Aksi Cium Fatin Afeefa Dengan Suami Orang

Menurut wanita tersebut, sejak 26 Februari lagi beliau telah menulis satu Tweet kepada Jabatan Agama Islam Selangor bahawa Fatin mengajak suaminya itu tidur dirumahnya