Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi September 18, 2023 @ 6:48pm

Konsert A Tribute To Sudirman Penuh Nostalgia, Imbau Karya Agung Legenda Muzik Tanah Air

Penuh nostalgia! Itulah yang dapat diungkapkan pada konsert A Tribute To Sudirman yang berlangsung bersempena Hari Malaysia lalu di pentas gah Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Kuala Lumpur.

Menampilkan barisan penyanyi hebat seperti Liza Aziz, Hazama, Ernie Zakri dan Arish Mikael ternyata memberi seribu satu kenangan manis buat penonton yang hadir pada malam penuh indah tersebut.

Konsert yang berlangsung selama 90 minit itu diiringi Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) dan diterajui konduktor Ahmad Muriz Che Rose itu berjaya membawa penonton mengimbau populariti karya-karya agung Allahyarham Datuk Sudirman Arshad.

Antara karya-karya lagu yang didendangkan pada malam tersebut ialah Chow Kit Road, Basikal Tua, Apa Khabar Orang Kampung, Anak Gembala, Terasing, Hujan dan banyak lagi.

Paduan vokal penyanyi legenda, Liza Aziz yang juga penyanyi latar Sudirman selama lapan tahun itu berjaya memukau penonton yang hadir dengan menyanyikan lagu Merisik Khabar, Teriring Doa dan Jauh Di Sudut Hati.

Malah anak kepada kepada pasangan Allahyarham seniman Aziz Jaafar dan seniwati Normadiah itu turut mengimbau momen terindah bersama penghibur nombor satu Asia itu.

Penyanyi bersuara lunak, Ernie Zakri pula menghiburkan penonton dengan medley lagu Broadway berjudul Smile, Big Spender dan Memory dengan baik sekali.

Menurut Ernie, dia meluakan rasa terharu apabila dapat beraksi di pentas gah tersebut malah menyifatkan ia adalah pengalaman yang berharga sepanjang karier seninya.

“Alhamdulillah, saya diberi kepercayaan oleh Che Muriz untuk menyanyikan lagu tersebut. Ia agak sukar pada mulanya namun saya cuba dan berusaha belajar untuk sampaikan lagu itu dengan betul.

“Saya ada belajar sedikit cara Allahyarham menyanyi, sampaikan cerita dalam persembahan. Banyak saya pelajari untuk konsert ini. Dalam masa sama, dapat timba ilmu dan pengalaman sebegini,” kongsinya teruja.

Kemeriahan pada malam tersebut turut menyaksikan penyanyi Hazama memberikan seratus peratus jiwanya dalam menyampaikan lagu Milik Siapakah Gadis Ini dan Pelangi Petang.

Hazama berkata, lagu yang dinyanyikan adalah bukan mudah baginya kerana menganggap ia luar daripada kebiasaanya sebagai penyanyi.

“Bila menyanyi bersama pasukan Orkestra, ia sangat ‘details’, setiap lagu juga ada arranger. Lagu yang paling susah untuk saya adalah Pelangi Petang kerana ia luar daripada kebiasaan saya.

“Setiap kali saya beraksi bersama MPO, saya akan rasa gemuruh, andai kata sepuluh kali beraksi, tetap gemuruh. Ia cabaran bagi saya sebagai penyanyi,” ujarnya ketika ditemui usai konsert.

Pendatang baharu, Arish Mikael ternyata mencuri tumpuan penonton apabila lontaran vokalnya pada malam tersebut sangat mirip dengan Allahyarham Sudirman.

Kali pertama diperkenalkan, DFP turut mempersembahkan teknik hologram yang menyaksikan Allahyarham Sudirman ‘muncul’ menyanyikan lagu ikonik Salam Terakhir dan One Thousand Million Smiles.

Sudirman mula mencipta nama selepas dinobatkan juara Bintang RTM 1976 sehingga diberikan jolokan sebagai Penyanyi Peguam, Penyanyi Rakyat dan Elvis Malaysia.

Beliau juga turut dinobatkan sebagai Penghibur Terbaik Asia di Asian Popular Music Awards pada tahun 1989.

Allahyarham Sudirman menghembuskan nafas terakhir di rumah kakaknya di Bangsar, Kuala Lumpur pada 22 Februari 1992.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 16 Jun 2018

Gempar! Jatuh Bangunan Selepas Berhibur

Mayat lelaki berusia 29 tahun itu ditemui di tingkat dua premis perniagaan yang terletak berhampiran dengan hotel itu kira-kira 9 pagi tadi (waktu tempatan).

Hiburan Tue, 9 Jul 2019

Dr Soo Wincci Amazes Netizens by Setting Two Malaysia Record, Single-Handedly

Did pageant queen Soo Wincci just casually set, not one but two new records in Malaysia’s Book of Records for being a genius? Beauty with brains indeed!

Featured Wed, 30 Apr 2025

Pilih ‘Berahsia’, Dayang Nurfaizah Bakal Tamat Zaman Bujang?

Dayang mengakui sedang dalam fasa perkenalan dengan seorang jejaka

Featured Sat, 23 Aug 2025

Bapa Makin Uzur, Amir Raja Lawak Rayu Stesen Televisyen Lunaskan Bayaran Hutang

Ia susulan keadaan bapanya, Azmi Deris yang semakin uzur dan memerlukan penjagaan teliti.

Featured Mon, 15 Aug 2022
Hiburan Wed, 25 Feb 2026
Hiburan Tue, 31 Jul 2018

超过20组本地歌手零唱酬参与!爱国演唱会830引爆

《我爱马来西亚,同乐同庆演唱会2018》国庆倒数爱国演唱会将于8月30日在吉隆坡独立广场引爆!演唱会免费入场,且邀来了本地超过20组的三大民族歌手,众歌手皆零唱酬支持这场活动。

Hiburan Mon, 20 Nov 2017

王源《蒙面》飆唱林宥嘉神曲!「三段高音」全场尖叫

中国人气团体TFBOYS由3个平均年龄17岁的少年组成,日前其一成员王源参加《蒙面唱将猜猜猜》,演唱林宥嘉的经典神曲。会参加这个节目,他进而透露了其中的原因,“现在可能我的人气盖过了我的歌声”,因此想戴上面具最直接地用声音来明白他的歌唱实力。

error: Content is protected !!