Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi September 20, 2023 @ 7:17pm

Siti Nurhaliza Dedah Alami Masalah Peti Suara, Rakam Album Sitism Sebanyak Dua Kali

Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan mengalami masalah peti suara ketika merakamkan album solo ke-20, Sitism.

Menurut Siti, biarpun ada perasaan reda dengan situasi yang dihadapinya itu, dia sentiasa positif dan menyanyi mengikut kemampuannya.

“Ketika saya sakit tekak, saya merasakan mungkin Allah nak tarik sedikit bakat saya. Suara ini aset bagi penyanyi. Bila ada kekurangan, pastinya akan down tapi saya tak mahu memikirkannya.

“Saya memang reda. Kalau Allah nak kekalkan suara saya serak-serak. Tapi dalam hati selalu berkata ‘cepatlah pulih’. Saya juga berdoa di depan Kaabah. Dan Alhamdulillah Allah dah bagi kesembuhan pada saya hari ini.

“Sampai suatu ketika memang lama sangat saya nak pulih kembali. Lama sangat. Dalam diri saya juga berkata jika Allah nak tarik sedikit suara saya, dah masuk umur 40-an ini, kasar ke serak ke, memang saya okey saja, saya menyanyi ikut kemampuan saya. Saya positif saja,” katanya ketika ditemui.

Pelantun lagu Romansa Kita itu ditemui pada majlis sidang media pelancaran album Sitism di Deep Blue, ibu kota, pada Rabu.

Tambah Siti, dia akui peminat akan bercakap-cakap mengenai perubahan yang dialaminya itu, namun enggan mengambil pusing.

“Peminat juga bercakap-cakap mengenai suara dan sebagainya. Bagi saya itu bukan satu benda yang terlalu saya ambil berat.

“Apa yang Allah nak beri, Allah beri, kalau nak tarik pun juga. Kita memang tak boleh berbuat apa. Kita kena sentiasa bersyukur dan positif saja. Selebihnya saya buat kemampuan saya.

“Album ini juga saya lakukan dengan semampu saya. Alhamdulillah saya boleh nyanyikan lagu-lagu dalam album ini dengan baik sekali,” ujarnya.

Berkongsi perjalanan menghasilkan album Sitism, ibu kepada dua cahaya mata ini memaklumkan dia terpaksa membuat rakaman dua kali untuk beberapa buah lagu kerana mengalami masalah suara.

“Untuk album Sitism, saya buat rakaman sebanyak dua kali kerana ketika itu saya mengalami masalah dengan peti suara saya. Suara saya serak.

“Pada rakaman yang pertama, ia dibuat pada bulan Ramadan, saya tak boleh minum. Dengan suara yang serak, sakit tekak dan selepas itu saya sambung semula rakam lagu-lagu yang saya tak berpuas hati atau pencipta lagu rasa saya boleh berikan lagi terbaik.

“Saya tak mahu tergesa-gesa. Ia impian saya. Saya nak ianya sempurna sebaik mungkin. Alhamdulillah segala dugaan dan cabaran, hasilnya inilah,” ujarnya.

Album Sitism adalah menjadi simbol diri Siti Nurhaliza yang tersendiri seiring dengan peredaran masa dan perkembangan muzik yang dipaparkan menerusi muzik, lirik, imej serta persembahan beliau.

Album terbitan Universal Music Sdn.Bhd dan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd ini turut dikeluarkan dalam bentuk fizikal dan akan turut dijual di kedai pengedar terpilih dalam jumlah terhad.

ARTIKEL BERKAITAN: Gabungan Istimewa Bersama Awie Pelengkap Album Deluxe Sitism Siti Nurhaliza

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 15 Nov 2025

Netizen Nasihat Uqasha Senrose – “Ada Yang Lebih Teruk Dari Kamu”

Netizen nasihat Uqasha Senrose, minta belajar erti bersyukur

Hiburan Wed, 16 Aug 2023
Hiburan Thu, 4 Jan 2018

ZARINA ZAINUDDIN DIHALAU DAN DITENGKING. TIPIKAL MELAYU, MEMANG SELALU DENGKI!

Walaupun perniagaannya ini tidak menjana keuntungan malah telah mengalami kerugian pada hari tersebut, Zarina turut menyatakan bahawa pahala untuknya kerana telah menyedekahkan makanan yang sepatutnya dijual pada hari tersebut kepada orang ramai

Hiburan Tue, 13 Mar 2018

BTS’s J-HOPE Finally Reveals Member Who Made Cameo in Daydream MV!

J-Hope played a guessing game with fans but now he has revealed the answer.

Featured Sat, 25 Oct 2025

“Apa Salahnya Akaun Anak Saya Tu Kena Report Beramai-Ramai” – Fazura

Ini adalah kali ketiga perkara tersebut berlaku dalam tempoh dua minggu.

Hiburan Wed, 4 Feb 2026

Foto Mesra Noor Nabila Dengan Jejaka Berjambang Undang Spekulasi

Foto mesra Noor Nabila bersama seorang jejaka berjambang cetus spekulasi.

Events Wed, 12 Sep 2018

Venue Change for Lui Peng’s Tour Stop in Malaysia

DON’T go to The Bee because there’s a change in location.

error: Content is protected !!