Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir September 21, 2023 @ 2:33pm

Ibu Bersyukur Anak Tiada Masalah Sosial, Ameera Khan Enggan Komen Dakwaan Berjudi Lumba Kuda – “Fikirlah Apa Yang Anda Nak Fikir…”

Pempengaruh dan adik kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Ameera Khan memilih untuk kunci mulut berhubung dakwaan berjudi lumba kuda di luar negara.

Menurut Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan memberitahu terpulang kepada orang ramai untuk membuat andaian mengenai perkara tersebut.

“Apa yang saya kongsi dalam Instagram untuk anda lihat, itu sahaja. Ia adalah pilihan saya berkongsi dan apa sahaja yang anda mahu ambil daripada perkongsian itu, fikirlah apa yang anda nak fikir.

“Kerja saya hanya untuk berkongsi. Saya tidak kisah,” katanya semasa ditemui pada majlis pelancaran Disney x Naelofar di IOI City Mall, Putrajaya, sebentar tadi.

Sementara itu, ibunya, Datin Noor Kartini turut tampil mempertahankan Ameera dan berbangga anak-anaknya tidak mempunyai masalah sosial.

“Kita kena faham event dan tempat perjudian itu berbeza. Apa yang Ameera bawa adalah jenama beg tangan mewah, Longchamp. Kita kena tahu sejarah di sebalik jenama itu.

“Kadang-kadang rasa geram yang mereka tidak faham fesyen, jenama dan sejarah di sebalik jenama itu.

“Alhamdulillah, tiada siapa boleh lihat anak-anak saya ada di kelab, tempat perjudian, minum arak, hisap rokok, shisha, vape dan lain-lain.

“Itu yang buat mama boleh rasa bangga. Allah pelihara dan tiada dalam keturunan kami yang buat macam tu dan kami pun tak pernah jejak kaki ke tempat perjudian.

“Kalau nak cakap pasal lain, saya rasa semua orang melalui fasa tersendiri seperti pada usia remaja, dewasa dan matang. Ada perubahan dalam kehidupan, tiada orang yang keluar terus sempurna.

“Kita pun kenal siapa keluarga, tahu anak kita siapa,” ujarnya.

Terdahulu, Noor Kartini tampil mempertahankan Ameera yang didakwa pergi ke tempat perjudian lumba kuda di luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: “Placed My Bets” – Ada Pihak Sensasikan Kehadiran Ameera Khan Di Acara Lumba Kuda?

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini Sangat Biadab!” – Ibu Neelofa ‘Sound’ Individu Tak Bertanggungjawab, Guna Foto & Tuduh Anak Berjudi Untuk Berniaga

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 15 Apr 2021
Hiburan Fri, 19 Jan 2018

Tempoh Sebulan Jantina Sebenar Akan DiKetahui

Buat anda semua yang tertanya-tanya, dalam tempoh sebulan JAKIM bakal memberi jawapan ye

Featured Fri, 1 Jul 2022

[VIDEO] “Saling Melengkapi! Comel Je ‘Awang’ & Bini Dia..” – Fattah Amin Ajar Fazura Bersilat Raih Perhatian Netizen!

Alahai comelnya pasangan sejoli ni. Fazura support filem, Fattah support bisnes ❤️🥰 They complete each other 🤩

Hiburan Wed, 4 Sep 2024

[VIDEO] Nama Yuna Pernah Disenarai Hitam Di Kanada

Fuhhhh, jangan main main ek kena senarai hitam

Featured Tue, 20 Sep 2022
Featured Thu, 10 Apr 2025
Hiburan Tue, 15 Jan 2019
Featured Mon, 5 Dec 2022
Featured Sun, 28 May 2023
Hiburan Mon, 19 Jun 2023
error: Content is protected !!