Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin April 15, 2021 @ 2:05pm

Rentas Negeri Sempena Aidilfitri Ditangguhkan – KKM

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini memaklumkan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan aktiviti rentas negeri untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri ditangguhkan.

Ini kerana penularan wabak Covid-19 masih berada di tahap membimbangkan.

“Banyak pihak merayu kerajaan untuk membenarkan rentas negeri untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri. KKM mencadangkan rentas negeri ditangguhkan”
“Ia berikutan terdapat varian baharu dalam komuniti dan program imunisasi masih diteruskan,” katanya.

 

Sumber : Awani

Tiada kata putus rentas negeri buat penerima 2 dos suntikan vaksin

 

Menurutnya, bagi individu yang sudah selesai menerima kedua-dua dos suntikan vaksin Covid-19 pula, pihaknya masih belum ada kata putus mengenainya kerana masih menunggu dapatan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC).

“Kami masih menunggu lagi beberapa dapatan daripada WHO dan CDC untuk menjelaskan kepada kami sama ada perkara tersebut boleh dibenarkan untuk dikecualikan daripada aktiviti rentas negeri.
“Bagaimanapun, bagi mereka yang bertugas sebagai petugas barisan hadapan, aktiviti merentas negeri dibenarkan kerana ia merupakan satu keperluan untu mereka bertugas,” katanya ketika sidang media selepas melancarkan buku “Malaysia Health Sector Response To COVID-19 Pandemic – Perspectives From The Field” di Pejabat Menteri Kesihatan pada Khamis.

 

ARTIKEL BERKAITAN : Awas! Negara Bakal Berdepan Gelombang Keempat Covid-19

ARTIKEL BERKAITAN : Tidak Perlu Tunjuk Aktiviti, Hanya Isi Borang Untuk Rentas Negeri

ARTIKEL BERKAITAN : Kebenaran Rentas Negeri, Keputusan Dalam Masa Terdekat – Dr Adham Baba

ARTIKEL BERKAITAN : Tindakan Tegas Diambil Jika Palsukan Dokumen Rentas Negeri – Ismail Sabri

 

Sumber  : Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 8 Feb 2026

Bawa Watak Antagonis, Sarimah Ibrahim Bermain Dengan Cabaran Emosi – “Bukan Cuba Pertahankan Penyondol, Tapi…”

Che Puan Sarimah Ibrahim bermain dengan cabaran emosi dalam drama bersiri terbaharu, Bila Cinta Menjadi Dosa.

Featured Wed, 12 Apr 2023
Trending Fri, 16 Apr 2021
Featured Tue, 9 May 2023
Featured Mon, 14 Jul 2025
Trending Sun, 24 Oct 2021

Mamat Khalid Meninggal Dunia

Pengarah terkenal, Mamat Khalid, 58, menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi. Mamat atau nama penuhnya, Mohamad Mohd Khalid meninggal dunia di Hospital Slim River, Perak. Memetik laporan Utusan, khabar duka itu disahkan Setiausaha Agung Persatuan Seniman, […]

error: Content is protected !!