Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin April 14, 2021 @ 2:14pm

Awas! Negara Bakal Berdepan Gelombang Keempat Covid-19

Susulan peningkatan kes di beberapa buah negeri sejak akhir-akhir ini, negara mungkin akan berdepan dengan gelombang keempat Covid-19.

Perkara ini turut diakui oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana hampir keseluruhan negeri ketika ini menunjukkan  kes peningkatan yang tidak stabil.

“Sidang Khas MKN hari ini juga mendengar pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi dan penilaian risiko tempoh 14 hari pelaksanaan PKPB dan PKPP di seluruh negara dijadualkan tamat pada hari ini iaitu 14 April 2021.”

Malah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga mengesahkan status kes Covid-19 di beberapa negeri menunjukkan trend tidak stabil dan R-naught melepasi angka satu.

Justeru itu, MKN bersetuju mengekalkan status enam negeri dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Antaranya, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak.

Manakala, Perlis, Kedah, Perak, Melaka, Pahang, Negeri Sembilan, Sabah, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan kekal berstatus Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Kesemua arahan tersebut berkuatkuasa bermula dari 15 sehingga 28 April 2021 kecuali Sarawak bermula 13 sehingga 26 April 2021.

 

 

Sumber : Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 4 Feb 2026

“Jangan Jadi Materialistik Bila Cari Pasangan Hidup”- Ryzal Ibrahim

Ryzal berkata, jenama atau barangan apa yang dipakai oleh pasangan tidak wajar dijadikan sebagai kayu ukur

Hiburan Wed, 22 Jan 2025
Hiburan Wed, 24 Aug 2022

“Saya Tumpang Kontroversi” – Siti Khadijah Halim Kena Tempias Gara-Gara…

Yelah kan nama pun nak sama dah tu yang netizen confius tu…

Featured Thu, 25 Aug 2022

Gabungan 3 Pengarah Tersohor & 1 Ketua Juri, Program Realiti Fit For Action Cungkil Bakat Pelakon Baharu!

Wow! Untungnya 12 Peserta progam realiti pencarian pelapis pelakon versatil Fit For Action dapat berguru dengan tiga pengarah hebat, Heykal Hanifah, Aziz M Osman & Ellie Suriaty! 🤩 Saksikan Fit For Action mulai 3 September 2022, setiap hari Sabtu, pukul 10.00 malam di TV3!

Featured Mon, 9 Feb 2026
error: Content is protected !!