Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir September 29, 2023 @ 1:16pm

Muka Kena ‘Edit’ Buat Aksi Tidak Senonoh & Sering Terima Gangguan Seksual, Media Sosial Qistina Raisah Dipantau Ibu

Pelakon Qistina Raisah mendedahkan sering menerima gangguan daripada pengguna akaun palsu yang menghantar gambar tidak senonoh di akaun media sosial miliknya.

Memetik laporan Harian Metro, Qistina memberitahu ada individu tidak bertanggungjawab yang menyunting wajahnya melakukan aksi-aksi tidak senonoh.

“Keadaan ini membuatkan saya tak selesa dan rasa tidak selamat. Laporan polis sudah di buat terhadap individu yang tergamak membuat suntingan wajah saya dengan aksi yang tidak senonoh.

“Apa saja mesej peribadi yang dihantar di akaun media sosial akan disaring oleh ibu saya. Jadi apabila dia melihat saya menjadi mangsa, kami terus membuat laporan dan tak boleh berdiam diri,” katanya.

Menurutnya, emosinya turut terganggu dan bimbang akan keselamatannya di atas gangguan tidak bermoral tersebut.

“Keadaan ini membuatkan saya tak selesa dan perlu sentiasa berhati-hati apabila berada di tempat awam.

“Alhamdulillah, buat masa ini belum ada yang ganggu sampai ikut ke rumah. Ibu saya akan sekat akaun media sosial  individu yang kerap hantar gambar tak senonoh.

“Dia tidak mahu saya ambil tahu pun kerana saya masih bawah umur dan masih dalam jagaannya,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 7 Aug 2020
Trending Mon, 28 Dec 2020

Adira Suhaimi Kembali Dengan Single Terbaru!

Mesti best! Tak sabar nak dengar????

Trending Mon, 25 Jun 2018

正妹卸妆「脸皮整片撕掉」瞬间毁容!

抖音近来在网路上掀起热潮,有许多素人大胆秀出妆前装后的惊人对比照!

Hiburan Mon, 18 May 2026

Lakar Sejarah Tersendiri, Yazmin Aziz Terus Cipta Nama Di Peringkat Antarabangsa

Yazmin Aziz melakar sejarah tersendiri apabila muncul sebagai artis Malaysia pertama membuat persembahan di platform terkenal antarabangsa, Wish 107.5 Wish Bus.

Featured Sun, 5 Jun 2022
Events Fri, 21 Jun 2019

洪金宝获颁终身成就奖!第三届《金环奖》入围名单出炉

洪金宝获颁终身成就奖!第三届马来西亚《金环奖》入围影片及五强入围名单出炉。

Hiburan Tue, 6 Sep 2022
error: Content is protected !!