Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi September 29, 2023 @ 3:25pm

Mawi & Ekin Bengang Rumah Tangga 15 Tahun Didakwa Goyah – “Seronok Fitnah…Tak Fasal-Fasal Kena Saman”

Tiada angin tiada ribut, timbul satu dakwaan yang mengatakan rumah tangga penyanyi dan penyampai radio, Mawi bersama isterinya, Ekin sedang berantakan.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Ekin atau nama sebenar Nora’Asikin Rahmat, memuat naik sebuah tangkap layar yang memaparkan beberapa portal tidak bertanggungjawab yang mendakwa rumah tangga mereka sedang bermasalah.

“Sudah tak tahan….menangis meragam semua” 15 tahun berkahwin, Ekin dedah status rumah tangga”

“Saya dah tak sanggup lagi” Setelah 15 tahun berkahwin, Ekin dedah status rumah tangga dengan Mawi. Tak sangka ini yang Mawi buat”

Demikian antara tajuk-tajuk berita yang mendakwa rumah tangga pasangan ini sedang ditimpa masalah.

Tidak berdiam diri, Ekin tampil memberi respons terhadap dakwaan-dakwaan jahat tersebut. Malah, tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman terhadap pihak terbabit.

“Apa yang seronok dapat fitnah orang ek? Pelik betul dunia akhir zaman!

“Its too much! Selidik lah dulu sebelum nak kejar glamour! Kang tak fasal-fasal kena saman!,” tulis Ekin di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata peminat turut meluahkan rasa sama malah ramai turut mendoakan rumah tangga Mawi dan Ekin dalam keadaan baik.

Untuk info, Mawi dan Ekin mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2008 dan mereka dikurniakan seorang anak bernama Cahaya Malaika, 11 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 16 Oct 2023

Famili Duo 3: Komedi Atas Pentas Curi Hati Penonton, Sharif & Syaiful Zero Dinobatkan Duo Terbaik!

Congrats Sharif & Syaiful! Memang best gila persembahan dorang siap dapat standing ovation tau

Hiburan Fri, 11 Oct 2024
Trending Wed, 4 Nov 2020
Hiburan Sun, 14 Jan 2018

Fadh Mengaku Lebih ‘Over’ Berbanding Isteri

pelawak Fadh akui lebih ‘over’ berbanding isterinya dimana keinginannya membuak ketika berada di kedai kelengkapan bayi sewaktu membeli kelengkapan baby girl

Featured Thu, 1 Sep 2022
Featured Wed, 30 Apr 2025

Hael Husaini Kini Bahagia, Bakal Tamat Zaman Bujang Dalam Masa Terdekat

Hel menyerahkan soal jodoh kepada yang maha Esa.

Hiburan Mon, 7 Jul 2025
Hiburan Sun, 19 Jan 2025

Muncul Dengan Album Terbaharu The Storm, Impian Alyph Mahu Berkolaborasi Bersama Ziana Zain Terlaksana

Lagu Teman dan Gerak kolaborasi bersama Ziana Zain dimuatkan dalam album terbaharu Alyph berjudul The Storm.

Hiburan Tue, 10 Sep 2019
error: Content is protected !!