Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 3, 2023 @ 8:25pm

[VIDEO] “Terpaling Dewasa… Kesian Tengok Dia Ni” – Netizen Tegur Qistina Raisah Promosi Produk Kesihatan

Pelakon remaja Qistina Raisah sekali lagi menjadi bualan hangat warganet di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Qistina atau nama lengkapnya Nur Qistina Raisah Mohd Kamarol Azri memuat naik sebuah video yang memaparkan dia sedang mempromosi sebuah produk kesihatan.

Video pendek tersebut mempamerkan Qistina sedang mempromosikan produk tersebut dengan pelbagai aksi dan gaya.

“POV: Bila BF kau obses dengan kau. Kan best kalau in real life ada boyfriend macam ni,” tulisnya ringkas.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet tampil memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian pelakon drama Hantu Punya Bos itu.

Malah, ada juga yang mendakwa Qistina seperti terlalu mahu menjadi seorang dewasa sebelum usia.

Untuk info, Qistina sebelum ini memaklumkan dia mengambil inisiatif untuk mengikuti pembelajaran dari rumah (homeschooling) selepas tidak dapat menempatkan diri ke sekolah kebangsaan.

Menurut Qistina, menerusi pembelajaran dari rumah itu, dia mengikuti kelas Mandarin, belajar bermain gitar dan yang terbaru bakal menyertai kelas menembak.

Nama Qistina juga sering hangat diperkatakan apabila terpalit dengan beberapa isu panas seperti bergaduh dengan pelakon remaja, Puteri Balqis.

ARTIKEL BERKAITAN: Qistina Raisah Dedah Pernah Dibuang Sekolah – “Ketika Itu, Saya Sempat Datang Selama…”

ARTIKEL BERKAITAN: Muka Kena ‘Edit’ Buat Aksi Tidak Senonoh & Sering Terima Gangguan Seksual, Media Sosial Qistina Raisah Dipantau Ibu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 4 Jan 2018

「亲爱的女孩」Eunice何沛璇唱出“90后”的心声

“能量系女孩”Eunice何沛璇带着个人全新EP《亲爱的女孩》将于1月6日打头阵举办EP同名听歌会,以自己创作的歌曲唱出“90后”心声,为新的一年渲染最强正能量!

Hiburan Thu, 21 Dec 2023
Hiburan Tue, 23 Aug 2022

Didakwa Gelak Kuat Kerana Suka Perhatian, Janna Nick Berlawan Dengan Penyakit

Semoga Janna terus kuat menghadapi ujian hidup ini.

error: Content is protected !!