Hiburan By: Maya Basir October 3, 2023 @ 6:56pm

Individu Dakwa Lagu Malampagi Berbaur Unsur Lucah, Nadhir Nasar Tampil Beri Penjelasan – “Mungkin Keterlaluan, Tapi Itulah Realiti Sebenar”

Pelakon dan pengarah, Nadhir Nasar tampil memberi penjelasan mengenai isu tular seorang lelaki mendakwa lagu Malampagi yang berbaur unsur lucah.

Menurutnya, sebagai pengarah muzik video (MV) tersebut, tugasnya adalah untuk menyampaikan mesej yang terdapat di dalam lagu itu dan bukan untuk mencipta kontroversi.

“Saya adalah orang yang berpegang kepada prinsip. Prinsip saya berada dalam industri ini adalah untuk menyampaikan mesej. Saya bukan di sini untuk glamor atau kejar followers.

“Untuk menjadi seorang pengarah dan menulis sesebuah cerita for that MV, saya ingin sampaikan mesej. Mungkin orang kata ia keterlaluan tapi itu adalah realiti sebenar,” jelasnya semasa ditemui di majlis sidang media Super Wira di Pavillion Bukit Jalil, sebentar tadi.

Sementara itu, Nadhir mengatakan terpulang kepada penonton untuk mengambil mesej daripada lagu Malampagi sebagai sesuatu yang negatif atau positif.

“Setiap manusia kita ada pilihan masing-masing jadi saya dah buat pilihan saya untuk menyampaikan mesej apa yang buruk dan apa yang baik.

“Jadi terpulang kepada penonton untuk nak ikut yang buruk atau yang baik,” katanya.

Tambah Nadhir, dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa sekiranya muzik video lagu itu terpaksa diharamkan tayangannya.

“Setiap orang ada cita rasa masing-masing. Lagipun mesej yang saya sampaikan jelas. Di penghujung kita tetap kembali kepada Tuhan.

“Saya juga sudah menjangka akan timbul isu tapi sebagai pengarah saya hanya paparkan realiti. Tapi tak bermakna saya seorang pengarah provokatif.

“Kalau nak haramkan terpulang kerana itu bukan bidang kuasa saya. Sebagai pengarah saya sudah lakukan tugas saya,” ujarnya.

Terdahulu, seorang individu di media sosial mendakwa lirik dan muzik video Malampagi berbaur lucah dan memberi pengaruh tidak baik kepada generasi muda.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu Dakwa Penulis Lirik Lagu Malam Pagi Tiada Iman, Kotor & Jijik

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 10 Feb 2023
Trending Wed, 17 Mar 2021

Kompaun RM1,500 Bagi Individu Langgar SOP Dengan Kesalahan Kecil

Kompauan adalah muktamad mengikut kesalahan!

Trending Wed, 14 Mar 2018

Hanya Kerana Salah Mesej Hantar, Hidup Terus …

Hanya kerana salah hantar mesej, kanak-kanak ini mendapat satu perkhabaran gembira,

Hiburan Sat, 3 Sep 2022